Jam menunjukkan pukul 1.20 pagi. Chu Qiao menutup pintu pintu bilik air. Dia bergerak ke sinki untuk membasuh tangannya.

Penjara itu sunyi sepi, tiada sebarang bunyi dapat didengari. Pada waktu malam sebegini, kebiasaannya orang berasa sangat letih. Walaupun seseorang itu ialah ejen pasukan khas yang telah menjalani latihan yang penuh dengan cabaran hebat, kecerdasan dan tenaga mereka bukanlah pada tahap terbaik. Chu Qiao kelihatan tenang. Setelah mencuci kedua tangannya, dia mengambil tuala daripada rak dan mengeringkan tangannya sehingga kering. Bunyi air daripada pam tandas yang kuat memenuhi ruang sel. Dia meletakkan dua jari pada pergelangan tangannya untuk mencari nadi, menghitung waktu dengan senyap.

10, 9, 8, 7, 6, 5, 4…

Masa telah tamat. Chu Qiao memalingkan badannya dengan selamba dan berjalan ke arah katilnya.

Secara tiba-tiba, satu dentuman yang sayup dapat didengari. Percikan air yang besar meletupkan paip air. Satu cahaya yang samar-samar dapat dilihat datang daripada paip yang pecah itu. Chu Qiao yang berada tidak jauh daripada paip itu terjatuh akibat semburan air daripada letupan paip itu.

Di luar pintu sel, para pengawal penjara terkedu. Mereka hanya mampu melihat paip air yang meletup di dalam sel dan mengenai banduan tersebut yang mengakibatkan dia jatuh. Dia mungkin masih lagi hidup ataupun sudah mati. Kejadian tersebut berlaku dengan begitu pantas. Pengawal-pengawal menjadi cemas dan memasukkan kod laluan ke dalam sel. Dengan walkie-talkie di sebelah tangan dan submesingan disebelah lagi, mereka meluru masuk ke dalam sel. Bagaimanapun, paip yang pecah itu telah mengganggu transmisi radio. Sepanjang lima saat itu, stesen utama hanya boleh mendengar desiran tidak jelas daripada saluran yang tidak dikenali.

Peluang sebegini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Ia mungkin tidak akan berulang kembali. Apabila kedua-dua pengawal itu meluru masuk ke dalam sel untuk memeriksa punca yang mengakibatkan letupan paip itu, Chu Qiao yang sebentar tadi pengsan, membuka matanya. Badannya tiba-tiba menjadi selincah kucing dan dia berlari keluar ke pintu sel. Pengawal-pengawal terperanjat tetapi sebelum mereka sempat meminta pertolongan, pintu sel telah ditutup ketat.

Chu Qiao mengabaikan pengawal-pengawal yang sedang mengamuk itu dan bergegas ke bilik pengawasan. Dia lalu menyalin beberapa rakaman yang dirakamkan pada jam lepas dan dengan pantas memindahkannya ke dalam DVD kecil. Dia menyunting dan memadam rakaman tersebut. Setelah itu, dia mengheret kerusi ke bawah kamera yang menghala ke arah sel dan memalingkan DVD tersebut kebelakang. Dia kemudian memainkan rakaman yang telah disunting supaya DVD itu boleh merakamkannya. Kemudian, dia kembali ke dalam bilik pengawasan untuk memutuskan isyarat transmisi daripada walkie-talkie itu.

Waktu yang tepat. Selepas lima saat, peranti letupan kecil yang digunakan untuk meletupkan paip itu mula melalui proses pembaikan sendiri setelah letupan berlaku. Bahagian-bahagian paip yang mengalami kebocoran diperbaiki dengan cepat menggunakan gam cecair, di mana ia mengeras dengan pantas. Selama ini, Chu Qiao menyimpan peranti ini di dalam rambutnya. Di dalam sel tertutup itu, amukan dan jeritan para pengawal yang terperangkap kedengaran seperti dengungan nyamuk yang menjengkelkan di telinga. Bunyi itu tidak dapat menembusi tembok kaca. Peranti pengawasan kembali seperti biasa. Rakaman yang dapat dilihat oleh stesen utama ialah rakaman satu jam yang lalu. Seorang banduan wanita duduk kaku di atas katilnya, manakala kedua-dua pengawal penjara itu sedang melakukan pusingan mereka. Semuanya seolah-olah sunyi dan normal.

Renungan matanya tajam sementara dia memeriksa persekitarannya. Semuanya tenang.

Dia kembali ke dalam bilik pengawasan dan membuka kotak rizab pengawal penjara. Membuka pakaiannya yang basah, dia memakai baju seragam pengawal penjara daripada penjara ke-4. Setelah memakai topinya, dia mengambil AK74U dan memadankan dengan penyenyap bunyi. Meletakkan pistol tersebut di pinggangnya, dia berjalan keluar daripada bilik itu.

Apabila kedua-dua pengawal itu memutuskan untuk membuka sel itu, ia bukanlah suatu tindakan yang terburu-buru dan rakus.

Penjara ke-4 terletak bersebelahan dengan ibu negara. Dengan lokasi geografiknya yang sulit dan terpencil, kesemua banduan yang ditempatkan di sini merupakan penjenayah berulang yang sedang menunggu keputusan perbicaraan daripada mahkamah tentera senior negara, dan kepentingannya dapat disimpulkan sendiri. Sistem pertahanan setiap sel banduan adalah sempurna. Setiap sel boleh bekerja sendiri tanpa berkongsi apa-apa sistem dengan sel yang lain. Senjata-senjata yang digunakan oleh para pengawal adalah antara yang terbaik. Mereka dirakam dan berada dalam pengawasan pada setiap masa. Pengawal juga sering dipindahkan. Tiga ejen pasukan khas digunakan untuk mengawal setiap sel yang mana dipecahkan antara pintu sel dalaman dan luaran. Tidak kurang lainnya dengan sel Chu Qiao, jika seseorang itu mempunyai kod untuk pintu di bahagian dalam, mereka boleh membuka pintu bahagian luar juga. Bagi pintu bahagian luar pula, seseorang itu haruslah mendapatkan cap jari orang terakhir yang menutup pintu itu. Barulah pintu itu dapat dibuka.

Ketiga-tiga pengawal tersebut digilirkan secara rutin. Pada masa itu, dua pengawal sudah pun berada di dalam sel. Chu Qiao menggenggam lapisan plastik bersama cap jari pengawal yang telah disediakan terdahulu dan mengimbasnya pada pengimbas cap jari. Tidak lama kemudian, bunyi klik kedengaran. Dengan berpakaian seragam tentera biasa, dia berjalan keluar daripada pintu utama penjara dengan bersahaja tanpa mengendahkan tenungan bengis daripada kedua-dua pengawal itu.

Setelah melepasi pintu utama itu, terdapat satu koridor panjang di hadapannya. Dia kini berada di tingkat empat di dalam penjara bawah tanah ini. Untuk mencapai matlamatnya, masih banyak cabaran yang perlu dihadapinya. Rakaman pengawasan itu hanya boleh digunakan untuk satu jam, jadi dia harus bergerak pantas.

Semua tahanan di tingkat empat penjara ini merupakan panglima tentera tertinggi dan ejen sulit yang sedang menunggu keputusan mahkamah tentera negara. Semua tahanan di tingkat tiga merupakan penjenayah yang sangat dikehendaki. Tingkat satu merupakan bilik-bilik kediaman para pegawai di penjara ke-4. Bagi tingkat kedua pula, ia adalah tempat pendaftaran bagi pengunjung yang datang ke penjara ke-4, dan itulah tempat yang dia harus ditujunya.

Selepas berjalan selama kira-kira dua minit, dia meninggalkan kawasan sel. Di hujung koridor bahagian luar, terdapat empat orang pengawal penjara yang terlatih dan bersenjata lengkap sedang memegang submesingan. Di dalam penjara ke-4, tidak ada sebarang saluran pendingin hawa dan tiada paip air yang kering. Selain daripada koridor ini, satu-satunya cara untuk dia keluar adalah dengan menerobos masuk ke dalam dinding konkrit itu. Ia adalah mustahil untuk melarikan diri daripada penjara ini tanpa sebarang kecederaan.

Apabila para pengawal terlihat akan wajah Chu Qiao yang asing dan tidak dikenali, mereka mula berasa gelisah. Ketua kumpulan tersebut mengangkat muncung senapangnya lalu menjerit, "Berhenti! Siapa kamu! Kata laluan?"

Chu Qiao merenung tepat mata pengawal itu sambil bergerak ke arah mereka. Dia menegakkan badannya. Dengan fail tebal yang dipenuhi dokumen-dokumen dalam tangannya, dia berkata, "Saya Kolonel Liu Siwei daripada jabatan undang-undang tentera. Saya sedang membawa dokumen 12685 mengenai kes penyeludupan senjata tentera. Tolong hubungi Leftenan Kolonel Tan Zhongming. Saya ada dokumen penting untuk dihantar kepada dia."

Pengawal tersebut tetap bingung dan mengerutkan dahinya dengan wajah keliru. Dia berkata, "Puan, Leftenan Kolonel Tan Zhongming tidak bertugas pada malam ini. Nombor telefon peribadinya adalah sulit. Bolehkah saya lihat kad pengenalan puan?"

"Jabatan undang-undang tentera tidak perlu untuk menunjukkan kad pengenalan di penjara ke-4. Saya dijemput ke sini oleh Warden Li daripada pejara ke-4 untuk membantu kes ini. Tiga hari lepas, Kolonel Lu Fanghao sendiri yang mengiringi saya ke dalam dewan perbicaraan penjara, tidakkah awak tahu?" Chu Qiao mengerutkan keningnya sementara dia memerhatikan pengawal daripada ekor matanya. Dia menyambung, "Kamu semua ini daripada unit mana? Kamu biasakah dengan peraturan tentera? Maklumkan pada saya nombor siri kamu, sekali dengan kod unit."

Setelah mendengar semua ini, para pengawal sangat terkejut. Peringkat didalam tentera adalah sangat jelas. Wanita ini mempunyai cara bercakap seperti seorang tentera peringkat atasan, dan dia seolah-olah sangat akrab dengan Leftenan Kolonel Tan dan Warden Li. Dia tidak boleh mengelak daripada mempunyai rasa hormat kepadanya. Dia membalas, "Puan, nombor siri saya ialah 0475, daripada Tentera Selatan ke-8 309 Brigade Pasukan Petugas 571. Kami bukanlah di bawah kuasa tentera yang biasa. Kami baru saja dipindahkan ke sini dua hari yang lalu, sebab itulah kami tidak tahu bahawa puan telah diiringi oleh Leftenan Kolonel Tan ke dalam dewan perbicaraan."

Setelah Chu Qiao mendengar itu, riak wajahnya bertukar lembut dan keningnya kembali normal. Dia mengangguk lalu berkata, "Kamu semua daripada tentera ke-8? Komander kanan kamu bagaimana, Komander Liu? Diakah yang membawa kamu semua ke sini? Memandangkan kamu datang ke ibu negara untuk bekerja, adakah kamu semua akan tinggal di sini buat beberapa hari?"

Tentera tersebut mula menghormatinya. Tentera itu berpendapat bahawa jabatan undang-undang tentera sememangnya berbeza daripada yang lain. Dia membalas, "Puan, Komander Liu baik-baik saja. Pasukan kami telah dibawa ke sini oleh Penasihat Yan dan kami tidak akan mengikutinya pulang ke Selatan."

"Oh," Chu Qiao menganggukkan kepalanya dan berkata, "Saya memulakan kerjaya tentera saya dengan tentera ke-8 juga dan bekerja dalam jabatan risikan tentera ke-8. Kami boleh dikatakan sebagai sahabat. Bila kamu berjumpa dengan komander kamu, tolong sampaikan salam saya. Baiklah, saya masih ada kerja yang nak dilakukan. Pergi ke pusat pemancar untuk menghantar salinan faks dokumen-dokumen ini. Jadikan dua dokumen dalam satu fail. Dan juga, laporkan kepada Penasihat Zhang dan setiausaha Komander Hua bahawa pagi esok pada pukul 6, Kolonel Liu Siwei daripada jabatan undang-undang tentera akan datang ke sini untuk membincangkan beberapa isu." Setelah menyudahkan ayatnya yang terakhir, dia berpaling dan terus bergerak pantas.

Tentera tersebut tidak berganjak daripada tempatnya. Lengannya menggeletar akibat mengangkat timbunan dokumen-dokumen yang bertulis "SULIT" pada muka hadapannya.

Penasihat Zhang… Komander Hua…

Bergerak keluar daripada kawasan sel penjara ke-4, belakang baju Chu Qiao lencun akibat peluh yang banyak. Dia bersandar di dinding dan kelihatan agak tercungap-cungap. Dia mengangkat pergelangan tangannya dan melihat jam. Sepuluh minit telah berlalu. Dia mengambil nafas yang dalam, lalu berdiri tegak dan mula kembali berjalan.

Setelah memeriksa dan mengawasi tingkat-tingkat yang lain, dia akhirnya sampai ke pintu bilik VIP di tingkat dua. Melihat plak yang tertulis "Jabatan Undang-undang Tentera" tergantung di pintu tersebut, tepi bibir Chu Qiao terangkat sedikit menunjukkan satu senyuman kecil.

Bagus sangatlah. Terdapat satu petunjuk yang menunjukkan ketidakadilan dan pemilik hutang. Dia akhirnya menjumpai pemilik asal.

Dengan pantasnya dia memikirkan kata laluan bagi pintu tersebut. Setelah dia memasukkannya, dengan lembut dia memusingkan tombol pintu dan memasuki bilik itu secara mengiring. Walaupun lewat malam, koridor-koridor di dalam bangunan itu sangatlah terang, dan masih ramai lagi pegawai yang bergerak ke sana ke mari. Chu Qiao mengekalkan sikap tenangnya. Dia mengangkat kepalanya tinggi dan berjalan di koridor Jabatan Pengunjung sambil mengangguk dan melambai pegawai-pegawai penjara ke-4 yang melintasinya.

Walaupun mereka tidak mengenalinya, sikap tenangnya dan seragam tentera yang dipakainya membenarkannya bercampur dengan pegawai-pegawai yang lain tanpa dikesan.

Lima minit kemudian, dia meninggalkan koridor pejabat, dan bilik rehat Jabatan Undang-undang Tentera muncul dalam pandangan. Dia boleh menghidu bau alkohol yang datang dari bilik tersebut. Dia tahu bahawa dia berada di tempat yang betul.

Tangan Chu Qiao yang halus menggenggam AK yang berada di pinggangnya itu tanpa berlengah.

Seorang lelaki bersut hitam menjenguk keluar pintu lalu disambut oleh muncung hitam senjata di tangan Chu Qiao. Dengan bantuan penyenyap bunyi, peluru itu ditembak keluar dari muncung submesingan itu lalu terus mencipta satu lubang besar pada dada lelaki tersebut. Biji mata lelaki itu terbeliak. Chu Qiao pantas menyokong badannya sambil menutup mulutnya, sehingga nadi lelaki itu tidak lagi berdenyut. Hanya selepas itu Chu Qiao mengangkatnya ke dalam bilik.

Terdapat dua baris di dalam bilik itu dengan enam belas orang yang tinggal di dalamnya. Selain daripada lelaki yang baru saja dibunuh itu, selebihnya masih lagi tidur nyenyak. Mereka ini ialah orang dalam, yang menjaga pemberi maklumat dan pencipta identiti sah. Mereka ialah pasukan berkualiti tinggi bersama senjata yang tepat.

Chu Qiao sering lupa akan sifat belas kasihan apabila bertemu musuh. Walaupun dia telah terlibat dalam setiap rancangan belakang tabir selama beberapa tahun ini, ini tidak bermakna dia tidak mempunyai keberanian untuk menarik picu pistol. Chu Qiao mengangkat pistol dan menghalakan muncungnya tepat kepada seorang lelaki dalam pertengahan umur yang sedang berbaring di salah satu katil di situ. Dengan bunyi desapan yang perlahan, lelaki tersebut menggeletar dengan ganas dalam tidurnya dan meninggal dunia tanpa mengetahui apa yang telah berlaku.

Tanpa berhenti, dia pantas meluru ke hadapan. Selepas sepuluh saat, tiada sesiapa lagi yang masih bernafas.

Dia membuka pintu di bahagian dalam. Terdapat hanya lima pegawai sahaja yang sedang tidur nyenyak di atas katil. Terdapat lebih daripada satu situasi di mana membunuh lebih mudah daripada menjamu selera, atau mandi. Tidak ada sebarang rasa ragu-ragu sewaktu pembunuhan. Lima das tembakan dilepaskan secara berterusan, bersama bunyi desapan halus bagi setiap tembakan. Darah segar meleleh keluar daripada lubang peluru bersama-sama dengan bunyi retakan yang sangat perlahan. Udara di situ tidak lama kemudian dipenuhi dengan bau darah yang memualkan.

Chu Qiao menjumpai satu DVD kecil daripada lelaki yang terbaring jauh di dalam bilik, sewaktu dia menyelongkar dompetnya. Sambil berdiri dikelilingi mayat-mayat yang bertaburan dalam bilik itu, dia menghidupkan peranti dan mula menonton rakaman itu.

avataravatar
Next chapter