20 Bab 20

BEG baju di zip selepas memasukkan kesemua baju dan seluar serta beberapa barangan lain. Buku-buku di atas meja belajar disusun rapi kemudian di masukkan dalam satu plastik besar dan diikat ketat. Si dia meletakkan plastik itu dalam laci meja belajar yang tersedia khas. Siap di mangga lagi takut hilang! Tempat paling selamat untuk tinggalkan barang. Berani curi kerat tangan!

"Han, dah siap ke?" tegur Izuan yang bersenang lenang di atas katilnya. Earphone di tanggalkan dari telinga. Mata memandang tunak ke arah jiran hadapan katilnya.

Farhan mengesat peluh di dahi kemudian melabuhkan punggung di atas katil. Handphone dicapai. Mesej yang masuk dilihat satu per satu.

"Finish."

Izuan bangun dari pembaringan lalu bergerak ke katil milik Farhan. Dia dengan selamba duduk berhadapan dengan sepupu lelakinya itu.

"Masa cuti ni kan?" soal Izuan terus.

Farhan yang sedang membelek handphone mengangkat muka lalu mengerut dahi.

"Apa yang cuti?"

Izuan tersenyum sinis sambil memeluk tubuh. "Engaged with her." Katanya perlahan kerna takut didengari orang lain. Lambat laun benda ni akan tersebar luas juga kan?

Farhan mengeluh. "Dah tahu lagi mahu tanya?" sindirnya. Semak la Wan ni! Dah tau nak tanya lagi?! Kang aku suruh telan earphone tu baru tau! gumam Farhan.

Izuan ketawa. "Chill, bhai. Takkan marah kut? Relax la."

"Macam mana nak relax? Kau ingat senang ke?" dengus Farhan. Dia meraup muka dengan tapak tangan.

"Bukan kau kata yang kau nak berkorban?"

"Memang la. Tapi masalahnya sekarang ni budak tu yang nak di tuttt dengan aku tu budak yang paling aku menyirap sekali dalam dunia."

Izuan ketawa. "Hey, apesal pulak nak menyirap segala ni? Kau jangan lupa, dia teman sepermainan kita tau. Sama-sama main dengan kita waktu kecik dulu. Main tepi parit, pondok-pondok, galah panjang, banyak lagilah. Kenangan weh! Kalaulah dia tak pindah waktu dulu, agaknya kau, dia dan aku kamceng kut! Macam ni ha....!" Izuan merapatkan jari telunjuk kiri dan jari telunjuk kanan. Kemudian kedua jari itu ditarik menunjukkan keakraban persahabatan. Masakan Farhan mudah lupa tentang kawan sekampung, sepermainan? Kalau Izuanlah, dia teruja giler sebab nak jumpa kawan lama! Kawan lama tu pulak budak satu sekolah dengannya. Budak baru sekolah ni lagi! Ingin saja dia memberitahu kepada Humairah bahawa dia adalah Izuan, teman sepermainan dikampung dulu. Tapi Farhan lain pulak!

Farhan terdiam. Benar apa yang diperkatakan Izuan tapi hatinya masih belum boleh menerima. Its so complicated!

"Tapi hati aku macam tak boleh nak terima dia, Wan." keluh Farhan.

Izuan mengerut dahi. "Kenapa pulak?"

"Sebab pertama dia, dia adalah budak perempuan yang lemparkan duit kat muka aku bersaksikan adik dia, Diyana." Farhan membentak. Teringat peristiwa lama membuatkan dia geram.

Izuan tersenyum. "Sebab tu je?"

"Amboi ayat! 'Sebab tu je?' Ayat yang bisa menaikkan kemarahan aku!" Farhan menjeling Izuan.

Izuan sengih. Tu pun nak sentap! Apalah ketua pengawas kita ni kan?

"Kau lupakan aje la hal tu. Tak ke mananya nanti. Bukan boleh bawa masuk court pun."

Farhan menjeling lagi.

"Back-up nampak?" perli Farhan.

"Taklah. Menyebelah." Jawab Izuan selamba.

Farhan mencebik. Tak aci! Macam ni sepupu? Izuan apabila berdua dengannya, dia akan selamba saja berkata tapi di hadapan orang ramai, dia kurang bercakap.

"Sebab lain?" Izuan menyoal lagi. Tak puas hati kalau Farhan tak bagitahu sebab lain. Takkan sebab tu je kut?

Farhan terdiam. "Sebab perjanjian..." keluhnya. Dia meraup muka perlahan.

Izuan senyap. Faham dengan perasaan sahabatnya. Akan tetapi dia pasti ada hikmah disebalik semua ini. Farhan memang seorang anak yang baik. Biarpun tampak garang, tegas dan serius pada wajah namun hatinya baik. Ada kisah di sebalik semua itu. Nak bertunang dengan gadis bukan pilihan hati. Nak lagi budak perempuan tu rakan sepermainan yang lama tak jumpa dan budak tu adalah budak yang pernah lemparkan duit pada muka handsomenya. Teringat Izuan wajah gadis bernama Maira sewaktu kecil dulu. Comel tetapi comot! Walaupun nampak gagah seperti tapi hati tetap perempuan biasa. Mudah menangis! Sebabnya kena buli dengan dua orang budak hensem ni. Ops riak pulak! Izuan menyengih. Serta merta Izuan teringat sesuatu.

"Patutlah!" Izuan spontan memetik jari membuatkan Farhan tersentak.

"Kau ni kenapa, Wan?" pelik Farhan. Tiba-tiba je petik jari.

"Patutlah semenjak dua ni bila jumpa kat padang waktu latihan, dia asyik lari je bila nampak kau. Bila nampak kau aje terus pandang tempat lain and duduk jauh-jauh. Mungkin dia dah ada something-something tak dengan kau? Apa orang kata ek? Tak keruan...! Hahaha!" Izuan gelak.

Farhan mencebik. Tak keruan wak lu! Amenda entah mamat ni.

"Dia sebenarnya nak lari daripada kena denda dengan aku," dalih Farhan.

"Yeke?" usik Izuan.

Farhan memejamkan mata sesaat. "Jangan cerita lagi boleh tak? Aku penat. Nak rest kejap. Jangan lupa kejut aku kalau parents aku dah datang!" Farhan terus membaringkan tubuh di katil membiarkan Izuan terpinga-pinga.

Izuan mendengus. Nak elak pulak? Tak apa. Izuan menumbuk perut Farhan sebelum blah ke katil sendiri. Bibirnya terkumat-kamit berkata tentang Farhan. Jangan ingat kau boleh terlepas dari aku, Han. Akan kuselam hatimu sampai ke lubuk paling dalam. Wah! Boleh jadi budak sastera walaupun ambik sains tulen! Hahaha! Izuan merepek sendiri.

Farhan melihat dari ekor mata. Dia tersenyum sendiri.

***

"OPAH!!" jeritku apabila kaki menjejak tanah. Setelah tiga jam meredah lebuhraya yang dibasahi dengan hujan serta beberapa kemalangan berlaku membuatkan kami terkandas di situ, akhirnya kami selamat tiba dengan jayanya. Indahnya dunia!

Seorang perempuan tua yang umurnya hampir mencecah 65 tahun sedang menyapu sampah terkejut. Dia mengangkat kepala memandang seorang gadis yang sedang melambai tangan terhadapnya. Mulut serta merta terlopong.

"Ya Allah!" ucap opah gembira. Senyuman serta merta terukir di bibir.

"Opah!"

"Ya Allah! Cucu aku dah balik!" Opah melepaskan penyapu lidi di tanah. Dia berjalan laju ke arahku. Tubuhku dipeluk erat. Dahiku dikucup mesra dan seterusnya pipi. Aku membalas pelukannya.

"Rindu opah!" ucapku tak terkata. Wajah disembam ke dada opah. Opah tersenyum.

"Sayang cucu opah ni." Aku tersenyum riang. Suka dengar pujian opah. Macam budak-budak je gayanya.

"Mak," mama menghampiri opah lalu bersalam dengannya. Aku melepaskan pelukan, memberi laluan kepada mama. Takkan nak kedekut pula kan? Opah mendakap tubuh mama dan mencium dahi serta pipinya. Kasih opah tiada tolok bandingnya. Kasih sayang diberikan sama rata kepada anak, menantu dan cucu-cucunya.

"Makin lawa menantu mak ni." Puji opah. Mama tersenyum malu. Dia menundukkan kepala.

"Mana ada, mak. Na biasa-biasa saja." Mama merendah diri. Opah tersenyum mesra. Sesuatu yang dia suka tentang Husna adalah sikap merendah dirinya. Oleh kerana itu hatinya tertawan meminang Husna untuk anak lelakinya, Emran Syakir.

"Opah! Yana dah balik!" giliran Yana pula menjerit setelah keluar dari kereta. Aku menepuk dahi. Adeh... adik aku ni pun nak juga!

Opah ketawa. "Yana cucu opah yang disayangi." Yana juga memeluk tubuh opah. Achik turut tidak terkecuali. Berlari-lari dia semata-mata kerana opah. Kami bertiga berpelukan bersama opah. Abah yang baru mengeluarkan beg-beg dari bonet tersenyum seraya menggeleng. Mama juga tersenyum ceria. Senang hati mereka melihat keakraban kami bersama opah. Kalaulah tokwan masih ada, pasti lagi meriah. Tapi sayangnya yang pergi tidak akan kembali lagi.

"Mak," abah menyalami opah. Sama seperti mama dan kami, opah memeluk dan mencium wajah anak lelakinya. Sayang sungguh opah pada kami.

"Jom masuk dalam. Opah masak istimewa tau hari ni." Ujar opah gembira. Kami melangkah ke tangga batu yang diukir cantik. Rumah kampung yang dibina pada zaman dulu masih kukuh dan cantik sehingga sekarang. Laman rumah bersih tanpa dedaun gugur. Pangkin yang dibina tokwan masih tersedia di bawah pokok mangga di hujung sana.

Istimewa?! Semua sudah tersenyum lebar. Fikiran sudah teringat akan satu benda.

"Yeke? Opah masak apa?" Achik terus bertanya. Matanya bersinar bagaikan kilauan emas. Kalau opah masak, semua best! Kena dengan citarasa. Maksudnya, makan sekali nak lagi!

Opah tergelak. Kepala achik diusap penuh kasih.

"Opah masak asam pedas Johor. Suka tak?"

Kami ternganga. Asam pedas Johor? Walaweh...! amat ditunggu-tunggu selama ini. Kecur liur mengingatkan menu opah. Dah lama tak makan. Memang mama ada buat tapi tak setanding opah. Ala... makanan semua sama aje. Yang penting bila perut dah lapar semua sedap kan? Kayu dengan batu pun korang nak telan kan?

"Nakkkkkkkkkk!!" serentak cucu opah menjerit. Opah menutup telinga sambil ketawa. Abah dan mama menggeleng kepala. Dah start dah! Perangai mereka tak pernah berubah bila sampai di kampung.

"Jom masuk."

***

"BILA dia orang nak datang sini?"

Kami sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Tv kecil 21 inci dilihat beramai-ramai. Abah pernah menyusul cadangan mahu membeli tv baru untuk opah namun ditolak lembut. Katanya inilah peninggalan arwah tokwan kepadanya. Kenangan ketika bersamanya. Biarlah sampai dia meninggal sekalipun, tv kecil ini tetap ada. Jangan dibuang.

"Lebih kurang dua atau tiga hari lagi sampailah, mak." jawab abah hormat. Opah menganguk memahami cucu-cucunya yang duduk di permaidani dilihat.

"Fiya dah sedia ya nak bertunang?" tanya opah nada mengusik. Aku memuncung bila diketawakan Yana dan achik. Abah dan mama pun join sekaki.

"Fiya tak ada pilihan, opah." Fiya? Nama itu adalah nama gelaran yang sering diucap arwah tokwan suatu ketika dulu. Oleh kerana opah terdengar tokwan memanggilku aku begitu, dia pun turut sama memanggil aku dengan nama Fiya dari perkataan Saffiya kerana nama Saffiya diberikan oleh tokwan waktu aku lahir. Sweet kan? Heee...

Opah mengangguk seraya senyum. "Fiya dah tahu benda tulah ya?" soalan opah membuatkan semua pandang termasuk diriku. Buletin Utama tidak dihiraukan lagi. Persoalannya sekarang ni tentang pertanyaan opah. Abah dan mama mula berpandangan. Wajah mereka berubah sama sekali.

"Tahu benda apa, opah?" tanyaku tidak mengerti. Bunyi semacam je. Muka mama dengan abah pun dah berubah. Kenapa ya? Apa dah berlaku? Macam ada rahsia yang disembunyikan dari kami anak-anak.

Opah kerut dahi. "Aik? Kata dah tahu?" dia memandang mama dan abah seketika sebelum wajah cucunya.

"Err... macam ni, mak. Errr...." abah teragak-agak mahu berkata. Opah memandang tajam ke arah abah.

"Kamu tak beritahu lagi ya, Syakir?!"

Abah tertunduk lalu menggelengkan kepala. Wajah ibu yang menyesal tidak dipandang.

Opah menyandarkan badan di kerusi.

"Habis tu macam mana Fiya setuju dengan semua ni?" keluh opah. Dahi yang berlapis diurut perlahan.

Mama bingkas bangun lalu mengambil tempat di sebelah opah. Tangan opah digenggam.

"Mak, Na dengan Abang Syakir tak cakap bersebab." Ujar Puan Husna perlahan.

"Sebab apa?!" marah opah. Kami sebagai anak terperanjat. Mama menunduk. Air mata kini bertakung di tubir mata. Tinggal sesaat untuk mengalir. Sebak mengenangkan diri sendiri.

Abah menarik nafas.

"Kami tak berupaya nak cakap, mak. Kami takut." Jawab abah lembut. Dia tidak akan sesekali meninggi suara ketika bercakap dengan emak biarpun ada kata-kata mengguris hati.

Opah terdiam. "Sampai bila nak simpan? Dah nak bertunang dah pun. Kenapa kamu tak beritahu mak awal-awal kalau dah jadi benda macam ni?" opah mula naik angin.

Mama masih menunduk. Tak berani mengangkat muka. Kami yang melihat juga tercengang. Hanya kerana perkara itu, mama dimarahi opah dan terperasan kami akan mutiara jernih yang mengalir di pipi mulus mama. Kenapa mama boleh menangis sampai macam tu? Opah juga marah-marah. Kenapa ni???

"Maafkan Na, mak. Ampunkan Na..." mama merayu memohon maaf dari opah. Tangan opah dikucup perlahan. Terasa sejuk tangan opah bila terkena air mata Husna. Opah pantas mendakap tubuh mama.

"Mak bukan marah tapi mak menyesal. Kenapa tak kasi tahu mak awal-awal? Kenapa biarkan benda ni berlarutan? Sampai bila nak berlarutan? Tunggu Fiya dah kahwin? Dah beranak pinak dengan budak tu baru nak bagitahu? Kamu sedar tak apa yang kamu cuba buat ni?" berjela soalan opah. Namun tangan tuanya masih memeluk mama. Mama menangis dalam pelukan opah. Opah amat menyayangi keluarganya. Dalam marah terselit sayang.

Kami terlopong. Sampai macam tu sekali mama menangis. Aku kaget. Mama tak pernah menangis sebegini rupa. Biasa tengok mama menangis bila tengok drama Melayu. Time tu memang tangkap leleh. Selalu kena sakat dengan abah. Tapi sekarang ni menangis kerana 'perkara' tu. Perkara apa tu???

"Maaf menyampuk tapi Fiya masih tak faham. Kenapa mama menangis? Kenapa opah cakap pasal 'perkara tu'? Ada apa-apa yang Fiya tak tahu ke?" aku mulai curiga. Yana dan achik menunggu balasan dan jawapan.

Abah menyauk rambut ke belakang. Opah sudah mengeluh. Mama menahan sendu.

"Mai... sebenarnya..." tersangkut-sangkut abah untuk bercakap.

"Sebenarnya apa, abah?" aku terus menyoal. Riak serius dipamerkan. Adakah kena mengena dengan diriku? Desis hatiku.

Abah terdiam. Nafas ditarik. Sekejap dia memandang isteri tercinta kemudian ibu tersayang dan mata kembali tertarah kepadaku.

"Pertunangan ini berlaku disebabkan janji. Suatu perjanjian."

Kata-kata abah membuatkan aku membuntangkan mata. Mulut ternganga tak percaya. Jantung berdegup lebih kencang dari selalu. Kata-kata abah dari betul-betul memeranjatkan aku.

"Apa abah?!"

Abah terdiam sebelum menganggukkan kepala. Bibirku diketap kuat. Tangan menggigil. Badan bergetar hebat. Mata menyala dengan api kemarahan. Menunggu balasan abah yang tersangkut-sangkut sangat menakutkan. Ya Allah, anggaplah ini suatu mimpi. Bukan realiti.

"Betul, sayang."

"Maksudnya... pertunangan ni... kerana perjanjian? Macam tu?" soalku menahan perit di hati.

"Betulkan abah?" aku menyoal lagi apabila tiada jawapan dari ayah tercinta. Ayah yang dihormati. Ayah yang ditakuti. Dan ayah yang bijak menyimpan rahsia!

"Mai... abah..." cepat aku memintas kata-katanya.

"Selama ni abah tipu Mai?!" jeritku.

Opah, mama, abah, Yana dan achik terdiam. Tidak sepatah pun kata-kata dilontarkan. Hanya kipas angin yang uzur kedengaran. Bunyi cengkerik kedengaran di luar rumah. Angin menerobos masuk melalui jendela yang terbuka tidak mampu menyejukkan hati yang sudah berapi.

"Kenapa diam?! Betulkan apa yang Mai cakap? Abah tipu Mai? Patutlah Mai dapat rasa lain sangat bila Uncle Umar datang rumah kita hari tu malah bila abah menyuarakan supaya Mai perlu bertunang dengan gaya memaksa. Mai rasa hairan. Mai pelik! Dan patut Mai rasa kenal sangat dengan budak nama Amirul. Tengku Amirul Farhan anak Tengku Umar! Dia orang sekampung dengan kita, teman sepermainan Mai masa kecik dulu dan Uncle Umar kawan baik abah kan? Dan abah dah berpakat dengan Uncle Umar untuk satukan Mai dengan anak dia waktu Mai kecik? Waktu Mai tak tahu apa-apa? Macam tu?! Abah jual anak abah sendiri?!"

"Saffiya Humairah!!" suara tinggi opah kedengaran. Aku terus memegang dada. Jantung berdetak lebih laju daripada biasa. Bagai baru lepas masuk marathon. Kepala berdenyut kuat membuatkan aku berasa pening. Pening memikirkan perkara yang tak diingini berlaku. Bahang kian terasa. Nasib baik opah memintas cepat, jikalau tidak entah apa lagi yang aku hamburkan kepada abah.

"Walau macam mana sekalipun Fiya marah dengan abah, marah dengan apa yang abah dah buat, Fiya tak boleh cakap dengan suara yang tinggi. Itu abah Fiya. Tanpa abah dan mama, Fiya takkan ada kat dunia ni. Fiya ingat pesan opah dulu kan? Kalau nak masuk syurga, jangan sesekali bercakap dengan suara tinggi apabila berhadapan dengan ibu bapa. Fiya nak jadi anak derhaka ke?" soal opah tegas.

Aku terdiam. Marah membuak di dada. Tetapi aku tetap pertahankan. Kepala di tekur ke permaidani yang sudah uzur dan pudar warnanya. Ada benar kata opah. Aku mahu menjadi penghuni syurga tapi bagaimana aku mahu menahan sabar bila dapat tahu semua ini sudah dirancang bertahun lamanya tanpa pengetahuanku? Bagaimana bisa tenteram hati ini kalau selama ini ditipu bulat-bulat oleh abah dan mama yang sangat disayangi? Memaksa untuk bertunang pada usia muda dengan cara memaksa tanpa kerelaan hati adalah kerana sebuah perjanjian? Perjanjian menjual anak sendiri?

Mama merapatkan dirinya dengan diriku. Yana bangun mengganti mama di sebelah opah. Achik hanya membisu di tempatnya. Abah mulai risau. Opah menenangkan Yana yang duduk disebelahnya. Opah tahu Husna pasti dapat melakukan sesuatu. Dia juga tahu bagaimana hati cucu perempuannya.

"Mai..." panggil mama.

Aku tidak menoleh walau sedikit pun. Masih terasa hati. Sebak. Sedih. Perit. Pedih. Semua bercampur menjadi satu. Menerima hakikat yang sukar. Mengetahui semua ini satu pembohongan. Ditipu hidup-hidup. Jiwa terseksa. Hati dikoyak rabak.

"Mai... mama minta maaf." Air mata mama jatuh di seluar tidur warna putih milikku. Terasa hangat sekali. Aku mendiamkan diri. Biarpun bersalah kerana telah membuat mama mengalir mutiara jernih termahal di dunia, tetapi aku tetap tidak menyahut. Hati masih pedih. Jiwa terluka.

'Kenapa nak minta maaf sedangkan mama dah buat hati anak mama hancur?' hatiku berkata-kata sendirian. Bagai sudah tak tertanggung sakitnya. Air mata menurun laju ke pipi.

"Mama minta maaf sebab tak bagitahu Mai tentang perkara ni. Mama dan abah tak bersedia untuk beritahu. Mama takut Mai tak boleh terima seperti apa yang berlaku sekarang. Kalau Mai nak tahu, mama dan abah terpaksa buat semua ni untuk membalas jasa." Mama mula menjelaskan perkara sebenar.

"Uncle Umar banyak menolong abah waktu abah dalam kesusahan. Waktu abah bertugas sebagai anggota polis di kota dulu, Uncle Umar yang banyak tolong mama dan Mai serta adik kat kampung. Waktu abah kesempitan wang, Uncle Umar yang banyak menolong kami. Gaji polis waktu itu tidak banyak, Mai. Kalau tak kerana Uncle Umar, kita takkan duduk di rumah yang tersergam indah kat Kluang tu. Uncle Umar tak sedikit pun merungut malah sentiasa membantu. Masa tu tokwan dan opah juga tidak mempunyai banyak duit. Nenek dengan Tok Ayah pun tak cukup duit nak bantu. Kalau tak ada Uncle Umar, mungkin adik Mai tak ada kat dunia ni. Mungkin Mai tak dapat tengok Yana."

Aku terpempan. Syahdu mendengar cerita yang terbit dari mulut mama. Apakah maksud mama aku tak dapat jumpa Yana? Adakah waktu itu mama sedang menghamilkan Yana? Tertanya-tanya aku dalam hati. Sekilas aku menjeling mama sedang mengesat air matanya sebelum meneruskan cerita.

"Abah malu bila orang kampung mengata abah yang bukan-bukan. Meminta-minta, menumpang nasib orang, padahal kerja sebagai anggota polis. Pangkat abah masa tu kecil, Mai. Tak cukup nak tanggung kita sekeluarga dengan gaji yang ada. Dengan duit nak beli susu, duit bayaran untuk bil hospital, ubat lagi, mama masa tu pula terpaksa diberhentikan kerja kerana kilang buat roti terpaksa ditutup. Banyak masalah kami hadapi, Mai. Mama segan bila Uncle Umar selalu membantu kita." Mama mengesat air mata sebelum menyambung kembali.

"Setiap bulan dia akan balik ke kampung untuk beri duit pada mama dan abah. Aunty Hanani pun ada bagi duit pada mama. Mama menolak tapi dia tetap hulur. Mama malu, Mai. Mama segan sangat. Orang mengata kami. Orang mengejek kami. Tapi abah dan mama diamkan saja. Tak pernah walau sekalipun kami membalas setiap umpatan dan cacian orang kampung. Abah pernah berjanji mahu membalas jasa Uncle Umar tapi dia tak mahu, nak. Dia hanya mahukan Mai dan Amirul ditunangkan. Itu saja permintaannya sebagai gantian membalas budi. Abah menolak, nak. Masa tu Mai kecik lagi. Belum tahu tentang semua ni. Abah dan mama tak nak Mai jadi taruhan. Uncle Umar tidak mahu apa-apa dari kami selain menyatukan anaknya dengan Mai. Dia kata yang dia tak akan terima apa-apa barang seperti duit atau apa saja melainkan persetujuan menyatukan anak-anak. Hanya satu, mengeratkan hubungan persahabatan mereka yang terjalin setelah sekian lamanya. Mai tahu tak, lama abah dengan mama fikir pasal ni. Arwah tokwan dan opah pun tahu tentang perkara ni. Merekalah yang banyak bantu mama dan abah buat keputusan. Akhirnya abah dengan Uncle Umar buat perjanjian bersaksikan tokwan dan opah yang Mai dan Amirul akan ditunangkan apabila genap usia 17 tahun. Apabila masing-masing dah besar. Mama dan abah menyesal sebab tak bagitahu awal-awal mengenai hal ni. Abah terpaksa, Mai. Nak bayar balik apa yang telah Uncle Umar beri pada keluarga kita bukanlah jumlah yang sikit." Terhenti-henti bicara mama kerana tersedu-sedan.

"Tapi sungguh mama dengan abah tak ada niat nak jual anak sendiri. Mama dan abah sayang Mai sepenuh hati. Mama sayang anak mama. Sayang sangat! Tolong jangan anggap kami nak jual Mai." Mama menangis penuh penyesalan di sebelahku. Dia menundukkan wajah. Pipi lencun dengan air mata deras bak sungai. Bukan pintanya jadi begini. Ingin sekali dia memberitahu perkara sebenar waktu dulu namun takut anaknya tidak bersedia dan takut untuk menghadapinya. Salah mereka juga merahsiakan hal ini daripada pengetahuan anak gadisnya yang telah berusia 17 tahun. Sudah berhak mengetahui segalanya.

Abah menunduk. Air mata bergenang. Tanpa sedar ia mengalir di pipi. Cerita lama terbongkar jua akhirnya bersaksikan anak-anak. Cerita yang cuba diluputkan dari ingatakan namun akhirnya terpaksa diluah untuk menerangkan kebenaran sebenar. Tangan tua mengesat pipi yang basah dengan linangan air mata.

Yana memeluk opah erat. Dia menangis di dada opah. Sedih melihat apa yang telah dipertonton di hadapan mata. Mendengar cerita keperitan yang dilalui abah dan mama membuatkan air matanya tidak pernah kering. Opah mengusap belakang tubuh Yana. Dia juga sebak melihat menantunya memujuk cucu yang telah berjauh hati. Mutiara jernih membasahi di pipi tua.

Achik sedari tadi tetap mendiamkan diri. Mahu saja dia memeluk tubuh kakak sulungnya namun ego tetap dipertahankan. Kasihan melihat kakaknya diperlaku sebegitu. Adakah nasibnya sama seperti Kak Humairah kelak?

Mama merenung anaknya yang menunduk sejak tadi. Terbit perasaan simpati dan kasihan terhadapnya.

'Ya Allah, aku dah buat anakku terguris hatinya dengan perlakuan kami sebagai ibu bapa. Ya Allah, aku dah buat anakku merajuk dan berjauh hati dengan kami sebagai ibu bapanya. Ya Allah, ampunilah dosa kami kerana telah menyakitinya, merahsiakan perkara yang perlu dia ketahui.' Puan Husna merintih berdoa dalam hati.

Aku tidak berganjak walau sedikit pun. Sungguh hati berasa tak tenang melihat wajah yang disayangi dan dicintai menitis air mata penyesalan. Mahu saja aku memeluk tubuh mama dan abah namun apabila mengingatkan perkara itu, aku jadi marah. Lantas aku bangun lalu mengorak langkah ke bilik tidur. Pintu dikunci. Aku tersandar lemah di belakang pintu. Air mata merembes keluar semahunya.

"Kenapa buat Mai macam ni?" aku menangis seorang diri.

DI ruang tamu, keadaan menjadi sayu. Mama memeluk tubuh abah di sofa. Wajah disembam pada dada suami. Terasa basah dan bahang dada Encik Syakir bila air mata meresap pada baju yang dipakai. Tubuh isteri tercinta dalam pelukan dieratkan. Belakang tubuhnya diusap perlahan.

"Na bersalah, bang. Na buat Mai macam tu..." tersangkut-sangkut percakapan Puan Husna diselangi sendu tangis yang tiada henti.

"Bukan Na saja. Abang juga bersalah. Jangan salahkan diri sendiri. Kita sama-sama sebagai ibu bapa bersalah kerana merahsiakan perkara ini. Sudahlah, Na." Pujuk Encik Syakir. Sayu dan hiba melihat isteri tercinta menangis. Puan Husna tidak menjawab sebaliknya terus-terusan menangis.

Opah memandang mereka berdua dengan perasaan berbalam. Kecewa? Sedih? Pilu? Entahlah. Yang pasti dia tak sanggup melihat menantu dan anaknya sebegini. Dia tidak sanggup melihat keluarga ini kucar-kacir. Yana berada di sebelah kanan dipeluk erat bagi menenangkan diri. Achik yang berada di bawah segera bangun lalu duduk di sebelah opah. Wajahnya disembam pada dada opah. Opah menarik nafas.

'Ya Allah, selamatkanlah perhubungan keluarga ini. Janganlah hubungan ini terputus hanya kerana perjanjian ini. Hanya KAU yang mampu mengembalikan keutuhan rumah tangga anak cucuku ini. Amin.' Opah berdoa.

PAGI hari menjelma menandakan satu hari telah berlalu dan diganti dengan hari yang berikutnya. Ada yang berkata, mulakan hidup baru dengan keesokan hari. Tapi bagaimana aku mahu memulakan kehidupan baru sedangkan hati masih tak tenteram. Jiwa masih terluka. Otak ligat memikir masalah yang baru menimpa. Setelah bermunajat menghadap Ilahi malam tadi, hati berasa sangat lapang. Terasa masalah lenyap bila berhadapan dengan Sang Pencipta. Tapi bagaimana dengan masalah ini? Apakah kesudahannya?

"Kak," suara teguran seseorang menyedarkan aku dari lamunan. Pantas kepala dikalih ke kanan. Kelihatan Yana datang bersama kain batik dan baju kurungnya. Aku tersenyum. Yana kalau balik kampung, pakaian itulah menjadi kesukaannya. Like cewek kampung! Berbanding di Kluang, dia hanya memakai baju t-shirt lengan panjang dan seluar trek. Sungguh berbeza.

"Apa akak menungkan?" tanya Yana sewaktu melabuhkan punggung di pangkin sebelahku.

"Tak ada apa."

"Bohong. Kalau tak ada apa, masakan Yana panggil banyak kali tadi akak tak nyahut?" tebak Yana. Dia tersengih nakal.

Aku menelan liur. Alamak! Kantoi pulak! Cover, Mai! Cover.

"Yeke? Tak perasan pulak." Jawabku sambil membetulkan tudung yang tersedia betul. Darah gemuruh tiba-tiba datang.

Yana pecah ketawa. "Akak nak kelentong tak boleh. Ini Yana la, kak." Dia tahu kakaknya malu.

Aku menjuihkan bibir. Bangga pulak!

"Ada apa cari akak?"

"Saja. Kat dalam cari tak ada, so Yana agak akak mesti pergi tempat favourite akak ni." Jawabnya manja. Aku mengangguk. Suasasa sepi seketika.

"Akak masih marahkan mama dan abah ke?" soal Yana memecah kesunyian.

Aku tersentak. Mulut dikunci rapat. Yana menanti jawapan dengan sabar. Dia sudah berbincang dengan opah semalam untuk slow-talk dengan Kak Mai. Dia akan cuba berbicara selembut habis untuk mencairkan hati sang kakak yang jauh merajuk.

"Akak, Yana tahu Yana tak berhak masuk campur tapi boleh tak akak buka mata akak, buka hati akak dan dengar luahan hati mereka. Mereka buat semua tu bersebab, kak." Yana cuba menarik perhatianku.

"Kau takkan faham, Yana." Aku menggeleng. Budak perempuan seperti Yana takkan faham apa yang dia rasai. Apa yang dia lalui sekarang. Hidup tak sama. Biarpun rambut sama hitam, hati tetap lain-lain.

"Memang Yana tak akan faham kalau Yana tak dengar cerita tu semalam, kak. Tapi Yana dengar dan lihat dengan mata dan telinga Yana sendiri. Akak sedar tak mama dan abah menyesal sangat semalam? Dan akak sedar tak yang akak dah sakitkan hati abah hanya dengan kemarahan akak? Mama tertekan tahu tak?" Yana semakin menekanku.

Aku memegang kepala. "Stop it! Akak tak nak dengar apa-apa lagi! Enough! Kalau kau datang sini, semata-mata nak mengata akak, baik kau masuk dalam. Akak tak nak dengar apa-apa pun!" ugutku dengan suara bergetar. Menahan sebak.

Yana mengeluh. Kakaknya ini ada waktu keras kepala. Tapi ada waktu baik sangat. Manusia. Lumrah kehidupan.

"Yana minta maaf sebab bangkitkan hal ni. Tapi percayalah, kak. Mama dan abah tak pernah terniat nak jual anak sendiri. Yana faham perasaan mama. Mama tertekan, kak. Kalau akak tengok semalam, mama menangis mendayu-dayu. Dia cakap dia menyesal sangat. Akak ingatkan apa yang mama kata semalam? Kalau tak kerana Uncle Umar, Yana tak mungkin ada dalam dunia ni. Akak pun tak dapat tengok Yana, bercakap dengan Yana dan bergurau senda dengan Yana macam sekarang. Mama dan abah tak minta jadi begini. Akak kena ingat. Semua yang berlaku telah ditentukan. Akak cuba buat macam mana sekalipun kalau Allah dah tentukan jodoh akak dengan Abang Farhan, akak kena terima, kena redha. Kalau abah dan Uncle Umar tidak pernah berjumpa dan buat perjanjian seperti apa yang berlaku, jodoh akak tetap juga dengan Abang Farhan. Semua itu kehendak dan kekuasaan Allah." Terang Yana bersungguh-sungguh.

Aku mendengar saja. Tidak berniat untuk membalas, mengherdik, memarahi atau 'me' apa-apa pun. Ungkapan Yana sedikit sebanyak meresap masuk dalam jiwa yang parah ini.

Yana menyambung kembali kata-katanya bila aku tidak bersuara.

"Abah ada cakap semalam, kalau akak tak boleh terima benda ni, abah akan cakap dengan Uncle Umar yang majlis tu akan terbatal." Kata-kata Yana membuatkan aku pantas mengangkat kepala. Wajah Yana yang menunduk itu dicari. Benarkah? Abah akan buat? Majlis akan terbatal?

"Abah ada cakap yang dia akan bayar semua duit yang Uncle Umar pernah bagi pada mereka dulu sebagai membalas jasa. Rumah yang kita duduk dekat Kluang tu pun abah akan jual." Yana berkata sebak. Dia menahan rasa. Kesayuan wajah abah dan mama terlayar di ruangan mata.

Aku menunduk. Ya Allah, begini hebat sekali dugaanMU. Aku dah buat abah dan mamaku kecewa dengan sikapku sampaikan abah sanggup hendak menjual rumah keranaku. Ya Allah, ampunilah dosaku ini.

"Kak, akak tak sayang mama dengan abah ke?" pertanyaan Yana dalam sendu itu mengalihkan pandanganku. Aku terdiam. Lama. Wajah Yana yang mengharap kutenung sebelum mengukir senyuman.

"Sayang sangat!" lantas tubuh Yana dipeluk erat. Kami menangis semahunya di situ. Waktu itu mataku terpandang akan dua ekor burung yang berpelukan sesama sendiri. Aku terus memeluk Yana kejap.

***

DAPUR yang lengang dengan manusia diintai. Kesempatan ini diambil olehku untuk meminta ampun daripada mama. Mama kulihat sibuk membancuh air oren dalam jag putih. Aku terjengket-jengket menghampirinya sebaik melihat tiada siapa di situ. Sejurus mendekatinya yang kini membelakangiku, aku terus memeluk tubuh mama. Wajah disembam pada badan belakangnya.

Puan Husna tersentak. Dia melihat sepasang tangan melingkari pinggangnya. Segera dia berpusing. Alangkah terkejut apabila melihat Humairah yang memeluknya.

"Mama, Mai minta ampun." Kaki mama kucari. Mama yang tersedar hal itu terus saja memegang bahuku. Lalu dia memaut tubuhku ke dalam pelukannya. Sesaat kemudian terdengar tangisan mama di bahuku.

"Mama salah, sayang. Bukan Mai. Mama minta maaf sangat-sangat." Pinta Puan Husna.

Aku menggeleng lemah. "Bukan salah mama. Mai salah sebab tak menilai. Mai tak hargai apa yang mama dan abah buat pada keluarga kita. Ampunkan Mai..." mendayu-dayu suaraku saat itu. Tangan kejap memeluk mama. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku.

Tanpa aku dan mama sedari, seluruh ahli keluarga melihat dari celahan pintu dapur. Yana menutup mulut menahan tangis dari terdengar. Achik mengeluh lega. Abah memejamkan mata. Opah tersenyum. Syukur alhamdulillah. Bisik hati opah.

"Abang..." panggilan mama merungkai pelukan antara kami. Aku berpusing ke belakang.

Abah dan semua berdiri di tangga dapur dengan wajah mengharap. Aku perlahan-lahan mengukir senyuman.

"Abah!" panggilku bersama air mata.

Abah terus berlari ke arah aku dan mama lalu mendakap tubuh kami. Abah mencium ubun-ubun mama dan aku. Yana dan achik yang melihat terus saja berlari ke arah kami bertiga. Pelukan makin erat. Ya Allah, terima kasih kerana mengembalikan ikatan kekeluargaan ini, ucapku dalam hati.

Opah yang melihat tersenyum lega. Syukur alhamdulillah segalanya telah selamat dan kembali seperti dahulu.

'Air dicincang tidak akan putus.' Bisik hati opah.

***

"AMBOI, rajinnya cucu-cucu opah ke dapur." Tegur opah ketika Yana dan aku berada di dapur. Mama yang sedang mencuci utensil tersenyum. Tika itu kami mahu menyiapkan makanan tengah hari.

Aku tersengih. Best kena puji! Lama tak dengar opah puji.

Yana mencebik. "Opah nak tahu tak, akak kat rumah bukan rajin masuk dapur. Dalam pukul sepuluh tak pun sebelas pagi baru bangun." Perlinya.

Aku menjegilkan mata. Berani kau bocorkan rahsia aku, dik! Yana buat dono.

Opah tersenyum, "Opah tahu." Balasnya pendek. Dia berpandangan dengan Puan Husna

sebelum memberi senyuman segaris.

Aku dan Yana tercengang. Magik ni! Mana opah tahu? Takkan mama dengan abah bagitahu kut?

"Opah kenal cucu opah. Bukan mama atau abah yang beritahu." Opah seakan mengerti apa yang berselirat di fikiran.

Aku dan Yana mengangguk serentak. Kami mula menolong opah menyediakan makanan sementara menunggu abah dan achik turun ke dapur. Radio tua milik arwah tokwan kini dialunkan dengan surah-surah al-quran dan doa sebelum masuk waktu solat Zohor. Sejuk hati dan sedap aje telinga mendengar ustaz dalam radio itu bertaranum. Berlagu-lagu suaranya.

Seketika kemudian, abah memunculkan diri. Abah mengenakan baju Melayu teluk belanga berwarna merah hati beserta kain pelekat. Menyala-nyala! Okey faham, hiperbola yang sangat tinggi.

"Rajinnya anak-anak abah ni tolong opah dan mama." Tegur abah sambil mengusap kepala aku dan Yana. Aku tersengih. Yana tersenyum riang. Kami membuat thumbs up sesama sendiri. Dua kali dapat pujian.

"Kat rumah opah aje, bang. Rumah sendiri mana ada. Sampai terpacak matahari atas kepala pun tak sedar-sedar lagi," sindir mama selamba. Dia membawa jag berisi air oren ke meja makan.

Serentak aku dan Yana memuncung. Berderai tawa semua yang ada.

"Usahlah bual-bual lagi. Meh makan ni. Nanti Kir nak pergi surau. Takut terlambat pula." Opah sudah bersuara. Abah sudah duduk di kepala kerusi untuk ketua keluarga. Mama pantas mengambil senduk yang dipegang opah.

"Biar Na yang buat. Mak duduk aje. Dari tadi mak tak duduk," ujar mama prihatin.

Opah tersenyum seraya duduk. "Yelah."

"Maisarah mana?" tanya opah bila cucu seorang lagi tidak dilihat.

"Dia sakit perut, opah. Semalam makan asam pedas tak ingat dunia. Dah tu, Yana pula kena temankan dia pergi tandas. Nasib baik tandas dalam rumah." Rungut Yana. Meledak lagi tawa semua orang.

"Kira untung la toilet dalam rumah, kalau luar rumah macam mana agaknya ya? Agak-agak jumpa hant..."

"Kak!" Yana pintas memotong. Lenganku dicubit.

"Aduh!"

Semua yang ada menggelengkan kepala. Tak sah kalau tak mengusik. Makanan telah siap dihidang atas meja. Air juga telah dibuat. Aku mengambil tempat berhadapan Yana yang duduk disebelah mama manakala aku duduk disebelah opah. Yana menuang air masak dalam setiap gelas kemudian diagih-agihkan.

"Opah, nanti Fiya nak mengaji dengan opah eh petang ni?" pintaku manja.

Mama dan abah tersenyum bangga. Syukur anaknya membawa perubahan yang baik. Opah senyum lalu mengangguk.

"Boleh. Apa salahnya. Opah pun dah lama tak dengar Fiya mengaji."

"Mana boleh!" bantah Yana.

Semua mata memandang ke arah adikku nombor dua. Cemberut wajah mengalahkan susu basi. Mama dan abah saling berpandangan.

"Kenapa Yana?" tanya opah lembut. Ingin dia selami hati cucu lagi seorang.

"Mana aci kalau akak je yang boleh mengaji dengan opah? Yana pun nak juga!" rajuk Yana bagai anak kecil.

Serentak meja makan riuh dengan tawa. Aku menjelirkan lidah bila terpandang Yana. Yana membulatkan mata. Pasal tu pun nak jeles! Apalah adik aku ni.

***

PANGKIN merupakan tempat favouriteku sejak kecil. Sudah tiga hari berlalu dan dalam masa tiga hari itu aku tidak pernah missed untuk lepak di pangkin. Setiap kali pulang ke kampung pasti aku akan duduk di port rasmi ini. Bagiku, pangkin merupakan tempat kedua selain tepi sawah di belakang rumah kepunyaan arwah tokwan dan opah. Hanya sawah itu saja yang tinggal. Itu tanah arwah tokwan. Opah tidak mahu kawasan perumahan di bina atas sawah itu kerana itu satu-satunya tinggalan suami tercinta. Ingin mengabdikan memori bersama.

"Fiya! Fiya!" sayup-sayup suara opah memanggil membuatkan aku segera berlari ke belakang rumah. Tempat biasa opah ada waktu sekarang. Pintu grill hitam aku tarik. Tampak opah sedang berjalan menuju ke pintu itu.

"Ada apa, opah?"

"Boleh tolong tak?" pinta opah.

Aku mengerut dahi. Lahh, nak minta tolong aje. Ingatkan ada apa-apa tadi.

"Tolong apa, opah?"

"Tolong belikan tepung, gula dengan garam. Opah nak buat roti canai. Boleh kita makan nanti. Lagipun opah dah lama tak buat. Maisarah merengek tadi minta opah buatkan." Jelas opah.

Aku tersenyum riang seraya melompat-lompat di hadapannya. Tangan ditepuk beberapa kali. Yeah yeah opah buat roti canai! Yeeehhhhaaaaa!! Pinggang digoyang ke kiri ke kanan.

Opah ketawa melihat gelagatku. Not warna merah diberikan kepadaku. Aku terus saja keluar dari rumah untuk ke kedai runcit. Nasib baik dah siap bertudung. Senang sikit nak bergerak ke sana ke mari.

"Kedai Runcit Pak Jabit." Ujarku bila terlihat akan nama kedai. Dengan lapang hati aku masuk ke situ. Terdapat seorang lelaki sebaya abah barangkali berkopiah sedang duduk rehat di tempat pembayaran sambil meneguk secawan kopi. Segera aku dekati.

"Assalamualaikum, pakcik." Ucapku.

"Waalaikumussalam. Eh, anak ni siapa? Pakcik tak pernah nampak pun selama ni." soal pakcik itu.

"Saya cucu opah." Jawabku mesra.

Pakcik itu menggaru kepala. "Opah mana ya?"

"Hajah Salmah."

Pakcik itu mengerut dahi sebelum menepuk meja dengan kuat. Terperanjat aku. Nasib jantung tak gugur!

"Hajah Salmah tu opah kamu? Lahh! Pakcik ingat siapa lah opah tadi. Jadi, kamu anak siapa ni?" tanya pakcik itu berminat. Dia kenal dengan keluarga Hajah Salmah. Tapi bila dah tua ni, dia lupa dengan anak-anak Hajah Salmah sekarang. Yang dia ingat Eidris, Emran dengan Eirham. Yang lain tak berapa ingat sangat. Terutama perempuan.

"Anak Emran Syakir, pakcik." Balasku lagi. Adeh... pakcik oii! Saya datang ni nak beli barang. Bukan nak disoal siasat. Mengalahkan wartawan hiburan tau pakcik ni!

"Oh! Anak Emran rupanya. Pakcik dah lama tak tengok Emran tu. Dia sihat sekarang?" ramah pakcik tersebut.

"Sihat alhamdulillah."

"Eh! Lupa pulak! Kamu datang sini nak beli apa?" pakcik itu segera menukar topik.

Hah! Tahu pun! Penat aku berdiri kat sini. Omelku.

"Saya nak beli tepung gandum, gula dan garam. Semua 1 peket." Terangku.

Pakcik itu mengangguk sebelum menulis sesuatu di kertas kecil. "Tunggu kejap ya. Pakcik pergi ambil." Seketika kemudian pakcik itu bangun lalu bergerak ke belakang. Aku menunggu dengan sabar. Gula-gula dalam balang lutsinar aku tenung sebelum membuka penutupnya. Terdapat gula-gula getah, Choclairs, dan Plus. Aku mengambil 4 biji gula getah, 4 biji Choclairs dan 2 biji gula-gula Plus perisa mint.

Dua minit berlalu, pakcik itu kembali bersama barang yang diperlukan opah. Aku meletakkan gula-gula yang telah diambil di atas meja untuk dibayar.

"Pakcik, kira gula-gula ni sekali ya." Ujarku. Pakcik itu mengangguk sebelum menekan butang pada kalkulator yang biasa digunakan oleh peniaga. Alah, kalkulator yang ada butang besar-besar tu! Bukan 570 punya haaa!

Sedang pakcik itu mengira, tiba-tiba sebuah kereta warna hitam berhenti betul-betul hadapan kedai itu. Aku buat tak tahu saja. Memandangkan kedai runcit ini adalah yang paling dekat, maka tak hairanlah kalau ada orang yang singgah. Lebih-lebih lagi orang-orang kampung sini. Senang. Jimat masa. Jimat petrol.

"Semua sekali RM5.00 aje, nak." Pakcik itu berkata.

Aku mengeluarkan wang RM10 lalu diserahkan pada peniaga tersebut. Selepas memulangkan duit baki, aku mengangkat plastik berisi barang tersebut lalu keluar dari kedai. Sempat pakcik itu mengirim salam pada opah sekeluarga. Aku tersenyum aje.

Semasa hendak berjalan melepasi kereta hitam tersebut, langkahku terhenti tatkala namaku disebut.

"Humairah,"

Aku terus memusingkan kepala menoleh gerangan yang menyebut namaku. Mulut terlopong besar. Dada berdebar. Melihat manusia yang memberhentikan kenderaan di hadapan Kedai Runcit Pak Jabit membuatkan aku terasa mahu pengsan kat jalan ini.

Uncle Umar????!!!!

avataravatar
Next chapter