"Baiklah," ketawa Chu Qiao sambil menolak Yan Xun ke hadapan meja dan menuding jari ke arah peta dan mengimbas kembali setiap butiran perjalanannya dengan serius.

Langit menjadi mendung dan berkabus, keadaan yang sunyi sepi menyulubungi kedua remaja itu. Chu Qiao menghirup cawan teh dan lantas mencoretkan satu garisan terakhir sebelum menunjukkan carta kepada Yan Xun. "Selagi Jeneral Meng Tian masih mengetuai puak Mian, aku tak perlu risau mengenai mereka. Disebabkan hal yang sedang berlaku sekarang ini, kita tak perlu merisaukan tentang istana Sheng Jin ataupun Wei Fa, tapi kita perlu berasa risau dengan puak Zhuge."

Yan Xun meraih keningnya dan berkata, "Bukan ke Zhuge Huai baru saja meninggalkan ibu negara? Zhuge Muqing dah mula berundur perlahan-lahan dari Majlis Ketua-Ketua Terhormat dalam beberapa tahun ini, menyerahkan perkara-perkara penting keluarga kepada Zhuge Huai. Mungkinkah dia masuk campur kali ini?"

"Aku rasa kau sudah memandang remeh terhadap kelicikan orang tua itu." Chu Qiao menggelengkan kepalanya. "Di bawah pemerintahan maharaja selama tiga ratus tahun ini, Majlis Ketua-Ketua Terhormat telah diketuai oleh keluarga-keluarga yang berbeza. Antara beberapa orang pengasas ketua terhormat, hanya puak Zhuge saja yang telah bersaing untuk keluar dari prairi bersama Maharaja Agung Pei Luo. Puak Zhuge mengerti akan keseimbangan kuasa; dan inilah aset terbesar mereka. Mereka tidak pernah meletakkan diri mereka dalam bahaya, tidak seperti puak Muhe yang hanya menginginkan tumpuan. Maharaja baru-baru ini ingin mengukuhkan kuasa mereka dengan bersekongkol dengan puak yang paling menjadi tumpuan ramai, dan inilah satu-satunya sebab mengapa puak Zhuge dapat bertahan selama beberapa tahun ini. Banyak pertikaian yang berlaku di dalam empayar, namun nampaknya Zhuge Muqing sering mengambil pendirian yang neutral untuk menjauhkan puaknya daripada sebarang konflik. Ini bukan berlaku kerana nasib semata-mata. Tengok di sini." Chu Qiao menuding jari ke arah carta, "Ini bahan risikan yang aku dah kumpulkan selama beberapa bulan. Keturunan Zhuge kelihatan seperti mereka tidak mempunyai sebarang rancangan pada mata kasar, namun jika kau rujuk kembali kepada bahan bekalan mereka, garam, bijih logam di kawasan barat laut semuanya telah diagihkan semula secara kecil-kecilan. Walaupun tidak banyak yang diperuntukkan untuk setiap perjalanan, namun kekerapan pengagihan mereka sangat tinggi. Zhuge Xi telah dihantar ke Bandar Xi Han daripada Song Shui untuk mengutip cukai tanah dan juga cukai barangan. Para pegawai merasakan Zhuge Xi seorang yang dungu dan tidak berguna, namun pada pendapat aku, walaupun saiz Bandar Xi Han itu kecil, tetapi ia terletak di sebelah Pintu Gerbang Ya Ming yang merupakan salah satu kawasan yang kita harus lalui jika kita ingin pulang ke Yan Bei. Ia terletak betul-betul di tengah laluan perdagangan Yao Shui, Fu Su, dan juga Chi Shui, lantas membuatkan ia menjadi sebuah tempat yang strategik dan penting. Kita tak boleh memandang remeh terhadap bandar itu."

"Lagi satu, tengok pada lapan haribulan pada bulan lepas, Majlis Ketua-Ketua Terhormat telah bersetuju untuk memartabatkan Zhuge Ran sebagai panggilan rasmi untuk memanggil bala tentera. Zhuge Muqing tidak menghantar anaknya pulang ke kem timur laut, malah telah menghantarnya ke kem barat daya untuk dijadikan sebagai jeneral. Kem timur laut dan juga kem barat daya terletak bersebelahan dengan satu sama lain, dan kem barat daya itu terletak di bawah jajahan Puak Bataha. Jika keluarga Zhuge tidak berhubung dengan puak Bataha secara sulit, bagaimana Ba Tu Lama boleh membenarkan orang asing untuk berkunjung ke dalam kem di dalam wilayahnya? Lagipun, ini merupakan maklumat terpenting: kau tak perasan ke yang Zhuge Yue mungkin akan pulang ke sini tidak lama lagi?"

Yan Xun mengangguk. "Aku tahu dan sedar akan perihal-perihal yang kau cakap tadi. Cik Puan Yu telah menghantar orang-orang suruhannya untuk mengingatkan aku akan hal ini beberapa hari yang lalu."

"Oh?" Anak mata Chu Qiao bersinar terang. "Apa yang Cik Puan Yu katakan?"

"Dia kata ia masih terlalu awal untuk kita bertindak. Terlalu banyak risiko yang kita perlu pertimbangkan apabila kuasa-kuasa besar datang untuk menyambut kelahiran Maharaja Xia. Kita hanya boleh bertindak dengan cermat buat masa ini."

Kening Chu Qiao terus diraih dan dikerutkan semasa dia mendongak untuk memandang wajah Yan Xun, dia berkata perlahan, "Yan Xun, kau fikir itu rancangan yang baik ke? Aku risau jika ada permasalahan yang akan berlaku. Aku berpendapat kita patut bersiap sedia terlebih dahulu untuk terus selamat."

"Ah Chu, tiada rancangan yang sempurna di dalam dunia ini. Bersembang mengenai bersiap sedia, bukan ke kita dah membuat persiapan yang secukupnya selama beberapa tahun ini? Yan Xun merenung ke dalam mata gadis itu dalam. "Kau percaya pada aku kan?"

Chu Qiao mengangguk. "Ya aku percaya."

"Jadi kau patut berehat." Yan Xun ketawa lembut. "Biar aku yang uruskan perkara-perkara ini. Perjalanan kau ke Pergunungan Nan Ji itu dah membuatkan badan kau berada dalam keadaan tertekan, kau terlalu penat untuk berbincang mengenai hal ini."

"Yan Xun…"

"Aku tak nak pulang ke Yan Bei berseorangan." kata Yan Xun dengan serius secara tiba-tiba, "Aku sudah tidak mempunyai sesiapa di sini. Ah Chu, kau orang paling bermakna dalam hidup aku."

Cahaya lilin memberi kehangatan di dalam bilik itu, renungan mata Yan Xun kelihatan selembut air, dia meraih tangannya dan lantas mengusap pipi Chu Qiao. "Ah Chu, kau masih ingat tak pada tahun di mana kita melangkah masuk ke dalam istana Sheng Jin semasa aku masih demam panas, dan kita tidak mempunyai sebarang ubat untuk mengubatinya? Kau masih ingat apa yang kau katakan pada aku?"

Chu Qiao terlopong semasa mendengar Yan Xun yang menyambung, "Kau kata yang kau nak aku berehat tanpa merisaukan apa-apa, kau akan tetap berjaga sehinggalah aku bangun dari tidur. Akhirnya, aku bangun empat hari kemudian dan kau masih lagi terjaga dan menjaga aku pada setiap masa itu. Sekarang aku boleh menjaga kau dan kau boleh berehat tanpa perlu merisaukan apa-apa. Aku akan berjaga sehinggalah hari di mana kita boleh menutup mata kita bersama dan tidur dengan tenang."

Chu Qiao menundukkan wajah dan mencebikkan bibirnya ringan. Kehangatan yang membara menyusup ke dalam hati dan lantas menenteramkan jiwanya pada malam musim sejuk yang gelap dan membeku. "Baiklah, aku takkan tinggalkan kau. Aku akan terus berada di samping kau, menunggu saat kau membawa aku pergi dari tempat ini."

Yan Xun mengangguk dengan anak mata yang bersinar. Senyumannya mesra dan hangat seperti tasik yang mencair pada bulan Mac, kerisauan yang melanda gadis itu selama berbulan-bulan terus menghilang dalam sekelip mata.

"Ah Chu, kita masuk ke dalam istana ini bersama-sama dan kita akan keluar dari istana ini bersama-sama. Kau kena percaya pada aku sebab kita tak boleh mengharapkan sesiapa selain diri kita di dunia ini."

Salji terus menebal semasa malam yang tenang dan panjang di pertengahan musim sejuk itu berlalu. Bandar Zhen Huang terasa tenang, namun tiada sesiapa yang menyedari tentang sebilah pedang tajam bak syaitan yang terletak di arus bawah yang melonjak pesat dengan tidak terjangka dan aneh, bersedia untuk melimpah pada bila-bila masa dan lantas membinasakan segala perkara yang berada dalam laluannya. Rakyat yang berada di pantai hanya mampu menempuh keadaan itu dengan berhati-hati, mencuba sedaya upaya mereka untuk menghindarkan air lumpur daripada terpercik ke baju mereka. Apabila seseorang tidak dapat melawan ombak, langkah terbaik ialah menjauhkan diri daripada arus.

Yan Xun ternampak cahaya dipadamkan sebaik sahaja dia beredar dari bilik Chu Qiao. Raut wajahnya bertukar dingin dan tegas apabila dia meraih pandangannya dan melihat ke arah dewan Xia Hua yang terletak berhadapan dengannya, mematahkan beberapa dahan ranting yang berada di dalam genggaman semasa dia mencengkam jari-jemarinya sendiri. Dia melihat ke langit dengan mata yang tertutup, jelas membayangkan sebuah malam beberapa tahun yang lalu.

Pada hari tersebut, Chu Qiao hanyalah berusia sembilan tahun dan dia sedang terburu-buru mencari ubat yang boleh menyembuh penyakit Yan Xun. Namun, Wei Jing yang sedang mengintip kedua anak kecil ini dalam gelap itu juga mendapat tahu akan penyakit pemuda ini dan akhirnya, Chu Qiao disebat dan dibelasah oleh 20 orang pengawal berbadan tegap dan demi mempertahankan Yan Xun daripada menjadi sasaran jika gadis itu membuka mulutnya, Chu Qiao langsung tidak bersuara mahupun melarikan diri. Dia terus menerima pukulan demi pukulan hinggalah gadis itu menjadi lembik dengan darah yang banyak mengalir dari tubuh badannya. Chu Qiao separuh mati apabila pemuda itu tiba ke tempat kejadian, namun gadis itu masih menggenggam paket yang mengandungi ubat-ubatan yang baru sahaja dicuri itu dengan kuat.

Yan Xun bersumpah pada hari tersebut dia tidak akan membenarkan manusia yang begitu bermakna di dalam dirinya untuk meninggalkannya lagi. Tiada sesiapa di dalam dunia ini yang berharga seperti gadis itu. Dia berharap masa yang tepat akan datang secepat mungkin kerana dia telah memendam kesabaran ini buat masa yang lama dan dia tidak dapat menampungnya lagi.

Pemuda itu membuka matanya dan persekitarannya kelihatan lebih cerah dari selalu. Zhuge Yue bakal pulang ke ibu negara pada keesokan hari dan dia langsung tidak pernah bertemu dengan rakan lamanya ini selama tujuh tahun. Bagaimanakah tingkah lakunya setelah beberapa tahun ini?

Kecederaan di bahunya telah lama pulih lama, namun sekelumit perasaan benci masih lagi tersemat di dalam hatinya kepada pemuda ini, lantas pemuda itu melepaskan ketawa sinis semasa dia berpaling dan melangkah ke kegelapan.

Ibu negara Zhen Huang mengalami salji yang paling tebal dalam sejarah bermula dari permulaan tahun ini, dan ini merupakan hari ke dua belas berturut-turut di mana salji tebal meliputi bandar. Angin yang membeku dan kencang terus bertiup ganas melalui jalan-jalan lama yang akhirnya bertemu pintu gerbang bandar tersebut. Sebuah pasukan berkuda ringan berperisai hitam menderap laju merentasi dataran bersalji semasa meluru ke dalam Bandar Zhen Huang.

Pasukan ini menyamar, membaluti diri mereka dengan kot bulu biru yang kelihatan sangat biasa. Memakai topi bulu, senjata mereka disembunyikan dengan balutan kapas yang tersemat di belakang badan sambil menunggang kuda Hongchuan biasa. Rakyat biasa yang melihat pasukan berkuda ini pasti berpendapat mereka ialah pengawal bandar biasa. Namun, jika dilihat dengan lebih dekat, sebuah aura yang tidak boleh diungkapkan telah dipancarkan oleh mereka.

Pasukan berkuda ringan menunggang melepasi Jiu Wei kerana ingin memintas jalan utama yang sibuk, melalui belakang Tasik Chi dan melepasi Dataran Zi Jin, hanya berhenti apabila mereka tiba di Pintu Gerbang Bai Qiang, yang hanya membenarkan Pengawal Bandar Dalaman Maharaja untuk memasuki kawasan tersebut. Lelaki yang mengetuai pasukan sedang berperisai hitam dengan kot bulu berwarna hitam yang diikat pada bahunya. Salji dan debu terpercik jatuh ke tanah dengan satu jentikan perlahan dan lantas dia melangkah ke hadapan, menjauhkan diri daripada sekumpulan pasukan berkuda ringan itu bersama orang-orang suruhan miliknya dan terus menuju ke dalam istana Sheng Jin yang dikawal ketat.

"Tuanku Diraja Ketujuh!" Pemuda Zhao Che meraih wajahnya yang diliputi fros di sebalik salji. Di bawah keningnya yang tajam terletak sepasang mata yang dingin tanpa sebarang emosi. Dia telah menghabiskan empat tahun yang lalu di kawasan persempadanan, mengasah pedangnya tajam. Dia mengangkat kening dan bertanya, "Mana adik kelapan aku?"

"Beliau telah diambil untuk pergi ke kediaman negeri."

Zhao Che mengutil keningnya dan bertanya dengan suara yang serius, "Kau tak buat kerja ke?"

Beberapa orang pengawal yang berhadapan dengannya terus melutut ke tanah dalam ketakutan, suara mereka bergema, "Kami patut dihukum mati."

Terduduk di atas kudanya, Zhao Che mengecilkan matanya dan berkata, "Semenjak kalian sedar kalian layak untuk dihukum mati, kenapa kalian datang untuk berjumpa aku?" Setelah itu, dia berpaling dan mula bergerak di sepanjang jalan Qian Xi, meninggalkan pengawal-pengawal muda yang masih melutut di atas tanah bersalji di belakang.

Salji semakin menebal pada setiap saat, dan angin kencang terus mengganas. Zhao Che dan yang lain-lain diselimuti dengan kot dan topi bulu mereka semasa mereka tergesa-gesa berjalan ke tembok merah.

"Siapa di sana?" Tanya pengawal istana dengan tegas.

Di dalam ribut salji tersebut, para pengawal hanya dapat melihat sebuah bayangan yang terpaku di hadapan mereka. Bayangan tersebut tidaklah terlalu tinggi dan tersangat kurus, namun dia seorang yang licik. Dia lantas melutut apabila mendengar suara tersebut dan terus tertunduk hormat.

"Tuanku, dia mesti pekerja istana."

Zhao Che memandang ke arah bayang tersebut dengan dingin, mengeluarkan pedang yang tersemat di pinggangnya, dan serta-merta mencabut topi dari kepala orang tersebut. Rambut panjangnya diikat sanggul, namun lehernya kurus dan kelihatan cerah. Zhao Che memijak topi kepalanya dengan kasut but yang sedang dipakai semasa dia merenung bayang tersebut yang masih melutut di hadapannya, dia berkata perlahan, "Angkat kepala kau."

Sebaik sahaja kepalanya diraih, sebuah wajah lembut dan cantik muncul dalam pandangan Zhao Che. Matanya kelihatan tenang dan anak matanya menghitam, Walaupun dia sedang memakai pakaian lelaki, namun gadis itu kelihatan sangat cantik. Kening Zhao Che melonjak sedikit dan lantas direhatkan setelah seketika, seolah-olah dia sedang mengingati sesuatu. Dengan ketawa sinis, dia berkata, "Apabila seseorang itu berkuasa, haiwan peliharaannya pun akan masuk ke dalam syurga. Aku tak sangka hari di mana kau boleh berlegar sesuka hati di dalam istana Sheng Jin akan tiba juga?"

Chu Qiao menundukkan wajahnya dan kekal tenang dan membisu.

Zhao Che mengerling sekali lagi ke arah gadis itu dan meludah ke tepi, menendang topi kepala gadis itu kembali kepadanya dan lantas beredar tanpa mengucapkan sebarang kata.

Salji meliputi tanah dan juga angin meniup dengan kencang semasa gadis itu meraih pandangannya, dan melihat lelaki itu telah melangkah pergi. Namun, dia masih berasa tekanan yang bermain-main di dalam dirinya. Mengapa dia pulang ke istana semasa ribut salji pada hari ini? Keadaan dalam Zhen Huang menjadi bertambah tegang tanpa sesiapa menyedarinya, walaupun Yan Xun masih mempunyai setengah tahun untuk menetap di dalam bandar ini sebelum pulang ke Yan Bei.

Sebuah jamuan besar-besaran telah dianjurkan oleh istana Sheng Jin pada malam itu. Selain daripada Putera Ketujuh Zhao Che yang baru sahaja pulang dari perjuangannya yang telah menghadirkan diri, putera keempat dari keluarga Zhuge, Zhuge Yue, yang baru sahaja kembali dari Pergunungan Wolong setelah tujuh tahun berada di dalam pemulihan juga turut menghadirkan diri. Dia kini berjawatan sebagai seorang timbalan komander di jabatan tentera.

Maharaja Empayar Xia, Maharaja Zhao Zhengde, seperti kebiasaannya tidak dapat menghadirkan diri untuk jamuan ini, dan hanya Maharani Muhe Nayun sahaja yang telah hadir sebagai tanda simbolik. Lagipun, Putera Zhao Che merupakan darah dagingnya sendiri. Semua orang yang menghadirkan diri telah menikmati jamuan tersebut, ucapan selamat telah bertukar-tukar sesama menteri. Tiada sesiapa yang mengungkitkan kisah yang berlaku tiga hari lalu di mana putera kelapan, Zhao Jue, telah dibuang daripada kuil diraja keluarga Zhao akibat dirinya yang dimurkai Maharaja. Dia telah dilucutkan dari segala darjat dan pangkatnya dan kini menjadi rakyat jelata biasa dan akan dibicarakan oleh pihak kerajaan negara.

"Perkara-perkara begitu seolah-olah batu di dalam tasik; tiada sesiapa yang dapat mengenal pasti saiz dan bentuknya. Hanya mereka yang berani untuk menyeluk tangan ke dalam tasik itu sahaja yang mengetahuinya. Namun tiada sesiapa yang dapat menjangka kedalaman air itu dan juga sama ada mereka dapat keluar dengan selamat."

avataravatar
Next chapter