1 AMANAH

Liona dibesarkan di rumah Vance, Di mana ayahnya bertanggungjawab ke atas keselamatan keluarga bangsawan. Semasa serangan oleh pihak lawan, bapa Liona terbunuh. Ketika pengerang pihak lawan menghampiri rumah Vance. Liona mengambil senapang panjang biru ayahnya dan memenuhi misi mendiang ayahya. Air mata mengalir ke pipi Liona ketika dia melepaskan tembakan demi tembakan, setiap satunya membunuh pembunuh. Air mata terakhir keluar ketika tembakan terakhir menewaskan pihak lawan. Liona diambil menjadi anak angkat oleh ketua keluarga di rumah Vance, bahkan meletakkan waris tunggal mereka, Harley di bawah bimbingannya. Harley seorang pengacau semula jadi, yang menggunakan bakatnya dalam sihir magik untuk menimbulkan masalah dalam rumah Vance, hanya Liona dapat mengawal Harley .Masalah yang ditimbulkan Harley adalah bahagian terakhir yang mehangatkan hati nurani Liona. Selepas mendapat tahu tentang bagaimana Harley telah mengembara ke Land Of Dawn yang berbahaya. Liona ikut serta dengan senapang pusaka yang dipercayainya. Setelah dia menemui Harley melalui perjalanan yang panjang. Dia mendapati bahawa budak lelaki yang belum matang itu telah berubah melalui banyak pengalaman hidup yang telah dia alami. Dia membuat keputusan bahawa adalah bagus untuk adik angkatnya yang kecil itu berlatih di sini, sementara diam diam melindungi Harley tanpa pengetahuannya. Sejak hari itu, semua raksasa yang dihasilkan oleh sihir Harley akan dihapuskan dengan peluru hitam. Kisah kisah anak muda magis yang diikuti oleh penembak hendap hitam tidak lama kemudian tersebar.

avataravatar
Next chapter