1 01 | innocent

YUNA membetulkan rambutnya yang terjuntai menghalang pandangan. Sedari tadi pandangannya khusyuk pada slide manakala tangannya ligat menulis nota. Memang patut pun prestasinya di kolej sentiasa menjadi bualan hangat para pengajar. Tugasannya juga sentiasa disiapkan sempurna tanpa ada cacat cela.

Cantik sememangnya cantik ditambah pula dengan perangainya yang agak polos dimata orang. Disebalik kesempurnaan miliknya, tiada siapa yang tahu yang dirinya sering menjadi target utama untuk dibuli oleh pelajar di kolej itu. Kepolosan dirinya membuatkan Yuna sering dibuli tak kira lelaki mahupun perempuan.

"Itu saja untuk hari ini. Tugasan yang saya beri sila siapkan dan submit pada saya sebelum hujung minggu ini. Sekian terima kasih, boleh bersurai." sejurus selepas Puan Isha keluar, para pelajar mula berpusu pusu keluar dari bilik auditorium.

Seperti biasa Yuna menjadi diantara pelajar yang terakhir keluar dari auditorium. Pen pen dimasukkan kedalam bekas pensel, buku notanya juga disumbat kedalam beg kecil yang dibawanya. Dikala semua pelajar berpusu pusu ke kafeteria, tetapi Yuna kelam kabut mengemas diri sebelum pergi ke perpustakaan. Memang tipikal pelajar nerd.

Pap!

Aktiviti mengemas barang serta merta tergendala dek hempasan tangan runcing milik Julia. Senyuman sinis yang sentiasa terbentuk dibibirnya sedikit sebanyak menggetarkan tulang temulang Yuna.

"Macam biasa buat kerja aku. Pastikan sempurna dan tak ada cacat cela. Kalau ada siap kau." tenang saja nada suaranya tetapi cukup tegas pada telinga Yuna. Untuk kesekian kalinya, Julia menghadiahkan senyuman sinis buat Yuna yang masih diam menikus. Hatinya berbelah bahagi kerana kerjanya juga masih banyak yang belum dilengkapkan.

"Dengar tak?" gertak Julia. Akibat terlalu takut, kepala dianggukkan berkali kali. Senyuman puas diberikan pada Yuna. Sekali lagi dia terpaksa membebankan dirinya.

"Lembab!" tidak cukup dengan itu kepala Yuna pula ditunjal kasar olehnya. Yuna hanya berdiam diri sambil menghantar Julia hingga ke pintu melalui ekor mata.

Setelah memastikan perempuan berambut maggi itu betul betul sudah pergi, Yuna mengambil keputusan untuk tidak pergi ke perpustakaan. Mood nya sudah hilang. Dia kini hanya perlukan suasana yang tenang tanpa gangguan orang ramai. Nasib masa rehat yang diberikan agak panjang.

Keluhan dilepaskan. Penat hampir setiap hari dilayan sedemikian rupa. Apa salah dirinya sehingga dibuli.

Yuna memilih untuk berteduh dipondok yang disediakan. Betul betul bawah pokok dan menghadap kolam ikan kecil. Buku novel dikeluarkan dari dalam beg. Inilah masa untuk menghabiskan buku novel yang dipinjam dari perpustakaan. Baru saja menyelak beberapa helai kertas, tiba tiba suasana menjadi suram dek bayangan orang.

"Eh! Budak nerd kat sini rupanya. Tak sangka boleh terjumpa. Jodoh mungkin." sapa satu suara. Susuk tubuh yang baru saja tiba dipandang dengan hujung mata. Tak berani nak mengangkat muka apabila telinganya menangkap suara lelaki.

Jangkaannya tepat apabila terlihat tiga pasang sneakers hitam semakin mendekati pondok yang diduduki Yuna.

Emir Haidar, Hazrif Lee dan Ilhan Azim. Lelaki lelaki popular dan semestinya selalu menjadi perbualan utama para gadis di kolej. Wajah mereka yang kacak cukup membuatkan para gadis menggilai seperti kerasukan. Petik jari saja, semua beratur tersusun.

Kacak tapi menyeramkan. Itu pandangan Yuna pada seorang Emir Haidar. Antara yang paling digeruni selain temannya yang lain. Keluhan dilepaskan, baru saja mahu bersenang lenang.

"Kenapa kau diam? Orang lain buat kerja Puan Isha bagi, kau baca novel. Hei, kau fikir kau dah pandai lepastu tak payah belajar? Tak payah nak berlagak lah! Buku novel tak masuk exam pun nanti. Blah la kau! Dah lah hodoh, berlagak pula tu. Eloklah kau tak ada kawan. Pemalas! " herdik Emir sebelum tangannya laju merampas novel yang dipegang oleh Yuna.

"Ridiculous Love? " terbit senyuman sinis dibibir Emir. Wajah Yuna dan buku novel itu dipandang silih berganti sebelum tawanya tercetus.

"Euw. Kau baca buku cinta? Kau nak bercinta ke? Siapa je nak kan budak nerd macam kau ni? Pfft! Pak cik cleaner pun tak pandang kau lah!" sindirnya sambil mengekek ketawa. Hazrif dan Ilhan juga turut serta dalam acara membahan gadis polos itu.

Tiba tiba bahu Emir terasa ditepuk.

"Aku pun kesian dekat kau Emir. Dari tadi bercakap dengan dinding pondok. Tak keluar suara langsung. Jom lah chau biar dia kena kacau dengan penunggu kolam tu. Semak pula aku tengok muka minah ni. " sampuk Ilhan dari belakang.

Yuna mengeluh sebaik saja melihat tiga lelaku itu semakin menjauh. Ini baru sikit. Apa yang akan jadi agaknya esok? Setiap hari kena dera mental dan fizikal. Setiap hari dirinya diugut tanpa belas kasihan. Orang lain pula hanya pandang sebelah mata tanpa menolong. Apatah lagi memberi kata semangat padanya.

Kadang kadang tertanya juga pada diri, kenapa terlalu lemah untuk hadap semua benda ni. Kenapa mulut terlalu lemah untuk berbalas kata mereka. Kenapa semua tentang dirinya lemah.

♫︎♫︎♫︎

avataravatar