"Ayuh!" Teriak lelaki itu sambil menghayunkan cemetinya ke kuda.

Bunyi derapan kuda terus kedengaran. Chu Qiao dipeluk erat ke dalam dakapan lelaki itu di saat angin dingin menghembusi mereka. Sungguhpun ribut kencang melanda, hanya beberapa titisan air sahaja yang terkena Chu Qiao, lantas gadis itu memandang ke langit yang kini hanya dipenuhi dengan awan tebal dan kelihatan seperti waktu malam. Bunyi derapan kuda begitu kuat kedengaran dalam hutan yang tebal itu menyebabkan ia agak mustahil untuk mengenal pasti jumlah musuh yang sebenar malah lebih teruk lagi tidak dapat membezakan antara pihak lawan dengan kawan. Tiba-tiba bunyi yang seolah-olah besi bertembung sesama sendiri kedengaran dari arah Chu Qiao melarikan diri tadi dengan pokok-pokok yang bergoncang seperti ia bakal tumbang.

"Itu Tuanlah!"

Bunyi desiran tiba-tiba datang dari arah hadapan. Sejurus itu, lelaki yang berpakaian hitam berselisih bahu dengan mereka dan pandangan mereka penuh dengan rasa hormat apabila mata mereka bertembung, lantas mengeluarkan senjata mereka yang rata-ratanya mempunyai pisau belati ataupun pedang. Tanpa berlengah lagi, mereka terus menerpa ke arah pemburu-pemburu itu.

"Tuan! Di hadapan!"

"Tuan! Musuh berada 80 langkah di sebelah barat!"

"Tuan! Bantuan dari selatan!"

"Tuan! Bantuan dari barat laut!"

"Tuan! Bantuan dari timur!"

Dalam kehuru-haraan itu, bantuan akhirnya tiba. Tanpa sebarang rasa ragu-ragu, pemuda itu terus memeluk erat gadis itu dengan sebelah tangannya manakala sebelah lagi mengekang kuda dan mereka pun pergi meninggalkan kekecohan di belakang mereka itu tidak lama kemudian. Kawasan belukar tadi kini berubah kepada dataran yang penuh dengan rumput-rumput tinggi. Tangan Chu Qiao dipenuhi dengan darah. Dia cepat-cepat mendongakkan kepalanya sambil bertanya kepada lelaki itu, "Kau cedera ke?"

Yan Xun yang sedang memakai serba hitam dan mukanya ditutup dengan sehelai kain. Dia kemudiannya menoleh sambil bertanya, "Mana Li Ce?"

"Dia dah larikan diri." Jawab Chu Qiao dengan jujur.

Yan Xun mengerut keningnya dan memandang ke arah hutan yang masih diterangi dengan cahaya dengan wajah yang tidak menyenangkan. Akhirnya dia menoleh balik sambil melambaikan tangannya. "Jom pulang ke bandar." Arahnya.

"Tunggu!" Chu Qiao cepat-cepat menyampuk. "Zhuge Yue dah kembali dan dia masih di dalam."

Yan Xun dengan raut wajah yang kebingungan bertanya, "Kau nak aku kembali ke sana dan ambil kesempatan ini untuk bunuh dia ke?" Niat asal Chu Qiao terus hilang begitu sahaja sebaik mendengar kata-kata Yan Xun. Yan Xun kemudian menambah lagi, "Kita tak boleh dedahkan identiti kita lagi. Lagipun kita dah tiada masa jadi kita biarkan saja dia dulu."

Chu Qiao meromok jengkel pada dada Yan Xun sewaktu kuda itu menderap. Pokok-pokok di sekeliling menghiasi pandangannya manakala langit yang diselubungi kegelapan itu kelihatan lebih gelap seakan-akan telah diperbuat daripada dakwat.

Musim bunga tanah tinggi Hong Chuan sentiasa tiba lewat. Pada waktu ini, bunga-bunga di Empayar Tang dan Empayar Song sudah tentu mekar penuh tetapi tanah di Empayar Xia pula masih dalam keadaan tandus bersama angin dingin yang bertiup dari barat laut dan kadang-kadang membawa haruman bunga yang berbeza-beza. Menurut Yan Xun, haruman itu datang dari bunga Huo Yun.

Sepertinya setiap hal yang melibatkan Putera Tang pasti akan menjadi rumit dan membingungkan, bermula daripada dia dipukul oleh Chu Qiao sehingga ke percubaan membunuhnya, kejadian ini semuanya mengenai putera itu dicederakan. Sekiranya Chu Qiao tidak mengalami kecederaan parah yang memerlukannya selama dua minggu untuk pulih, dia pasti meragui semua kejadian itu telah berlaku.

Kejadian itu masih lagi diselubungi misteri walaupun dengan kehadiran Chu Qiao sebagai saksi utama. Sungguhpun sudah beberapa hari memikirkannya tetapi sia-sia sahaja tanpa perkembangan. Yan Xun mempunyai pilihan untuk mengaktifkan semua kekuatan yang Da Tong telah berikan kepadanya di dalam ibu negara. Namun begitu, ia tetap mengambil masa selama sepuluh hari untuk mereka membuat keputusan yang hanya mampu membuatkan Chu Qiao tergamam. Kalau boleh, dia lebih memilih untuk tidak mempercayainya.

"Oleh sebab kita tak dapat cari pokok pangkal masalah ini, kita perlu fikirkan dari segi hasilnya. Walaupun dengan tiga ribu askar dikerahkan untuk memburu pembunuh upahan, Empayar Xia telah dianggap gagal untuk melindungi Putera Li Ce. Jadi, mereka terpaksa berkompromi dari segi pelaksanaan cukai di jabatan kastam Tang Hu. Dalam Empayar Tang sendiri pun ada membawa kepada beberapa siasatan, yang melibatkan ramai golongan bangsawan yang mempunyai kuasa dalam hal ehwal ketenteraan. Tiga orang daripada mereka pasti akan hilang kuasa. Tapi yang anehnya, walaupun diserang teruk oleh mereka, orang-orang Li Ce hanya cedera dan tiada kematian langsung. Kalau macam tu, boleh dikatakan nasib Li Ce yang baik itu mungkin ada sebab yang lain. Dan kalau itu konklusi kita, dan kalau kita dah buang segala pilihan-pilihan mustahil yang lain, pilihan yang tinggal, sebagaimana pelik pun bunyinya, akan jadi kebenarannya."

Yan Xun bersandar pada kusyen lembut di dalam pedati sambil tangannya memegang dahinya. "Ah Chu , kau betul-betul bernasib baik kali ini. Kalau kau dah apa-apakan Li Ce, memang nahaslah kau."

Chu Qiao hanya mampu mengimbas kembali kejadian itu, tetapi dia langsung tidak dapat mencari cacat-cela hipotesis itu. Sekiranya benarlah apa yang dikatakan oleh Yan Xun semua ini angkara Li Ce, maka berbahaya untuk melibatkan diri dengannya.

Bukan Yan Xun sahaja yang berminat dengan kejadian ini. Setelah doktor beredar, pihak istana memanggil Chu Qiao. Yan Xun menemaninya sepanjang jalan ke pintu Chang Ping yang kemudian Chu Qiao terpaksa pergi sendiri. Gadis itu keluar dari pedatinya dan mengikut orang gaji yang telah membawanya melalui koridor yang menuju ke dewan depan.

Namun, ia mungkin terlalu awal kerana Istana Sheng Jin masih lagi berada dalam keadaan aman. Seekor burung putih bertebangan di langit yang membiru bersama angin dingin yang bertiup melayang-layangkan pakaian semua orang bak rama-rama.

"Sida-sida Bai!" Seorang sida-sida muda berlari dari istana Xiang Zhang, memanggil sida-sida tua yang sedang menunjukkan jalan itu, "Sida-sida Bai! Cik Puan Qin dari kediaman Shu Yi dah mati!"

"Apa?" Sida-sida Bai terperanjat sehingga pemukulnya jatuh ke tanah. "Apa dah jadi?" dia bertanya tidak keruan.

"Kata orang-orang di kediaman Shu Yi, dia tiba-tiba jatuh sakit setelah makan kek kurma merah yang disediakan oleh tukang masak barat. Mahkamah Dalam Negeri pun dah sampai."

"Macam mana boleh jadi begitu?" Sida-sida itu mengerutkan keningnya. Dia menoleh dan sebelum sempat dia berkata apa-apa, Chu Qiao menyampuk, "Sida-sida, awak boleh teruskan dengan kerja awak. Saya tahu jalan ke dewan depan."

"Ah, terima kasih," balas sida-sida tua itu sebelum berpaling kepada sida-sida yang lebih muda. "Jom cepat!"

Chu Qiao sudah tinggal di istana selama bertahun-tahun dan sudah terbiasa dengan gundik-gundik dan sida-sida. Maharaja Xia sebenarnya tidaklah begitu berghairah, jadi wanita di istana tidak begitu terlibat dengan Maharaja. Dia masih mengingati dengan samar-samar bagaimana Cik Puan Qin yang tidak begitu senang untuk dikesan dan sentiasa menjadi salah seorang yang paling tenang dan senyap di istana. Dia juga sering ke bilik Shang Yi untuk meminjam buku. Orang neutral seperti itu pun tidak dapat melarikan diri dari dunia politik dan akhirnya mati.

Chu Qiao tidak mahu terlalu memikirkannya jadi dengan melalui istana Xiang Zhang, dia memasuki Tasik Ba Qu Ming. Pokok willow yang berada di sepanjang dua buah tebing itu sudah mula berkembang malah ada juga yang sudah berbunga dan membentuk tompok-tompok hijau yang cerah. Angin bayu memeriakkan air yang berwarna hijau itu. Chu Qiao yang berdiri di atas jambatan merasai bayu segar yang bertiup ke mukanya dan menyebabkan pakaiannya berkibar-kibar lantas menyegarkannya kembali. Setelah melepasi astaka Rong Hua, pintu masuk ke dewan depan sudah kelihatan. Dia mengambil jalan lain yang lebih tenang dan tidak begitu berpenghuni dan berjalan di bawah bumbung yang berbata merah dengan hiasan emas bersama hiasan gunung di kejauhan. Air tasik lazuardi mempunyai pokok willow berbunga di sepanjang tebingnya ditambah pula dengan pakaian putih dan rambut hitam ikal mayang milik gadis itu yang menampakkan lagi keindahan pemandangan itu.

Tetapi ketenangan ini musnah tatkala satu jeritan berkumandang di udara lalu langkah Chu Qiao juga turut terhenti. Dia mendongakkan kepalanya dan mendapati seekor burung helang putih jatuh dari langit dengan bunyi yang kuat. Anak panah tajam telah menembusinya dan menyebabkan bulu putihnya itu dicemari dengan warna merah darah. Setelah itu, bunyi tapak kaki pun kedengaran. Chu Qiao merengus lantas menghampiri pintu yang paling berdekatan dengannya di koridor itu dan memasukinya. Namun, sebaik sahaja pintu ditutup, dia telah diserang oleh seseorang yang mempunyai kekuatan yang hebat.

Lawannya seorang yang sangat kuat dan tanpa disedari, dia telah diatasi. Dengan kelajuan tindak balas yang luar biasa dan tanpa mengenal pasti penyerangnya, dia berpaling dan menggenggam tapak tangan itu. Dengan memusingkan pergelangan tangannya yang lain, dia meraih leher penyerang itu. Setelah terkena pada sasaran, tiba-tiba dia terasa tangan yang sejuk sedang mencekik lehernya.

Tindak balas mereka yang sepantas kilat menampakkan mereka sama hebatnya.

Pintu dan tingkap semuanya ditutup tanpa sebarang cahaya yang mampu menembusinya. Walaupun pada waktu siang, mereka tidak dapat melihat ciri-ciri wajah masing-masing dengan jelas kerana kedua-duanya telah diselubungi dengan kegelapan dan hanya pandangan tajam mereka sahaja yang bersinar-sinar bak dua binatang yang tidak sengaja bertemu satu sama lain.

Walaupun mereka berdua saling mencekik antara satu sama lain, mereka tidak melanjutkan langkah seterusnya dengan melepaskan jari mereka dengan serentak. Setelah melihat niat masing-masing, mereka terus melepaskan jari mereka, satu demi satu dan akhirnya, mereka berdiri bebas sambil menghadap satu sama lain. Namun, itu tidak bermaksud suasana tegang telah dihapuskan.

Pada waktu itu juga, suara lembut kedengaran di halaman, "Saudari Yun, mengapa awak buat begitu?" Wanita yang berpakaian biru bersama perhiasan phoenix, dengan kepalanya yang ditutup dengan hiasan kepala yang berukiran ungu dan emas berjalan ke hadapan dan dikelilingi oleh pembantu rumahnya. Wajahnya pula tidak tumpah seperti Dewi Yunani.

"Sebagai saudara perempuan, takkanlah saya nak biarkan awak lakukan kesalahan berat seperti ini kan?" Sewaktu orang gaji itu membawa kerusi yang diperbuat daripada kayu Phoebe Zhenan, Cik Puan Shu melipat lengan bajunya dan duduk dengan perlahan dan kemudian mengambil surat yang terdapat pada helang putih itu, berkata setelah memeriksanya dengan teliti, "Wanita di istana yang berkomunikasi dengan orang luar dianggap melakukan satu jenayah berat. Takkanlah awak tak tahu walaupun dah enam tahun di istana? Kenapa awak lakukan kesalahan itu?"

Sebagai seorang yang dahulunya pernah menjadi wanita paling terkenal di istana, Muhe Nayun memakai pakaian Cina berwarna ungu gelap dengan hiasan emas, berdiri tegak bersama dua orang pembantu rumah di belakangnya dan masih kelihatan cantik seperti dahulu. Tetapi sekarang, dia kelihatan sedikit kurus dan pucat. Tanpa memandang sekilas pun pada Cik Puan Shu, dia mengarahkan dua orang pengikutnya, "Jom pergi."

"Tunggu!"

Muhe Nayun hanya berjalan dan berpura-pura tidak mendengarnya.

Beberapa pembantu rumah mengikuti dan menghalangnya. Dengan suara yang dalam, mereka memberi amaran, "Tuanku, sila hormat. Cik Puan ada sesuatu yang ingin dikatakan."

Muhe Nayun terus menamparnya dengan kuat. Maharani Xia mengerut keningnya dan berkata, "Berani betul kamu halang jalan saya?! Sedar diri sikit!"

Orang gaji itu terkejut setelah rebah ke tanah. Dia masih dapat menahankan reputasinya dengan menzahirkan rasa takut dalam diri orang gaji-orang gaji itu walaupun setelah lebih sepuluh tahun menjadi Maharani.

Pandangan Cik Puan Shu membeku dan dia membalas secara tidak acuh, "Pengaruh awak masih kuat, sama seperti dulu. Kita patut raikannya."

Raut wajah Muhe Nayun sangat dingin lalu dia berkata, "Kita tak begitu rapat pun dan saya tak pernah takut pada awak. Tadi pun saya tak anggap serius. Biasalah wanita di istana ini. Tapi memandangkan kita bukannya kawan ataupun apa, tak perlulah nak sopan sangat."

Cik Shu tersenyum dan menjawab, "Keperibadian saudari Yun sangat garang dan berterus-terang. Ini membuatkan saya lebih tertarik pada awak."

"Terima kasih sajalah. Saya masih ada urusan penting jadi saya minta dari dulu dari teman awak pergi berjalan-jalan." Lantas Muhe Nayun pun berpaling untuk pergi.

"Tunggu!" Wajah Cik Puan Shu berubah suram. Dia berdiri dengan perlahan, sambil mengangkat surat di tangannya dan bertanya dengan dingin, "Saudari tak nak terangkan semua ini ke?"

avataravatar
Next chapter