1 BAB 1:

Sesampai Aku di pagar disekolah, Aku mengatur langkah untuk pergi ke kelas aku, kelas 1 Cemerlang. Apabila Aku sampai dikelas aku, di dalam kelas itu gelap, maksudnya tiada orang lagi yang datang. Aku meletakkan bag sekolah Aku di atas kerusi dan aku terus duduk. Tempat duduk aku berada di berhampiran tingkap. Aku termenung menghadap tingkap dan aku teringat tentang kisah aku sewaktu aku darjah enam dahulu. Aku teringatkan seorang kawan aku yang bernama Yana. Dia berubah setelah seorang perempuan yang memberitahunya tentang Aku ingin merampas kekasihnya. Sedangkan Aku tidak pernah berbuat demikian. Aku rasa sedikit kecewa kerana Yana lebih percayakan orang lain daripada aku. Sejak dari haritu, kami tidak bertegur sapa.

Bukk!!!

"Aduh" aku menggosok bahu aku.

Aku memusingkan badan ku ke belakang, terkejut aku apabila diorang berada di belakang ku. Siapa lagi? Mestilah Syazliana, Aireen, Amri, Aliff dan Firdaus. Diorang laa bestfriend aku. Kalau tiada diorang, tak taulaa macam mana dengan aku. haha...

Kisahnya camni,, aku kenal diorang masa aku start sekolah kat SMK ni... Tapi Syazliana ni Aku kenal dia dari sekolah rendah lagi... Tapi kitorang tak rapat sangat masatu. Kawan gitu gitu je... Masa first Aku sekolah dekat sini, cuba korang bayangkan, dalam kelas tu, Syazliana sorang jer aku kenal,, yang lain lain aku tak kenal langsung. Tiba-tiba hari first sekolah tu dia tak datangg!!! Aduh... Masatu kat dalam kelas, ada sorang ckgu ni,, suruh aku penuhkan tempat kosong. So,, Aku pun pergi la duduk kat tempat kosong tu... Sebelah seorang perempuan yang boleh tahan cantik jugak, nama dia Najwa. Tiba tiba aku rasa macam aku tengah diperhatikan. Aku perasan seorang lelaki sedang memandangku. Apabila dia tertangkap, dia terus pandang ke arah lain.

Keesokannya,, Syazliana datang ke sekolah, dia pun duduk ditempat nya,, disebelah seorang perempuan yang boleh tahan cantik. Perempuan itu tersenyum apabila melihat Syazliana. Sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipitnya yang dalam. Nampak Cute!!! Nama dia Aireen. Mereka berdua pun datang menghampiri ku. Kitorang pun berbual-bual kosong. Tidak lama kemudian,, Aku terkejut,, seorang lelaki yang teramat kacak lalu di hadapan ku. Sambil dia tersenyum lebar kearah ku. Aku pun membalas senyumannya kembali. Lelaki tu bernama Zulhelmi, kelas 1 Dinamik. Apabila Aku menoleh ke belakang, Aku lagi terkejut, 3 orang lelaki berada di belakangku. Kemudian salah seorang daripada mereka, bercakap... "Hai, Aku Firdaus,, and ni Aliff and Amri. So,,what's your name?" Aku terkebil-kebil... "A aku Syaiera, boleh panggil iera aje. And ni Syazliana and Aireen."

"Ohh.." Belum sempat dia bercakap apa apa, cikgu sudah datang. Kitorang pun duduk ditempat duduk kitorang... Hari demi hari berlalu membuatkan kami berenam menjadi sangat rapat. Dan secara tidak sengaja, aku pun bercinta dengan seorang lelaki yang bernama Zulhelmi. Dia confess kat aku. Aku terima jerla... Haha...😂

"Asal kau ni?? Main tepuk tepuk bahu pulak... Sakit tau tak sakit??" Aku menjuihkan bibir.

"Lekk arr macam tak biasa lakk kau ni. HAHAHA!!!" Gelak Syazliana. Yang ni memang,, kalau gelak,, memang tak ingat dunia... Satu blok form 1 ni dapat dengar suara dia Hahaha...

Firdaus dan yang lain lain menggelengkan kepala.

"Kau nangis ke Iera??" Firdaus mencelah.

"Mana ada"

"Dah tu air mata ada kat pipi tu, mata pun merah. Kau okey tak ni?" Gelisah Firdaus.

"Aku okey. Mata Aku masuk habuk tadi."

"Kau biar betul??? mehh aku tengokkan." Aireen mencelah. Haa yang ni perangai dia memang caring tu tahap nak mamposss!!!! Aku bersyukur sangat dapat kawan kawan macam diorang ni.

"Hai awak." Satu suara mencelah. Aku pun memanjangkan tekak aku sedikit, terlihat satu susuk tubuh yang aku amat kenali. Zulhelmi, kekasihku. Amboi, Form 1 pun dah ada boyfriend. Biasalah budak-budak zaman sekarang kan. Hahaha...

avataravatar
Next chapter