9 Bab 8

Masuk sahaja kami ke kelas; aku terus duduk sambil mengeluarkan cermin poketku. Aku yang mengharapkan akan menampakkan pantulan wajah Dani yang duduk di belakangku terpaku apabila tempat dudunya kosong.

"Eh?"

"Hai, cari siapa tu?"

"Hah?" Terlepas cermin ditanganku; sempat di sambut Dani yang tiba-tiba menyapaku dari depan.

"Opss… sorry…" Dani tersengih sambil menghulurkan kembali cermin poketku.

"Dani? Ap… apa yang awak buat di sini?"

"Awak tanya saya pula? Kemana awak menghilang selama ni? Dah lah tak beritahu apa-apa, tiba-tiba menghilang tanpa berita." Lagak Dani yang persis anak kecil sedang merajuk ketika itu; mencuit hati lantas membuatkan hatiku berbunga kembali.

"Maaflah… saya ada hal keluarga sikit. Nanti bila sempat, saya cerita; okay?" pujukku selari menghulurkan sebatang gula-gula lollipop pada; tanda minta maaf.

"Yalah; maaf diterima. Rehat nanti kita sambung, okay?" Dani tunduk mendekatiku sambil tangannya mengambil lollipop yang kuhulur tadi sebelum kembali ketempat duduknya. Cikgu Erni masuk ke kelas kami sejurus selepas itu.

'Apa kena dengan sayang aku tu hari ni? Approach dia agak bold dari kebiasaannya; takkan dia rindukan aku? Tak, tak mungkin! Impossible!' aku bermonolog sendirian; menggelengkan kepala selari menunggu Dani di tepi tangga seperti yang dijanjikan tadi.

"Ni dah kenapa pula ni?" Suara Dani mengejutkan aku dari lamunanku sendiri; lantas aku berdiri tegak dengan perasaan agak kekok.

"Ah, Dani… kenapa lambat?"

"Saya terserempak dengan cikgu Hasmi tadi, minta tolong saya angkatkan buku. Lepas itu saya pergi beli air; itu yang lambat sampai tu. Maaflah…" Dani duduk disisiku selari memberikan sebungkus air; aku duduk semula disisinya.

'Terasa lama betul tak jumpa dengan dia ni!' Aku memejamkan mata selari menarik nafas panjang; cuba menenangkan diri.

Saat aku membuka mataku perlahan-lahan; wajah Dani tiba-tiba berada betul-betul dihadapanku. Aku terpaku sebentar sebelum menyedarinya; lantas aku bangun dari situ. Jantungku masih terasa laju.

"Awak ada masalah?" pertanyaan Dani menarik perhatianku semula; pandangannya masih melekat padaku sambil mendagu.

"Ap..apa maksud awak?" Dani mengisyaratkan aku untuk duduk semula disisinya; aku hanya menurut sambil menunggu jawapannya.

"Awak nampak terganggu sejak tadi; malah awak kerap mengeluh hari ni. Kenapa? Awak ada masalahkah?"

"Tak adalah… cuma masalah keluarga sikit. But… were you stalking me?"Dari bertanya lebih lanjut perihal tadi, Dani hanya terdiam sambil tersenyum. Hatiku berdebar-debar kembali apabila dia tiba-tiba mendekatiku kembali.

"Dani?"

"What if I am?" Terasa sesak dadaku menyedari betapa dekatnya jarak antara kami ketika itu. Aku terus bangun dari anak tangga itu dan berdiri tegak.

"Ah! Saya baru teringat, Cikgu Ross minta saya ke bilik seni tadi. Saya minta diri dulu, ya? Te.. Terima kasih sebab belanja air ni; bye!" Aku terus melangkah laju meninggalkan Dani duduk sendirian di situ.

"Mesti benda tu terlalu private untuk dia kongsi." Aku mengomel sendirian masih melayangkan pandangan ke arah gadis tadi menghilang.

"Hoi!" Arman yang tiba-tiba muncul entah dari mana duduk mengambil air bungkus ditanganku selari duduk disebelahku.

"Menung saja kerja kau ni, dah kenapa? Angau? Kau tengok siapa tu; kusyuk semacam saja?"

"Curiousity kills the cat. Yang kau nak sibuk, kenapa?"

"Hamboi, speaking pula kawan aku ni! Aku bukan nak menyibuk; apa orang putih kata tu, concern… hah, aku concern saja dengan kau ni."Aku tercuit dengan kata-kata Arman.

"Suka hati kaulah, Arman." Aku bangun dari situ selari menuju ke kantin memandangkan waktu rehat masih belum tamat.

"Eh? Kau nak kemana pula tu?"

"Ke kantinlah! Nanti pengawas tangkap, tak pasal-pasal nama aku naik." Aku mengomel selari melambatkan langkahku; aku tahu Arman akan mengekoriku dari belakang.

"Tunggu aku!"

'Maaf Dani… aku tak boleh nak cerita semuanya pada kau. Memang aku nak; kalau boleh. Tapi aku takut kalau masalah aku akan bebankan kau pula nanti.' Aku melepaskan keluhan sambil melangkah malas ke arah bilik seni.

"Rita!" Panggilan namaku kedengaran dari arah tangga blok; Jeremy kelihatan memecut ke arahku lalu berhenti dalam keadaan termengah-mengah.

"Rita! Finally, I found you!" Lelaki tinggi lampai ini memegang kedua tanganku; seperti ingin berkata sesuatu.

"Kenapa dengan kau ni Jerry?" Aku cuba melepaskan diri dari genggaman tangannya; tapi ia menjadi semakin kuat.

"Jerry, sakitlah…"

"Oh, sorry… I didn't mean to." Akhirnya lelaki ini melepaskan tanganku yang kini masih terasa sakitnya.

"Kau nak apa, sebenarnya?" aku mula merasa Jerry makin menjengkelkan.

"Sa.. saya dah lama tunggu awak hari tu; kenapa awak tak datang? Lepas tu awak terus menghilang selama sebulan. Kenapa?"

'Dani pun tak membebel dengan aku macam ni.' Aku semakin bengang dengan lelaki ini.

"Aku ada hal keluarga; sorry sebab tak datang hari tu."

"Hal keluarga? Awak boleh beritahu saya kalau awak nak."

"Tak apalah… aku rasa aku kena pergi dulu ni; cikgu Ross dah tunggu aku tu."

"Tapi, nanti kita ganti balik janji yang kita buat dulu, ya?"

"Ka..!!" aku menghela nafas panjang selari cuba menenangkan diri; tak sampai hati pula aku nak hampakan Jeremy lagi.

"Okay… balik nanti kita jumpa." dengan sekelip mata; reaksinya berubah kepada teruja mendengar jawapan aku.

Tapi, kenapa reaksinya tampak biasa bagiku?

"Takkanlah…" Aku melayangkan pandanganku ke arah Jeremy yang telah berlalu dari situ.

'Pandangan dan reaksinya sama sepertiku apabila aku ingin meluahkan perasaanku kepada Dani dulu.'

"KRRRIIIINNNGGG!!!!!!!!!" loceng berbunyi menandakan telah tamat waktu persekolahan bagi pelajar sesi pagi. Aku menghela nafas selari memandang ke arah tingkap disebelah kiriku; berat rasanya untuk aku menunaikan janjiku pada Jeremy tika itu.

"Kenapa ni?"

"Dani?" Dani berhenti disisiku selari memandangku dengan pandangan penuh tanda tanya.

"Nampak kusut; kenapa?" Aku menggelengkan kepala selari mula mengemaskan buku-buku kedalam beg sekolah.

"Tak ada apa-apalah; Cuma… saya berat hati nak pergi tunaikan janji."

"Janji?"

"Tadi saya janji dengan Jeremy untuk jumpa dia depan sekolah; sebab hari tu sebelum saya cuti sebulan tu saya tak dapat nak tunaikan." Jelasku panjang lebar sehingga aku selesai mengemas begku.

"Saya temankan?"

"Boleh?"

"Apa salahnya; lagipun, saya memang nak kena tunggu bas depan sekolah pun, kan?" Aku mengagguk; mengiyakan kata-katanya.

"Jom." Kami pun bergerak beriringan turun ke perhentian bas betul-betul di hadapan sekolah; kelihatan Jeremy sudah pun menunggu disitu.

"Dani?"

"Hmm?"

"Awak tunggu disini, ya? Saya pergi seorang diri; nanti kalau ada apa-apa, saya panggil." Aku bergerak sebelum sempat Dani membalas.

"Rita…" Walaupun perlahan, suaranya cukup untuk memberhentikan langkahku; lantas aku menoleh.

"Hati-hati…" aku mengangguk; memberinya sebaris senyuman.

"Rita!" Jeremy yang kelihatan teruja terus mencapai tangan Rita; lantas ditepisnya.

"Ma…maaf.."

"Tak apa… kenapa kau nak jumpa aku ni?"

"Awak datang seorang?... eh? Kenapa ada Danial di situ?" Jeremy menjenguk ke arah belakang Rita.

"Aku terserempak dengan Danial tadi, cepatlah cakap!"

"Oh… saya ingat awak ada hubungan dengan dia tadi; sebab saya ada dengar cerita pasal…"

"Kalau ya pun, apa salahnya?" Terus berubah reaksi diwajah Jeremy mendengar jawapan Rita ketika itu.

"Apa maksud awak?"

"Lupakan… sekarang cakap apa yang kau nak cakap." Rita cuba memberi lelaki itu satu lagi peluang untuk berbicara memandangkan dia amat memahami apa yang dilaluinya sekarang.

"Okay.. sebenarnya Rita…" Jeremy menarik nafas panjang sebelum memejamkan matanya.

"Saya sukakan awak!"

avataravatar
Next chapter