14 Bab 13

"Pfft… Hahaha!" dengan tak semena-mena lelaki ini kelihatan bagai tercuit dengan kata-kataku tadi.

'Kenapa pula ni? Mental ke?' reaksinya membuatkan aku jadi agak kaget.

"What's so funny?" Akhirnya aku memberanikan diri untuk bersuara apabila dia mulai berhenti ketawa.

"You are!"

"Maksud awak?"

"Kalau betul apa yang awak cakapkan tadi; kenapa awak perlukan bantuan untuk masuk ke bilik ni semalam?" nadanya kembali serius selari dia duduk mendekati aku.

'Bantuan? Macam mana dia tahu aku dibawa kesini semalam dan bukan datang sendiri?'

"What is that supposed to mean? Awak nampak siapa yang bawa saya masuk semalam? Then, why don't you say anything?" Lelaki yang tadi petah berkata-kata; tiba-tiba mendiam diri sambil menundukkan kepalanya.

"I didn't…" suaranya perlahan bagai berbisik.

"Hah?"

"I didn't know about it until this morning; bangun dengan seorang gadis yang tak dikenali disisi… normal for me to get suspicious on any possibilities. Jadi, saya cuba siasat dengan cctv hotel."

"Awak nampak mereka?" Dia mengangguk; sebelum mengangkat kepalanya mengalihkan pandangannya padaku kembali; membuatkan aku agak terkejut lantas mengalihkan pandanganku pula ke tingkap bilik.

"Crystal clear."

"Habis tu, awak dah lapor polis?"

"Not yet… saya nak tunggu awak sedar; untuk bincang dulu."

'Nasib baik… kalau tak, mesti Atuk terkejut.' Aku melepaskan keluhan kecil selari mengurut dadaku;

"You seems to know them, don't you?" ternyata tingkahku masih diperhatikannya.

"Why would you say that?"

"Then, let's make a police report on this matter."

"Hah?"

"Kalau awak tak kenal mereka, mari kita buat laporan polis. Saya yakin cik tak bersalah dalam hal ni dan mereka boleh didakwa dengan setimpalnya." Penerangannya membuatkan aku pula yang terdiam; pelbagai perkara mulai memenuhi fikiranku.

'Tak! Aku tak boleh buat macam tu, memang Fiona yang salah dalam hal ni; tapi Jonathan juga terbabit dan aku tahu dia terpaksa. Aku tak boleh buat laporan polis walau jahat mana sekali pun Fiona padaku! Apa pula kata Atuk nanti; mesti layanan atuk pada Jonathan dan Fiona akan bertambah teruk…'

"Cik?" Sesi monologku ternyata membuatkan lelaki ini tertanya akan apa yang sedang bermain difikiranku apabila aku membisu dengan agak lama.

"Ah… ya?"

"May we get going now?"

"No! I mean… kita tak boleh buat laporan polis! Nanti…nanti nama keluarga saya akan tercalar!"

"Tapi, ini boleh dianggap sebagai satu jenayah… besides, didn't you want the people who wronged you get arrested or at least get punished?"

"I believe it was just a mere prank and misunderstanding… besides, nothing really happen, right?" Aku masih cuba untuk menyembunyikan rasa panikku selari bernada tenang; sehinggalah dia mulai mendiam.

"Encik?"

"I'm sorry… I… I was really drunk last night; and can't control myself…"

"Wh…What!?" Jawapannya membuatkan masa bagai terhenti; kepalaku menjadi kian kosong, aku mulai panik sekali lagi. Aku bergerak tanpa ku sedari, mendekati tubuh lelaki yang dari tadi kucuba elak, menggenggam kolar bajunya dengan sekuat hatiku dengan perasaan marah yang membuak-buak.

"T… Tak! Cakap! Cakap apa yang jadi semalam!?"

"We…, I didn't meant to…" Hatiku hancur apabila mengetahui apa yang terjadi pada diriku tanpaku sedar. Sekali lagi aku menarik kolar bajunya bermatian inginkan jawapan darinya.

"Maaf…" hanya perkataan itu yang keluar dari mulutnya setelah sekian lama membisu. Perlahan-lahan genggaman kulepaskan sambil mengalihkan pandanganku kebawah; berpeluk tubuh. Aku masih berasa jijik untuk bertentang mata dengannya.

"Hantar aku balik." Pendek saja ayat yang keluar dari mulutnya ketika itu; Thomas hanya menurutnya tanpa sebarang bantahan. Dia tahu mereka berdua adalah mangsa keadaan dalam kejadian semalam, tapi Thomas sedar, perbuatannya pada gadis itu; bukanlah sesuatu yang boleh dibiarkan begitu saja. Dia menanam tekad selari menghidupkan enjin kereta; Gadis tadi berjalan menghampirinya sebelum masuk untuk duduk ditempat duduk di sisiku.

"Nah." Masih kedengaran tegas; sekeping kertas bertulis alamat dihulurkan pada lelaki itu. Thomas hanya mengangguk selari mengambil kertas itu dari tangan Eliza.

'Nampaknya aku takkan ada peluang untuk berbincang dengan dia kalau terus macam ni.'

"Si… siapa nama cik?" Lelaki itu memberanikan dirinya untuk bersuara setelah keretanya menyusur keluar dari kawasan parkir hotel; seperti yang dijangkakannya, tiada jawapan.

Sepanjang perjalanan itu, hanya bunyi enjin mengiringi mereka sehinggalah tiba diperkarangan rumah Lee; Thomas memberhentikan keretanya berhampiran pagar seperti yang dipesan Eliza awal tadi.

"Cik? Sekurang-kurangnya beritahulah nama cik…"

"Lebih baik kalau kita tak kenal satu sama lain; aku nak kita lupakan apa yang dah jadi semalam. Lagipun, semua ni cuma satu kebetulan saja." Eliza menutup pintu kereta dibelakangnya; meninggalkan lelaki yang masih kelihatan terpinga-pinga disitu.

"Saya nak bertanggungjawab atas apa yang dah terjadi pada cik." Kata-kata lelaki tempoh hari masih bermain difikiranku. Walaupun aku masih berasa kesal akan apa yang terjadi, perasaan marahku padanya kini mulai pudar apabila teringat akan keihklasan dalam nadanya.

'Mungkin aku patut pertimbangkan dia…'

Sementara itu,

"Rozelle Eliza Lee… cantik nama tu."

"Nampaknya memang betul sangkaan Tuan tentang Cik Eliza; dia memang ada kena mengena dengan ahli perniagaan Lee. Cik Eliza merupakan cucu kandung tunggalnya dari mendiang anak lelaki sulungnya; Peter Lee." Penerangan setiausahanya menarik perhatian lelaki muda ini.

"Cucu kandung tunggal? Bukankah Encik Lee masih ada dua orang cucu lagi?"

"Ya… tapi; mereka hanyalah cucu tiri dari perkahwinan pertama bapa mereka; Encik Harry sebelum berkahwin dengan mendiang anak Encik Lee; Lilian.".

"Jadi, menurut undang-undang; hanya cik Rozelle yang layak menjadi warisnya yang sah?"

"Nampaknya, begitulah…" Thomas hanya mengangguk selari menghirup kopi panas yang telah terhidang di hadapannya

"That explains a lot… Aku tak pernah tahu hal ni sebelum ini." Dia melepaskan keluhan kecil selari bersandar dikerusi pejabatnya sementara setiausahanya; Louisa menerangkan butir-butir Eliza yang dipintanya pada awal tadi.

"Awak batal atau postpone kan urusan pejabat untuk hari ini; saya nak keluar sekarang. Kalau ada yang telefon, cakap saja saya ada urusan di luar."

"Ah, baik… Tuan…" walaupun agak kaget pada mulanya, Louisa tetap mengikut arahan ketuanya dengan patuh tanpa sebarang soalan. Dengan tak semena-mena, Thomas bangun dari kerusinya; mencapai kunci kereta dan jaketnya sebelum terus keluar dari pejabat dengan tergesa-gesa.

"Terima kasih, Louisa; saya tahu saya boleh harapkan awak." Sempat lagi Thomas melayangkan senyuman nakalnya pada Louisa sebelum hilang dari ruangan pejabat.

"Eliza… su…sudikah awak keluar dengan saya?" William, rakanku sejak zaman sekolah lagi tiba-tiba muncul dihadapan rumahku sambil menghulurkan sejambak bunga. Tangannya yang kelihatan berpeluh, bergeletar menahan malu.

"William… Aku…" Aku rasa serba salah kerana aku telahpun ketahui tentang perasaannya padaku sejak dulu lagi; tapi aku tak dapat membalasnya.

"Aw… awak tak payah jawab sekarang, saya tak paksa pun. Nanti bila awak dah bersedia, awak boleh beritahu saya." Katanya ringkas dengan suara yang bergetar; dia masih berusaha untuk tak bertentangan mata denganku. Dia menolak jambangan bunga tadi ketanganku sebelum berlari laju menuju kearah pintu pagar.

avataravatar
Next chapter