24 Bab 23

"Apa yang kau buat disini? Kenapa kau datang sini?" Aku kaget dengan kemunculan William disitu; teringat lagi, hampir gila dibuatnya aku untuk lari dari gangguannya dulu.

"Eliza… cuba duduk dulu; tak baik cakap dengan tetamu macam tu… mari duduk dulu. William, please join us…" kata datuk selari menjemput William untuk duduk di sebelahnya.

"Ah… thank you, Grandpa…" Aku duduk di tempatku tadi dengan hati yang berat; kelihatan Jonathan juga terkejut dengan kemunculan lelaki itu. Aku melayangkan pandanganku pada Fiona pula yang kelihatannya tenang dengan kehadiran William.

'Takkanlah…' aku mula mengesyakinya atas kemunculan William secara tiba-tiba di rumah agam datuk.

"So, tell me; William.. what brings you here?"

"Sebenarnya datuk… saya nak bawa Eliza keluar hari ni, boleh? Saya takkan bawa dia pergi kalau datuk tak izinkan."

"Sopan betul awak, William… minta izin dari datuk untuk bawa keluar cucunya; kalau orang lain memang takkan buat macam tu." Fiona tersengih selari menjeling kearahku dengan pandangn mengejek.

"Datuk, saya…"

"Boleh… apa salahnya, janji kamu jaga cucu datuk dengan baik dan jangan balik lambat sangat, okay?"

"Tapi atuk…"

"Dah, tak payah tapi-tapi… kamu pergi bersiap. Sudah lama sangat kamu berkurung dalam rumah ni; sejak Thomas tak ada. Sekali-sekala kamu keluarlah juga ambil angin." Aku yang sudah tak terdaya untuk berbalah dengan datuk lagi, hanya akur dan terus ke kamarku untuk menukarkan pakaian.

"Inikah rancangan kau?" Jonathan menghampiri kakaknya dengan penuh rasa tak puas hati tatkala mereka mengintai kelibat kedua Eliza dan William yang berada di luar; dari tingkap depan.

"What do you mean?"

"Williamkah rancangan kau tu?"

"Kalau ya, apa masalahnya? Aku cuma bantu seorang nerd untuk dapatkan gadis idaman dia saja; kali ni aku jadi cupid dan bukan demon."

"Kau tahu kak Eliza tak ada hati dengan William tu, kan? Kenapa kau nak paksa kak Eliza lagi?" Jonathan menarik lengan kakaknya dengan kasar; Fiona hanya menepisnya selari cuba untuk tidak mengendahkan kelakuan adiknya itu.

"Kenapa? Sebab dia sibuk nak ganggu calon suami aku! Sekurang-kurangnya kalau William tu dapat Eliza, Thomas mungkin akan putus asa pada Eliza; dan masa tu lah…aku boleh…" akhirnya Fiona memalingkan wajah untuk berhadapan dengan adiknya; Jonathan.

"Kau jangan mimpilah, kak! Cinta mereka lagi kuat dari yang kau jangkakan."

"Kau!" belum sempat Fiona menghabiskan ayatnya, Jonathan telahpun keluar untuk mendapatkan Eliza diluar.

"Kakak!" Lelaki itu berlari anak ke arah Eliza yang baru saja ingin menaiki kereta keluarga William.

"Joe?" Eliza melangkah keluar untuk menemui sepupunya itu.

"Joe, kan? Saya nak bawa kakak sepupu awak keluar, saya harap awak tak kisah." William keluar dari tempat duduk pemandu sambil tersengih; kelihatan dia agak kekok dengan keadaan itu.

"Saya nak bercakap kejap dengan Kak Eliz." Nadanya kedengaran tegas walaupun sopan.

"Oh… okay…" William kembali masuk ke tempat pemandu tanpa sebarang bantahan.

"Kenapa ni?"

"Saya cuma nak kakak berhati-hati dan…" Jonathan terhenti apabila terlintas sesuatu difikirannya.

"Dan?"

"… and have a good time; try to be less stress. It's good for the baby too."

"O…kay…"

"… dan buat masa ni, saya minta kakak rahsiakan perihal kehamilan kak ini dari sesiapa pun." Sambungnya lagi selari memberi Eliza sebaris senyuman.

'I think… it was for the best… dan aku harap kak Eliza akan maafkan aku nanti.' Sekali lagi lelaki itu bermonolog selari melihat kereta yang membawa William dan Eliza berlalu keluar dari pagar besar rumah agam datuknya itu.

'Macam pelik saja perangai Jonathan tadi…' Aku memandang kelibat Jonathan dari pantulan cermin pandang sisi kereta William itu yang kelihatan makin mengecil dari tempat duduk bersebelahan dengannya. Teringat akan kata-katanya yang kedengaran mencurigakan ditelingaku.

'Apa maksud dia tadi; kenapa beriya sangat nak suruh aku berhati-hati, Fiona ada kena mengenakah dengan kemunculan William hari ni? Apa pula yang cuba Jonathan sampaikan kepadaku tadi?' pelbagai persoalan mulai memenuhi ruang fikiraku ketika itu.

'Adam… cepatlah balik…' Aku melepaskan keluhan kecil selari melayangkan pandanganku ke sebelah cermin sisi selari William memandu dengan senyap sejak tadi; nampaknya dia masih gemuruh dengan kehadiranku ini.

William memang seorang yang agak kekok, pelik dan amat berbeza kalau nak dibandingkan dengan Adam; tapi, dia tak pernah putus asa untuk mendekat sejak kami dibangku sekolah lagi. Pernah sekali dia menunggu untukku di luar bilik darjah sehingga petang hanya kerana dia terlalu gemuruh untuk memanggilku keluar.

Aku tersengih mengenang peristiwa dulu; pandanganku beralih ke William yang masih kelihatan menumpukan perhatian pada pemanduannya.

"Kenapa? Ada benda dimuka saya?" dengan tak semena-mena lelaki itu kelihatan panik apabila melihatkan kelakuanku; mukanya bertukar merah padam dengan serta-merta.

"Taklah… saya teringat masa kita sekolah dulu; awak selalu terkejar-kejarkan saya. Sampai sekarang, awak tetap tak berubah… kenapa awak konsisten sangat nak kejar saya?" walaupun agak terus-terang pertanyaanku itu, aku cuba ingin menduga ketulusannya.

"Eh?"

"Tak apalah kalau awak tak nak cakap…" aku sengaja memalingkan wajahku darinya dengan memuncung bibirku; sambil ekor mataku mengintai reaksinya.

"Eh? Tak! Saya bukan tak nak jawab; okay, okay…saya jawab." Ternyata betul sangkaanku apabila dia sekali lagi kelihatan panic; walaupun dia masih menumpukan perhatiannya ke arah depan.

"Pfft…Hah, macam tulah! Okay, I'm all ears." Aku cuba menahan ketawa dengan reaksinya yang tampak agak comel itu.

"Se…sebab kenapa saya sukakan awak… saya perasan awak tak sama dengan budak perempuan lain disekolah kita dulu. Awak tak suka bercakap tentang orang lain, memburukkan orang, awak juga tak pernah membezakan sesiapa berdasarkan kaum, darjat, agama, mahupun keturunan… selain…"

"Ya?" aku mengangkat kening dengan kata-katanya itu; apabila dia membiarkan ayatnya tergantung.

"Awak… gadis yang paling baik hati dan rendah diri yang saya pernah jumpa…" dia memalingkan pandangannya kepadaku sambil memberikan sebaris senyuman kelat.

"William…" Aku agak terharu mendengar penjelasannya yang kedengaran tulus itu; dengan tak semena-mena aku mulai rasa bersalah kerana telah mati-mati menolaknya tanpa memberinya sebarang peluang.

"William, saya bukan tak sukakan awak… tapi; saya hanya mampu sayangkan awak sebagai kawan saja. Saya harap awak faham maksud saya." Aku akhirnya mendapat kekuatan untuk berterus terang kepadanya dengan harapan dia akan menerima keputusanku ini..

"?!?!? William?" aku terkejut apabila lelaki ini menghentikan kereta yang dinaiki kami dengan tiba-tiba.

"Kita dah sampai." Nadanya yang kedengaran agak tegas dari biasa tapi masih dengan senyuman; membuatkan aku agak kaget.

'Kenapa tiba-tiba dia jadi macam menakutkan ni?' Aku cuba mengawal reaksiku dihadapanku selari membalas senyumannya.

'Why does he looked kind of creepy for a second, there?' aku bermonolog dalam hati selari teringat akan peristiwa siang tadi sambil merenung pantulan wajahku di meja solek di kamarku.

Sejak itu, William mula kerap datang menemuiku dan cuba untuk rapat dengan keluargaku. Ada beberapa kali juga dia sampaikan hasratnya untuk berkahwin denganku tapi selalunya aku tidak mengendahkannya ataupun hanya menukar topic perbualan.

Kini telah genap 17 hari sejak sepeninggalan Adam ke Jepun. Satu khabar, panggilan, mahupun surat tak pernah ku terima darinya; membuatkan aku makin khuatir akan situasiku kini.

"Sayang, masih tak ada lagi khabar berita dari papa kamu…" aku mengusap perutku sedang hatiku mulai berasa hiba.

Dua bulan selepas itu, Jonathan datang kepadaku membawa berita yang paling menakutkan buatku; bagai separuh dari jiwaku mati aku apabila aku terdengar perbualannya bersama Fiona.

"Kau… kau bergurau kan, Joe?"

'Apa pula yang tak kena ni?' Waktu itu aku baru keluar dari bilikku ingin menuju ke ruang makan; suara lantang Fiona dari bilik Jonathan menarik perhatianku untuk memasang telinga.

"Tak, kak… how could I dared to joked around with this kind of things?"

"Tapi, tu, tak mungkin; Joey! Thomas sepatutnya balik dalam bulan lepas; kenapa sekarang baru dapat berita darinya?"

avataravatar
Next chapter