Pada saat ini, satu jaring yang besar tiba-tiba dilemparkan dari atas lantas memerangkap Wei Jing ke dalamnya dengan empat orang pahlawan yang kemudiannya mendarat ke tanah untuk mengikat jaring tersebut dengan ketat. Setelah itu mereka melemparkan cangkuk dan melompat ke atas tembok dan meninggalkan tempat kejadian bersama tebusan itu.

Bunyi siulan wisel yang panjang menandakan isyarat bagi pahlawan-pahlawan untuk pulang ke pangkalan. Walaupun mereka sedang mendahului pertempuran tersebut namun mereka tetap berundur tanpa bantahan, meletakkan senjata mereka dan dua orang daripadanya mengangkat timba kayu yang berisi cecair lantas menuangkannya ke tanah. Tanpa membuang masa lagi, mereka mencucuh mancis dan melemparkannya ke tanah sebelum melarikan diri ke pinggir bandar. Semuanya berlaku dengan sekelip mata sahaja.

Operasi tersebut mengambil masa selama kurang dari 15 minit dan segalanya kembali normal setelah itu. Bunyi muzik yang bingit masih lagi berkumandang di Istana Sheng Jin. Pengawal Diraja yang tiba di tempat kejadian telah dikejutkan dengan pemandangan yang sayu di mana askar-askar Wei Jing telah dibakar hidup-hidup. Inilah kesan dari serangan yang dikatakan cekap dan tidak berhati perut itu.

"Tuan Wei telah diculik! Cepat laporkan hal ini kepada Majlis Ketua-ketua Terhormat! Yang lain cepat ikut aku kejar penyangak-penyangak itu!"

Sewaktu Pengawal Diraja tidak henti-henti mengejar mereka di pinggir bandar, sepasukan lelaki berpakaian hitam meluru masuk ke dalam Tanah Diraja. Di dalam Hutan Song Bo yang terletak di jalan utama, lebih sepuluh orang pengawal yang berpakaian biru sian sedang mengepung sebuah pedati dalam diam. Kemudiannya beberapa orang lelaki meluru ke arah pedati itu dan mencampakkan Wei Jing yang terperangkap dalam jaring di hadapan pedati itu.

"Kau…" Sebelum sempat Wei Jing menghabiskan kata-katanya, salah seorang daripada pengawal itu telah menendang mulutnya dengan kuat lantas mematahkan giginya. Dia mengerang kesakitan dan segera berhenti bercakap.

Dua pengawal yang berpakaian biru sian mengikat pemuda itu dengan ketat sambil menekup mulutnya. Setelah itu, mereka mencampakkannya ke tempat membakar kayu api di bawah pedati. Ketua pahlawan berbaju hitam itu kemudiannya melompat ke atas pedati sambil menanggalkan baju hitamnya dan menampakkan jubah putih yang dipakai di dalam. Sebaik sahaja menanggalkan topeng, muka yang kacak berserta renungannya yang tajam mula terserlah.

Pahlawan lain yang berpakaian hitam tadi turut menukar baju mereka kembali kepada baju pengawal berwarna biru sian. "Tuan putera," Salah seorang daripada mereka tampil ke hadapan bersama perapian di tangannya. "Ini dapat memanaskan tuan putera."

Yan Xun mengangguk dan mengambil perapian itu daripadanya lantas melabuhkan tirai pedati tersebut. Dia mengutip jubah hitam yang dipakainya tadi dan mencampakkannya ke dalam pedati lalu melambaikan tangannya kepada pengawal. Lantas dengan itu, pengiring pun mula bergerak perlahan-lahan menuju ke istana Terlarang.

Bunyi telapuk kuda tiba-tiba berdentum dari belakang lantas pengawal pun bertanya, "Siapa kau? Mengapa kau menderap di istana pada waktu malam? Kau nak mati ke?"

Lelaki tadi terpegun. Setelah melihat dengan teliti dia cepat-cepat berkata, "Oh, Putera Yan ke? Tuan Kedua Wei telah diserang hendap di dataran Zi Wei jadi saya telah diarahkan untuk melaporkan hal ini kepada Tuanku Maharaja di istana."

"Diserang hendap?" Tirai di pedati dinaikkan dan Yan Xun mula berkerut. "Kau dah tangkap penyangak itu ke? Di mana Tuan Kedua Wei sekarang ini? Dia selamat tak?"

"Putera Yan, penyangak itu dah melarikan diri ke pinggir bandar jadi Jeneral Lu sedang mengejar mereka. Tuan Kedua Wei telah diculik jadi kami tak tahu dia masih hidup atau tak."

Yan Xun mengangguk dan menggumam, "Cepat laporkan hal ini."

"Ya."

Sejurus itu, kuda tadi pun menderap pergi dan Yan Xun kembali ke dalam pedatinya sambil menggumam, "Jom ke Istana Lv Hua."

Setelah dia keluar dari pedati tersebut, dia ternampak Wei Guang yang sedang mengetuai keluarga Wei dan beberapa pegawai lagi keluar dari Istana Lv Hua. Mereka cepat-cepat menunggang kuda dan menderapnya keluar dari istana.

Yan Xun yang memakai kot berbulu putih kelihatan begitu kacak. Setelah keluarga Wei dan pengiringnya beredar, barulah dia memasuki Istana tersebut.

Maharaja Xia sudah meninggalkan Istana dan membiarkan Zhao Chi terkontang-kanting mengendalikan situasi tersebut. Orang gaji di istana yang memakai baju terang pula sedang menjamu hidangan kepada mereka manakala sekumpulan pemuzik menyerikan suasana di istana itu dengan alunan muzik yang indah.

Putera Li Ce memakai jubah berwarna ungu yang mempunyai lambang naga yang disulam padanya. Dia masih boleh bergurau senda bersama orang di sekelilingnya sambil mengangkat gelas lalu mengajukan minum ucap selamat bersama. Dia masih lagi kelihatan ceria. Kalau mukanya tidak berlebam, sudah tentu indah pemandangannya. Keadaan dalam majlis itu meriah bersama pegawai-pegawai yang sudah mabuk setelah minum ucap selamat bersama.

Yan Xun dengan senyap melangkah ke mejanya, perlahan-lahan mendongakkan kepalanya ke arah muka Putera Li Ce yang habis berlebam itu lantas dia tersenyum sinis. Dia mengangkat gelasnya sambil menggelengkan kepalanya dan ketawa kecil.

"Kenapa lambat sangat?" Zhao Chun'er memakai baju berwarna merah jambu bersulamkan lambang rama-rama berserta kain panjang yang berwarna ungu keemasan. Dia sememangnya nampak jelita bersama aksesori yang bertatahkan batu jed dan permata itu.

Yan Xun mendongakkan kepalanya sambil memandang ke arah wanita yang menghampirinya itu. Dia tersenyum sambil membalas, "Saya tertidur."

"Saya ingat awak tak datang dah tadi!" Zhao Chun'er kelihatan seperti ingin menangis apabila pandangannya melirik ke arah Putera Li Ce yang duduk di hadapannya itu. Dia memuncungkan mulutnya dan berkata, "Boleh pula dia itu tanya nama keluarga saya. Biadab betul!"

Yan Xun hanya tersenyum tanpa mengujar apa-apa. Setelah itu dia minum secawan wain lagi.

Zhao Chun'er masih terkesima melihat Yan Xun walaupun lelaki itu hanya bersikap dingin terhadapnya. Setelah beberapa ketika barulah gadis itu tersedar akan tindak-tanduknya itu. Mukanya mula berubah merah ketika dia menarik bajunya sendiri sambil bertanya, "Ini hadiah daripada Kawasan Taklukan Baharu. Cantik tak?"

Yan Xun hanya terpaku kerana sibuk memikirkan kejadian yang berlaku di Tasik Chi Shui tempoh hari. Pandangan Chu Qiao pada ketika itu mesra sewaktu dia memanggil nama Yan Xun. Namun dia tiba-tiba menggelabah sebelum mengingatinya untuk lebih berhati-hati. Raut wajah Yan Xun pun mula berseri setelah mengimbas kembali hal itu lantas dia pun mengujar, "Sangat cantik."

Zhao Chun'er terus berasa gembira setelah mendengarnya kerana memikirkan Yan Xun telah menujukan kata-kata tersebut kepadanya. Dia yang berasa seperti berada di atas bulan pun duduk di samping Yan Xun sambil menuangkan wain ke dalam gelasnya malah mengambil makanan untuk putera tersebut.

Askar-askar telah memasuki dewan dari penjuru lantas memberikan maklumat terkini kepada Zhao Qi lantas membuatkan raut wajahnya berubah pucat. Pegawai-pegawai lain pun mula tersedar dengan perubahan itu kecuali Li Ce yang sudah mabuk dan asyik menarik lengan bajunya sahaja sambil melayang-layangkan cawan di tangannya lalu membuatkan wain tertumpah padanya.

Majlis makan malam itu tamat pada pukul 2 pagi. Pada waktu itu, Li Ce yang mabuk sudah tertidur di atas meja bersama makanan yang bertaburan di atasnya. Zhao Qi tidak kembali ke istana Terlarang. Dia malah menunggang kudanya dan menderap ke arah bandar. Yan Xun hanya berdiri dalam kegelapan sambil memerhatikan susuk tubuh Zhao Qi lenyap dari situ, kemudian tersenyum sinis seorang diri.

"Abang Xun," Zhao Chun'er menarik lengan bajunya sambil berbisik, "Sejuklah di sini. Boleh tak awak hantar saya balik ke istana saya?"

Dengan segala hormatnya Yan Xun berundur ke belakang sambil menunduk, "Yan Xun agak sedikit mabuk jadi dia tak berani nak ganggu Tuan Puteri. Tuan Puteri pulang sendiri saja ya." Setelah itu Yan Xun memasuki pedatinya dan beredar.

Zhao Chun'er hanya terdiam di situ sambil memerhatikan Yan Xun yang perlahan-lahan meninggalkannya. Orang gaji di istana kemudian meluru ke arahnya lantas membaluti tuan puteri itu dengan kot berbulu. Kot berbulu berwarna merah gelap itu terjatuh ke tanah yang bersalji dengan tidak sengaja dan menampakkannya seperti sekolam darah di tengah-tengah salji putih.

Zhao Chun'er hanya mengetap bibirnya, mencuba sedaya upaya untuk menahan air matanya daripada membasahi pipi namun dia gagal berbuat demikian.

"Tuan Puteri?" Nenek Yu mengeluh lalu memegang tangan Puteri itu dan berkata, "Jomlah."

Zhao Chun'er mengangguk dan mengikuti Nenek Yu ke pedatinya. Angin sejuk bertiup kencang dan menyebabkan air matanya jatuh ke tanah bersalji itu.

Dalam sebuah bilik rahsia di Istana Ying Ge, Ah Jing menanggalkan penutup mata daripada Wei Jing. Lelaki itu hanya mengecilkan matanya seketika tatkala melihat cahaya. Setelah mendongakkan kepalanya semula, barulah muncul wajah seorang lelaki di hadapannya dengan senyuman yang terukir di bibir.

"Yan Xun?" Mata Wei membulat terkejut seperti tidak percaya. "Berani betul kau!" Dia mula mengamuk dan meronta-ronta.

"Aku memang berani pun. Tuan Kedua Wei patut tahu hal itu."

"Yan Xun, keluarga Wei takkan lepaskan kau. Aku akan pastikan mayat kau tak berkubur!"

Yan hanya ketawa berdekah-dekah seperti Wei Jing berjenaka dengannya. "Aku tak tahulah mayat aku nanti berkubur atau tak tapi yang pasti kau itu yang tak berkubur." Sinisnya.

"Ingat tak lagi?" Yan Xun menyendengkan tubuhnya sedikit bersama senyuman sinis yang terpahat pada wajahnya. "Aku ada cakap, kalau kau tak bunuh aku hari itu, aku yang akan bunuh kau nanti kan? Kau boleh potong jari aku tapi ingat, aku boleh penggal kepala kau." Ujarnya dengan nada yang lembut.

"AH!" Jeritan yang membingitkan mula kedengaran bercampur dengan bunyi besi. Tangan yang dikerat-kerat kemudian jatuh ke tanah bersama darah yang membanjirinya. Beberapa tompokan darah terpercik ke pergelangan tangan Yan Xun jadi dia merungut. Dia kemudian mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap darah tadi sambil berkata kepada orang-orangnya, "Heret sampah ini keluar dan penggal kepalanya."

Wei Jing pun mengamuk untuk melepaskan diri, "Bedebah kau, anjing Yan Bei! Pak cik aku takkan lepaskan kau!"

"Wei Guang?" Yan Xun tertawa sinis. "Si tua itu boleh buat apa dengan otak lembabnya? Hanya keluarga Wei sahaja yang menyanjungnya tinggi melangit. Sampai bila-bila pun dia masih akan tertanya-tanya siapa yang buat hal ini. Bodohlah kau Wei Jing!" Yan Xun menoleh dingin ke arah Wei Jing lantas menggumam dengan rasa menyampah, "Kalau diikutkan, kau masih ada masa untuk hidup tapi malang betul kau pilih untuk menaikkan darah aku. Kau tak patut ugut aku dengan orang yang aku sayang tahu. Kau ingat kau hebat sangat? Rasa macam boleh tewaskan aku ke? Naif betul kau ini! Makin lama makin tak berguna. Jadi setakat ini sajalah kau boleh tunjuk sifat tak berguna kau itu." Yan Xun mencampakkan sapu tangannya yang penuh dengan darah itu ke tanah lantas menoleh dan beredar. Tapi, sebelum dia beredar, dia sempat mengarah mereka. "Heret dia keluar!"

Kata cacian mula bergema dalam bilik itu diselangi dengan suara cemas. Namun Yan Xun hanya memekakkan telinga dan berdiri megah di situ. Episod balas dendamnya sudah bermula. Mereka yang telah menghinanya suatu ketika dahulu akan menerima balasannya kelak. Dia tidak akan membiarkan orang lain mencederakan orang yang disayanginya lagi!

Bulan pada malam itu sedingin fros dan begitu juga dengan angin yang bertiup yang terasa seperti ais. Keesokan harinya, seluruh Bandar Zhen Huang telah digemparkan dengan berita Wei Jing, anak sulung keluarga Wei yang telah diserang hendap semalam. Ratusan pengawal telah habis dihapuskan dan Wei Jing pula telah diculik. Ketika Pengawal Diraja tiba di tempat kejadian, tiada langsung jejak-jejak penyangak itu. Semalaman mereka melakukan pencarian namun masih gagal menemui apa-apa bukti. Semua orang hanya berharap agar tiada perkara buruk yang berlaku. Oleh sebab Pengawal Diraja ada terdengar laungan sayu Muhe Xike dari suku keluarga Muhe pada waktu itu, penyiasatan telah dijalankan di suku keluarga Muhe.

Pada saat ini, Wei Guang yang terduduk di dalam bilik tidur utama kediaman Wei telah menyerahkan sepucuk surat kepada seorang orang gaji yang paling dipercayainya. "Surat ini mesti sampai ke tangan Ye'er. Masa depan keluarga Wei bergantung pada ini. Tuanku Maharaja sudah mula berpaling dari keturunan Wei. Kalau dia tak kembali, keluarga Wei akan menjadi seperti suku keluarga Muhe."

Bunyi telapuk kuda kemudian mula menderap ke arah Utara. Apabila Ah Jing memberitahu Yan Xun mengenai perkara ini, Yan Xun hanya menikmati tehnya di laman. Dia hanya tersenyum sambil menggumam, "Kan lebih baik kalau keadaan jadi lebih kucar-kacir."

Meremang bulu roma Ah Jing setelah mendengar tuan puteranya berkata begitu. Dia sudah tiga tahun menjadi orang suruhan Yan Xun namun lama-kelamaan dia baru sedar yang dia tidak pernah membuka pekung di dada.

Di laman Kem Pasukan Askar Berkuda, bunyi tepukan gemuruh dapat didengari. Seorang gadis dengan senyuman yang manis berdiri di tengah-tengah laman sambil melepaskan tujuh anak panah sekali gus dan mengenai sasaran yang sejauh 100 kaki itu dengan tepat.

avataravatar
Next chapter