17 Bab 17:

*Dirumah Aliff*

Sebaik sahaja kami sampai,

"Masuk-masuk, jangan malu-malu ehh??" Ujar Aliff kepada kami.

Kami mengangguk.

Kami pun masuk.

Fuyoooooooo!!! Besar do rumah dia, memang besar!! Ngan swimming pool pun besar.

"Besarnya rumah kau Liff" Ujar Amri.

"Itulah" Ujarku.

"Korang, ikut sini, aku tunjuk bilik korang." Ujar Aliff.

Kami pun berjalan ke tingkat atas.

"Ni bilik Iera ngan Syazliana."Ujar Aliff.

Kami mengangguk tanda faham.

Kami pun berjalan lagi,

"Ni bilik Amri." Ujar Aliff.

Kami pun berjalan lagi, bilik tetamu yang sangat sangat besar.

"Bilik ni special, for Aireen." Ujar Aliff dan tersenyum manis. Aireen pun turut tersenyum.

"Mana aci, kitorang kena duk dua orang, Aireen boleh duduk sorang-sorang." Ujar Syazliana acah-acah merajuk.

"Betultu, mana aci." Aku menyokong Syazliana.

"Kau jangan banyak cakap, aku bagi duduk ngan Amri baru tahu. Kau pulak, aku call Firdaus." Ujar Aliff.

Aliff dan Aireen ketawa terbahak-bahak. Aku dan Syazliana senyap.

"Syazliana, kalau kiter boleh gi berenang kat dalam pool yang besar tu best kann??" Bisik Aku perlahan kepada Syazliana.

"Kejap, aku try tanya Aliff." Bisik Syazliana perlahan.

"Aliff." Ujar Syazliana dengan nada yang tersangat lembut.

"Boleh tak kitorang nak mintak something??" Soal Syazliana dan menunjukkan mata yang bersinar-sinar.

"Pergilah, aku dengar jer korang bercakap tadi. Ni la tujuan aku nak korang datang sini. Korang buat la ape yang korang nak. Tanda aku mintak maaf." Ujar Aliff.

Sebaik sahaja mendengar apa yang Aliff katakan, Aku dan Syazliana terus melompat dan berlari dengan laju ke bilik, tukar pakaian. Nak swim ni!!

Amri, Aliff dan Aireen tertawa kecil melihat gelagat kami.

"1,2,3, lompat!!!" Ujar Syazliana.

Aku terdiam seketika, teringat mase kat kampung Firdaus. Mase mandi sungai. Air mataku mengalir.

"Iera, kau okey??" Soal Aireen.

Lamunanku terhenti.

"Okey jer." Jawabku.

Aku pun terus melompat masuk ke dalam kolam.

'Aku tahu kau teringatkan Firdaus. Tapi, nak buat macamana kan?? benda dah jadi.' Bisik Aireen didalam hati.

*Pada Waktu Malam*

Kami dijamukan dengan berbagai makanan.

Bibik Aliff masak banyak lauk malam tuu!!! Perhh...

Sebaik sahaja kami siap makan, kami terus masuk tidur. Tapi aku tak tidur pun, aku main game mobile legend. Haha... Tak ngantuk do!

Syazliana pulak dah tidur, ngantuk sangat katanya.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi, aku masih tidak boleh melelapkan mata.

Bateri fhone dah habis. Aku pun mencapai tudung dan keluar dari bilik dan pergi kearah kolam. Aku duduk di atas sofa. Aku mendongak ke langit. Permandangan bintang yang sangat indah.

Aku mengeluh. Sebaik sahaja teringatkan Firdaus.

"Iera, kau buat ape kat sini?? Dah lewat ni." Sapa Aliff.

"Aku tak ngantuk lagi." Jawabku.

Dia pun duduk di atas sofa tapi jarak jauh.

"Kau teringatkan Firdaus ea??" Soal Aliff.

"Entah, aku pun tak tahu nak cakap macamana." Keluhku.

"Aku faham, kau marah kat dia. Tapi tula, aku rase macam semua orang berhak dapat peluang kedua. Kau tengok aku, aku pun buat silap, aku tengking Aireen. Tapi tu bukan salah aku, salah Zana sebab reka cerita. Sama jugak dengan situasi Firdaus, Auni yang reka cerita.

Cuma salah kitorang cuma satu, kitorang tak percaya kat orang yang kitorang sayang." Terang Aliff.

"Actually, aku rase macam aku dah tak boleh, aku benci kat dia, and at the same time, aku rindu dia. Aku tak faham perasaan aku sekarang ni." Ujarku.

"K laa, aku nak masuk tidur, nanti ape pulak orang cakap kalau nampak kita dua-dua jer kat sini." Ujarku.

Aliff mengangguk tanda setuju.

avataravatar
Next chapter