21 Bab 20

'Apa yang dia mahukan?' Aku berdiri tegak disitu tanpa kata selari cuba untuk menenangkan diri. Bukan takut padanya, tapi aku masih bagai trauma dengan apa yang telah berlaku sebelum ini.

"Aku tak perlu jawab soalan kau."

"I see… you're already being full of yourself. Did you think he's crazy about you?"

"W…What do you mean by that?"

"Kau jangan bermimpilah… dia takkan pandang pada perempuan macam kau; lainlah macam aku."

"Suka hati kaulah… " malas hendakku layan tuduhan tak tentu hala sepupuku ini. Aku pernah perasan dia begitu beriya cuba untuk mendekati Adam; tapi tak pernah dilayannya.

"Oh… dan kau jangan lupa yang kau tu…" Baru sahaja aku terniat untuk melangkah pergi, dia menggapai lenganku dengan kasar, terasa dia mendekatiku dari belakang; aku berdiri tegak bagai tiang bendera.

"Pembawa malang." Fiona berjalan meninggalkan aku sejurus selepas itu; membuatkan aku kembali teringat akan peristiwa yang pernah berlaku dulu.

"Kau yang sebabkan aku kehilangan anak aku! Kau! Kau bunuh Mak kau sendiri!" Pekikan Nani masih terngiang-ngiang sewaktu dia tertekan dengan kehilangan ibu dulu. Aku tak pernah salahkan Nani untuk tuduhannya itu; kerana memang aku sendiri merasakan aku adalah penyebab utama kematian ibu tika itu.

Ibu cuba untuk menyelamatkan aku dari lemas selepas aku terjatuh ke dalam sungai ketika aku baru mencecah 10 tahun; tapi malangnya ibu yang ditarik kedalam arus tika itu.

Selang beberapa tahun selepas itu, papa pergi meninggalkan kami apabila dia mengalami kemalangan jalanraya apabila hendak ke salah sebuah cawangan bagi perniagaannya. Sejak itu aku menjadi makin hilang keyakinan kerana sering menganggap diriku pembawa malang.

"Hah?" Aku tersedar dari lamunan panjangku tatkala tangan Adam tiba-tiba mencapai tanganku di bawah meja. Aku mengalihkan pandangan padanya secara spontan.

"Awak okay?" suaranya masih dalam nada rendah; tapi penuh ambil berat.

"Hmm…" aku hanya mengangguk selari membiarkan dia menggenggam tanganku; pandanganku tundukkan. Aku semakin tak selesa untuk bertentang mata dengan Fiona ketika itu.

Selepas membantu Mak Piah mengemaskan pinggan didapur, Jonathan datang merapatiku; Fiona, Adam dan datuk ke ruang tamu untuk menyambung kembali perbincangan mereka.

"Kakak okay? Saya tengok dari tadi kakak termenung saja."

"Ok." Jawapanku pendek; ternyata tak dapat memuaskan hati sepupuku ini.

"Saya… saya harap kakak jangan terasa dengan apa yang Kak Fiona cakap tadi." Aku agak terkejut dengan ayatnya; memandangkan aku fikir hanya kami berdua yang berada disitu tadi.

"Kamu dengar tadi?" dari menjawab, Jonathan hanya mengangguk sebelum menyambung.

"By now, saya rasa kakak dah perasan yang kak Fiona ada hati dengan abang Thomas; kan?" Aku hanya mengangguk selari melayangkan pandanganku keluar tingkap dapur.

"…Kakak?" tanganku tiba-tiba disentuh Jonathan sambil dia merapatinya; nadanya kedengaran lebih perlahan dari tadi.

"Hmm?" Aku agak terkejut dengan tindakannya yang tiba-tiba itu.

"Have you told Thomas about your…" dari menghabiskan ayatnya, Jonathan hanya tunduk sambil memegang perutnya.

"Hah?"

"About your…" Kini dia menunjuk kearah perutku pula.

"Do you mean my…" Dia mengangguk selari metanya meliar ke arah Mak Piah yang kini masih belum kembali dari bilik bacaan tadi. Baru kusedari, dia cuba untuk tak memecahkan rahsia perihal kehamilanku dengan mengelakkan dari menyebut tentangnya.

"N..no… not yet. Tapi, macam mana kamu boleh tahu? Bukan kakak belum beritahu lagikah?" secara refleks, tanganku mengusap perutku.

"Saya boleh agak dengan reaksi kakak tadi. Beberapa kali kakak pegang perut kakak sambil tersenyum tadi, tahu?"

"Hah? Yakah? Kamu rasa ada sesiapa lagikah yang perasan?"

"Taklah… jangan risau, tak ada sesiapapun perasan tadi." Aku menghela nafas lega selari mengambil tempat duduk dikerusi dapur, adik sepupuku itu duduk menghadapku.

"Kamu rasa… kakak perlu beritahu abang Adam tak pasal hal ni?" Aku memberinya pandangan penuh pengharapan. Jonathan diam sebentar sambil tunduk sebelum tiba-tiba memandangku semula.

"Kakak percayakan saya, tak?" soalannya yang tiba-tiba itu membuatkan aku pula yang terdiam seketika.

"K… kenapa ni, Joe?"

"Kakak percayakan saya, tak?" sekali lagi soalan yang sama ditujukan buatku, kali ini; kedua tanganku digenggamnya. Aku yang masih agak kaget dengan keadaan itu mengangguk buat beberapa kali sebelum menjawab.

"Y.. ya… mestilah kakak percayakan kamu; tapi kenapa tiba-tiba tanya macam ni?"

"Kalau macam tu… buat masa ni, kakak jangan beritahu apa-apa pada abang Thomas lagi; boleh?" terasa berat permintaan Jonathan ketika itu padaku; kerana sejak mengetahui perihal kehamilanku tadi, itulah perkara pertama yang aku ingin lakukan.

"Kakak? Kakak dengar tak?" tanganku digoncangnya apabila aku mula mendiamkan diri.

"Ah… ya… Kalau itu yang kamu mahu kakak lakukan…" aku menundukkan pandanganku darinya; entah mengapa aku mulai rasa sakit hati ketika itu. Mungkin kerana jauh disudut hatiku aku rasa yang Jonathan telah beransur berubah menjadi seperti kakaknya Fiona, atau kerana aku mungkin aku sedar yang aku takkan layak untuk lelaki seperti Adam.

"Kakak?" baru ku perasan mataku mulai berlinangan dengan pelbagai 'mungkin' tadi. Jonathan kelihatan panik dengan reaksiku.

"Kakak, kakak okay? Saya minta maaf… saya…"

"Tak… kakak okay… mungkin hormon pembawa budak ni, sensetif tak tentu pasal." Aku cuba memberinya senyuman kelat selari lelaki itu memberikanku kotak tisu.

"Kakak… bukan maksud saya kakak tak boleh beritahu abang Thomas langsung. Maksud saya, untuk buat masa ni saja. Sekurang-kurangnya sampai abang Thomas balik dari business trip dia minggu depan."

"Business trip?"

"Abang Thomas akan ke Jepun untuk persidangan pengurusan hotel disana minggu depan selama lebih kurang dua minggu."

"Tapi, kenapa?"

"Walaupun saya tahu abang Thomas tu seorang yang professional, tapi ada kemungkinan yang dia akan batalkan business trip ni kalau dia tahu pasal keadaan kakak; dan persidangan ni penting untuk perkembangan business abang Thomas. Rugi kalau dia lepaskan peluang ni." Ayat Jonathan tadi masih terngiang-ngiang difikiranku tika aku merebahkan tubuhku di atas katil empukku malam itu.

'Urusan kerja? In Japan, for nearly 2 weeks? Kenapa lama sangat?' Aku melepaskan keluhan yang terasa agak berat ketika itu sambil mataku ku kulayangkan ke arah siling di atas ruang bilikku sebelum perlahan-lahan mataku pejam.

"Nampaknya, mama kena tunggu papa balik dari Jepun dulu baru boleh beritahu perihal kamu; sayang." Sebelah tanganku letakkan di atas perutku selari satu lagi ku letakkan di atas kepalaku; dengan serta merta, cecair hangat mengalir keluar dari mataku.

"TAK!....TAK!" baru sahaja aku hendak terlena, bunyi hentakkan kecil datang dari arah tingkap

membuatkanku tersedar.

"Hmm? Apa pula tu?" dengan langkah malas, aku menuju ke arah tingkap. Ku selak langsir yang menutupi kaca tingkap kamarku selari cuba melihat punca bunyi itu; beberapa kali cahaya tajam disuluh ke arahku.

"Eh? Ada orangkah?" aku mulai kaget dan mulai melutut disitu; cuba menyembunyikan diri dari lembaga yang menyuluh ke arahku tadi.

'Takkan perompak? Pengawal atuk tak buat kerjakah?' dengan pelbagai 'kemungkinan' bermain dalam fikiran ku, tanganku mulai mencapai telefon dibilikku sambil sebelah lagi ku selak langsir perlahan-lahan untuk mengetahui identiti lembaga tadi.

"Eh?" tanganku terhenti apabila susuk lembaga itu ternampak biasa bagiku.

"Adam!"

avataravatar
Next chapter