18 Bab 17

'Kenapa dia duduk sebelah aku ni; bukan tadi sibuk nak duduk sebelah datukkah?' Aku jadi tak keruan bila Adam menukar tempat duduknya betul-betul ke sebelahku apabila datuk mengajak Jonathan dan Fiona untuk makan bersama tadi.

"Ah, tak apa; baik cik Fiona dan encik Jonathan duduk disebelah pappy. Biarkan saya duduk disitu saja." Katanya tadi bagaikan 'mengundur diri' sedangkan aku tahu niat sebenarnya. Dia kemudian dengan senang hatinya menepek disebelahku dengan langsung tak ada perasaan bersalah.

"Hai; menung? Saya dah ada disinilah, awak teringatkan siapa tu?" nadanya perlahan cubaku abaikan; ternyata dia perasan akan perilaku ku.

"Awak marah?" dia mengintai wajahku yang dari tadi memaling darinya.

"…." tanganku dicapainya membuatkan aku terkedu seketika.

"Rozelle…" Aku cuba melepaskan tanganku tapi membatalkan niatku apabila namaku disebutnya; membuatkan aku bagai cair semula, tak jadi aku untuk memarahinya.

"Rozelle Eliza Lee…" Sekali lagi namaku dipanggilnya apabila aku masih enggan menjawabnya.

"Apa…?" Akhirnya aku berbicara dengan nada rendah; khuatir akan disedari datuk yang duduk disebelahku.

"Awak marah?"

"…cakap tak datang; tapi tiba-tiba muncul." Aku mengomel dengan perasaan tak puas hati.

"Pfft… pasal itu sajakah?" Makin sakit hatiku apabila dia mula tertawa kecil; lantas aku menyentap tanganku dari genggamannya.

"Gelaklah, lepas ni jangan harap dapat jumpa lagi."

'Padan muka dia!' Terus terdiam Adam mendengar ugutan aku.

"Ok, saya minta maaf… sorry; ingatkan nak bagi awak surprise. Tak tahu pula awak marah sampai macam ni. Maaflah…"

"Tahupun takut…"

"Maaf… saya janji takkan tipu awak lagi; tak berani saya." Tak sampai hati pula aku melihatkan reaksinya pada ugutanku tadi.

"Kenapa awak beriya takut saya tak nak layan awak?" Persoalan itu tiba-tiba timbul dibibirku.

"Kan saya dah cakap, saya nak bertanggungjawab pada awak."

"…" jawapannya membuatkan aku terkedu; aku berasa agak terkilan dengannya. Ternyata aku mengharapkan jawapan yang lain darinya.

"Rozelle?" Adam sekali lagi mengintai ekspresiku apabila aku kembali terdiam.

"…sebab itu saja?"

"Taklah. Tapi, saya tak mampu nak jawab sebab tu sekarang."

"Kenapa pula? Jawab sajalah…" Aku menjadi makin hilang sabar.

"Nanti sampai pagi tak habis…" Aku yang meneguk air kosong di hadapanku apabila kumulai terasa jantungku berdegup laju; hampir tersedak dengan permainan katanya.

'Pickup line lagi.'

"…"

"Thomas? Lepas ni apa rancangan awak?" Soalan yang tiba-tiba diajukan pada Adam oleh datuk membuatkan aku berasa kekok tapi; Adam kelihatan tenang menjawabnya. Aku mengetap bibirku selari mencuri-curi pandang padanya yang kelihatan segak berpakaian formal.

'Aku rasa tak salah kalau aku bagi peluang pada Adam…'

'Kak Eliza suka pada En. Thomas kah? Teruklah kalau macam tu… Mesti Kak Fiona akan rancang sesuatu untuk jatuhkan Kak Eliza lagi kalau dia tahu hal ni.' Jonathan yang dari tadi memerhatikan gerak geri mereka berdua yang kelihatan akrab membuat andaian selari sesekali menjeling ke arah kakaknya; lantas mendekatinya.

"Kakak… saya rasa Encik Thomas tu tak sesuailah untuk kakak… dia…" Jonathan berbisik ke telinga Fiona yang duduk disebelahnya

"He's perfect, right?"

"Huh?"

"I mean, just look at him. I think he's a perfect match for me." Dengan tak semena-mena, mata Fiona kelihatan bersinar-sinar memandang ke arah lelaki itu.

"Joe, aku nak minta tolong kau boleh tak?" matanya masih melekap kepada Thomas yang sedang berbicara dengan datuk mereka sambil makan.

"Apa?"

"Aku nak kau berkawan dengan Encik Thomas boleh? Kemudian, kau ceritalah yang baik-baik pasal aku padanya supaya dia tertarik pada aku."

"Kak…"

'Nampaknya Kak Fiona dah betul-betul sukakan Encik Thomas; aku kena buat sesuatu.' Tak dapat dinafikan Jonathan nampak perasaan kakaknya itu pada Thomas.

"Er.. Encik Thomas, kan? Saya sepupu Eliza, Jonathan." Jonathan yang kelihatan teragak-agak untuk memulakan bicara mendekati lelaki itu selesai saja makan malam tadi.

"Oh, inilah Joe? Segak juga orangnya… no need for the formalities, panggil saja saya Thomas."

"Kalau macam tu, benarkan saya panggil Encik Abang Thomas? Saya rasa kurang baik kalau saya panggil encik dengan nama saja memandang jarak umur kita."

"Memang betullah kata orang, waris keluarga Lee ni memang pandai beradab. Tentulah boleh."

"Ah, terima kasih; abang Thomas."

"It's nothing…"

Sejak itu, Jonathan sering mendekatkan diri dengan Thomas supaya mereka boleh menjadi lebih rapat; Fiona tak mengesyaki apa-apa memandangkan dia sendiri yang meminta adikya untuk membuat demikian.

Dari hubungan mereka itu jugalah Jonathan sedari tentang perasaan Thomas pada kakak sepupunya; Eliza. Dia menjadi makin risau dengan tindakan Fiona seterusnya jika perihal ini diketahuinya.

"Abang Thomas… sukakan kak Eliza?" Jonathan tiba-tiba mengutarakan soalan itu pada Thomas selesai mereka makan tengahari di rumah Thomas.

"Nampak sangatkah?" Lelaki itu kelihatan tersengih sambil menggaru kepalanya yang tak gatal dengan pertanyaan Jonathan tadi.

"Kakak tahu?" Satu keluhan kecil dilepaskan Thomas selari merebahkan tubuh di sofa hitamnya. Jonathan duduk di sebelahnya sambil menjenguk reaksi lelaki itu.

"Tahu… tapi buat macam tak tahu….but, she said she was going to think about it; so, I might get a chance pretty soon…" sekali lagi dia tersengih; persis anak kecil yang teruja untuk mendapatkan hadiah yang lama diingininya.

Jonathan memejamkan matanya rapat; dia tahu dia terpaksa campur tangan dalam perihal Thomas dan sepupunya; Eliza memandangkan dia tahu perkara ini akan menarik perhatian kakaknya, Fiona.

Di rumah Eliza,

Sejak pertemuan kami di majlis ulangtahun Syarikat datuk tempoh hari, kami menjadi semakin rapat. Jonathan juga kelihatan lebih akrab dengan Adam sejak majlis itu berlangsung; nampaknya bukan gadis saja yang tertarik dengan pesona dan karisma lelaki itu.

Aku tersengih sendirian apabila terfikir akan perilakunya terhadapku yang sedikit keanak-anakan; kontra dengan dirinya yang selalu tampil matang dan berkeyakinan tinggi apabila sedang berurusan soal perniagaan.

'Aku dah buat keputusan.' Jantungku berdegup makin kencang apabila aku mula tekad dengan keputusanku itu; lantas tanganku mencapai ttelefon bimbitku selari mula menekan nombor Adam.

"Ah!" hampir terlepas telefon bimbit ditanganku apabila ia bordering dengan tiba-tiba; William berada dihujung talian.

"William? Apa yang dia nak? Tak putus asa lagikah?" aku merungut selari tanganku ringan ingin menekan butang reject tapi; tak sampai hati.

"Hello… William." Akhirnya aku bersetuju untuk bertemu dengannya walaupun hatiku berasa berat ingin bersua muka.

"Eliza? Awak datang juga…" Lelaki di hadapanku ini tersengih bagai kerang busuk tatkala aku sampai di kawasan taman reakreasi itu. Dia kelihatan gemuruh dengan kehadiranku; rasa bersalah mulai datang dengan tiba-tiba.

"William, aku…"

"Ah, awak dah makan? Jom kita pergi makan dulu; saya ada bawakan bekal dari rumah."

"Hah?" Aku yang tak sempat berkata apa-apa ditariknya ke tempat duduk berhampiran di taman itu. Beberapa bekal makanan di bukanya dihadapanku dengan tergesa-gesa.

'Macam tak sampai hati pula aku nak tolak dia ni… dah lah dia kejar aku dari sekolah dulu.' Aku terdiam sejenak.

'Tapi… aku terpaksa juga; tak adil untuk dia kalau aku beri dia harapan tapi aku tahu aku akan hampakan dia nanti.' Aku menarik nafas panjang sambil cuba mengumpulkan keberanian untuk berterus terang.

"Awak cubalah rasa yang ni… saya…"

"William; aku ada perkara nak bincangkan dengan kau ni." Dengan tak sengaja aku telah memotong ayatnya; dia kini melihatku dengan penuh tanda tanya.

"Hah?...ah, ya kah? Okay… saya akan dengar apa saja yang awak nak cakapkan." Dia kelihatan kekok tapi tulus; aku memang tahu dari awal lagi yang William memang seorang yang lurus dan jujur. Dia seorang kawan yang baik tapi, aku tak pernah mempunyai apa-apa perasaab padanya kecuali persahabatan. Itu fakta yang paling memeritkan baginya untukku nyatakan kini.

"William, aku… Glub!" dengan tak semena-mena; bau dari makanan yang terhidang dihadapanku itu telah membuatkan tekakku menjadi mual.

"Eliza? Kenapa ni? Awak ok?"

"Glub! Bluek!" Aku yang tak mampu berkata apa-apa ketika itu hanya mengisyaratkan kepadanya dengan tangan bahawa aku tak apa-apa.

"Saya hantar awak ke klinik, ya?"

"Tak! Rumah…aku nak balik rumah."

"Tapi…"

"Rumah." Tegasku lagi selari menakup mulutku dengan tangan; menahan diriku dari termuntah.

avataravatar
Next chapter