webnovel

Bab 2

Tepat di hadapan mejaku terdapat seorang wanita yang cantik. Berambut hitam yang lebat dan panjang. Dia merupakan anak seorang bangsawan. Namanya Mia. Aku menafsirkan keperibadiannya adalah seperti seorang puteri yang berhati dingin (ratu ais). Dia adalah antara pelajar yang popular. Malah dia juga berkebolehan dalam pelbagai aspek tidak mengira dalam pelajaran, kesukanan Dan pelbagai lagi dan dapat tafsirkan sebagai seorang perempuan atau wanita yang ideal dan boleh diertikan bagai seorang manusia yang sempurna yang tanpa cacat- celanya. Disebalik semua ini dialah yang merupakan penyebab aku mendaftar di sekolah bukan pilihan aku. Pada mulanya aku mahu berhenti untuk melakukan tugas seperti ini dan menikmati kehidupan remajaku. Di sebabkan suatu alasan aku terpaksa menerima tugasan ini. Apakah tugusan itu?Apa yang perlu aku laksanakan?