1 Sendirian

Fazil menoleh ke luar tingkap asramanya. Cuaca cukup dingin pada waktu itu. Angin sepoi-sepoi bahasa, menyapu tubuhnya. "Dah jam 9 kot, Rifqi tak datang-datang lagi ni apahal?" fikirnya, berbicara sendirian. Dia mengeluh. Digosok-gosok kedua belah lengannya, sejuk.

*Tok! Tok! Tok!*

Bunyi ketukan bergema di pintu. Spontan, Fazil menoleh. 'Rifqi ke tu?' Hairan juga kalau itu Rifqi. Diaorang roommate kot, buat apa nak ketuk pintu bagai?

*Tok! Tok! Tok!*

Bunyi ketukan semakin kuat kedengaran. "Rifqi? Masuklah doe!" laungnya. Namun, ketukan tersenyum masih juga kedengaran, semakin lama, semakin laju. "Warden ke?" dia berbisik. 'Kalau warden, buat apa nak gedor pintu lagi, aku tak kunci kot.' fikir Fazil, celaru. Dia tidak beranjak dari kerusinya, hanya melaungkan perkataan 'masuk' berulang kali. Tetapi tetap sahaja ketukan itu masih berlarutan.

"Eh, siapa tu?!" Kali ini, Fazil mulai berkeringat dingin. Perasaan takut bercampur hairan mulai menyelubungi dirinya. Dia berdiri, menuju ke arah pintu bilik asramanya, dia mendekatkan telinganya ke arah pintu. Saat itu, dia terdengar bunyi hembusan nafas yang begitu berat, seolah-olah dari seorang tua. Tidak terlalu jelas, namun cukup kedengaran. Segera, refleks dia berundur ke belakang setapak. Titis demi titis peluh dingin jatuh merenik di dahi dan lehernya. "Bukain pintunya.. Tolong neng, bukain pintunya.."

Erangan seorang wanita tua dengan loghat Indonesia kedengaran. Fazil mengerutkan kening, ketakutan yang jelas teramat. Dia tahu suara ini bukan milik seorang manusia. Bolehkah seorang manusia bertutur begitu laju seolah-olah enam patah perkataan pada satu masa? Fazil menghembus nafas, berulang kali mulutnya berkumat-kamit membaca ayatul Kursi. Dengan kuasa Allah, bunyi ketukan dan suara erangan itu ghaib begitu sahaja.

avataravatar