18 Bab 18

Wana menyapu kelas. Aku mengelap tingkap yang berdebu. D pula membersihkan papan hitam di depan beserta pemadam papan hitam. Iman pula? Hanya memegang penyodok di pintu kelas.

"Iman, apa kata kalau kau tolong aku lap tingkap yang sangat kotor ni daripada tayang muka kat pintu kelas." Sinis kata-kataku membuatkan yang lain ketawa.

Iman mencebik. "Hari ni aku bertugas as pemegang penyodok sampah aje okey."

"Kira nak kata kau model penyodok sampah la?" usik D.

Pecah lagi tawa dalam kelas ini.

"Aisyah tu tak bertugas kau tak cakap pulak? Pilih kasih betul!" bidas Iman dengan muncungnya. Saja je pagi-pagi buat kecoh! Selalu macam ni setiap pagi jikalau mereka bertugas. Ada aje senda gurau dan sindiran yang merapatkan hubungan persahabatan. Dah biasa dan tak best kalau tak meriah tanpa sindiran!

"Syah kan dah jadi pengawas + setiausaha badan pengawas = exco pengawas. Fahamkan equation ni dan tiada istilah pilih kasih." Kata Wana pula yang sedang menunduk menyapu sampah di bawah meja pelajar lelaki. Penuh dengan sampah! Dalam meja lagi teruk. MasyaAllah! Dah berminggu-minggu tak buang sampah ke apa? Macamlah tong sampah tu jauh nun kat New Zealand sana. Pergi belakang sekejap then buang. Habis cerita! Tak sampai berapa saat pun. Macam-macam sarang boleh buat. Dasar lelaki pemalas! Omel Wana dalam hati. Meja jantan bernama Syafiq itu digeledah dengan hidung ditutupi tudung putihnya. Busuk! Macam manalah budak ni tahan duduk kat sini? Naik loya tekak aku!

Iman menjuihkan bibir. "Alangkah indahnya kalau aku jadi pengawas. Tak payah bertugas kelas. Kan bagus." Katanya perlahan.

Serentak kami memandang ke arahnya sebelum ketawa terbahak-bahak. Iman mengerutkan dahi. Kena sampuk ke apa ketawa pagi-pagi macam ni?

"Kau? Nak jadi pengawas? Mimpi je la.." ejek Wana sambil ketawa.

"Apesal pulak?" bentak Iman.

"Orang nak jadi pengawas mesti rajin buat kerja, pandai mengatur masa, berkebolehan dalam mengawasi sesuatu dan memikul amanah yang diberikan guru. Kiranya pengawas ni orang kedua selepas guru. Orang terpenting!" Jelasku sambil memerah kain buruk yang sudah bertukar hitam. Dia orang memang tak akan lap tingkap kecuali aku aje. Menyirap betul! Nasib baik aku rajin. Bangga sekejap. He he he!

"Aku pun boleh apa!" Iman tidak mengalah. Kakinya dihentak beberapa kali di lantai.

"Kau tak boleh. Cikgu pengawas pun reject kau awal-awal." Sampuk D sambil mengetuk pemadam papan hitam di tempat yang dikhaskan untuk menghilangkan kapur yang melekat.

Iman mengetap bibir. "Apesal kerempeng? Aku tak layak?" memang cari nahas tau kerempeng ni!

"Memang tak layak. Dah lah malas buat kerja. Asyik pegang penyodok tu je. Tak gerak mana-mana. Latihan selalu tak siap. Itu pun tiru jawapan aku. Kalau aku tak bagi, confirm meraung satu KL." Sakat Wana.

Iman ternganga. Sadis sungguh ayatnya!

"Lepas tu suka buat muka. Comel konon! Lagi pun nak jadi pengawas mestilah tinggi dan bentuk badan yang menarik. Kau dah la pendek. Kemetot pulak tu!" kutukku selamba. Dalam hati nak tergelak tengok muka cemberut Iman. Chill, Man! Gurau aje.

Iman terlopong.

"And the last one is kau pemalas dan kuat tidur! Selalu makan kuaci sebelum tidur. Sangat teruk! Ish! Ish! Ish!" D turut join. Kepalanya digeleng beberapa kali.

Iman menggigit bibir lalu menjuihkannya. Chait! Korang kalau tak kenakan aku satu hari tak sah! Tak apa! Aku akan buktikan. Tekadnya.

"Cakap aje la korang jealous dengan impian aku tu!" Iman bangga. Kembang kempis hidungnya.

Kami ketawa besar.

"Jeles? Excuse me. Not me okay!" tegas Wana. Dia kembali menyapu.

"Aku pun!" kataku terus mengelap tingkap.

"Me too!" sampuk D. Dia juga turut sama menyambung kerjanya yang terbantut.

Iman menjeling mereka tajam.

"Aku akan pastikan yang satu hari nanti aku akan pegang jawatan pengawas!" tekad Iman kuat.

"Jangan mimpilah. Hari tu tak akan datang sebab kita dah tahun akhir. Lepas form 5 kita akan masuk universiti or matrikulasi. Jadi istilah nak pegang jawatan pengawas serta merta terbatal." Keterangan seorang pemuda menyerap masuk ke telinga kanan Iman. Macam bunyi keretapi tu! Trennnnnnnn.....!

Dush! Dush! Kepala macam kena hentak dengan bola bowling. Iman kelu lidah. Perlahan-lahan dia berpaling ke kanan. Kelihatan susuk tubuh Hakim and the geng sudah tiba. Terserlah gigi putihnya yang tersusun rapi. Di belakang Hakim terdapat beberapa pelajar kelas Ar-Raudhah yang baru tiba dengan beg sekolah. Masing-masing menekup mulut menahan tawa yang bakal meletus.

Kami yang berada di dalam kelas segera berpandangan sekali lagi sebelum ketawa terbahak-bahak. Wana terduduk kerana terlalu banyak ketawa. Aku menekan perut. Manakala D pula sudah terduduk di kerusi guru.

Iman terkedu. Tergamam dengan kata-kata Hakim sebentar tadi sebelum berpaling melihat rakan-rakannya yang sudah gila ketawa.

"Korang!!!!!!" nampaknya jeritan Iman mampu menggegarkan bangunan ini.

"Hahaha!!!" serentak semua ketawa terbahak-bahak.

IMAN masih lagi merajuk dengan kami. Khairul yang datang mengusiknya juga tidak dilayan. Garu kepala mamat tu!

"Apesal tu?" tanya Khairul tampak blur bila huluran salamnya tidak dijawab Iman malah dia menutup telinga dengan tangan. Apa kena dengan pujaan hatinya?

"Dia ada masalah mental." Jawab Wana selamba.

"Wana!" semua menjerit.

Aku memukul bahunya. Tak baik betul! Wana gelak.

"Korang janganlah main-main. Apesal tu? Gaduh ke? Monyok je aku tengok. Selalu dalam kelas ni dia yang paling bising. Suara dia dengar sampai dua batu. Ini tak. Senyap je. Apesal?" tanya Khairul masih tidak puas hati.

Kami berempat tersenyum. "Jangan risau. Kejap lagi dia pasti akan datang ke sini." Jawabku yakin. Choki-choki aku suap ke dalam mulut. Nyam! Nyam! Kalau cikgu disiplin nampak ni, alamat kena ketuk ketampi la kat pentas bersaksikan orang ramai.

Khairul pening. "Hah?"

"Kita count sama-sama ya." D bersuara.

Semua pakat mengira dengan jari. Khairul memerhati walhal fikirannya penuh dengan tanda tanya. Apalah minah-minah ni nak buat?

"Satu..."

"Dua..."

"Tiga..."

"Empat..."

"Lima..."

"Enam..."

"Tujuh..."

"Lapan..."

"Sembilan..."

"Sepuluh.....!"

Serentak itu Iman bangun dari kerusi yang di dudukinya. Dia bergerak ke tempat di mana kami berada. Khairul tercengang. Tak berkelip memandang Iman. Dahi berkerut.

"Korang, pinjam latihan Sejarah semalam. Tak sempat nak buat la." Pinta Iman dengan muka comel.

Serentak itu kami tergelak besar sehinggakan satu kelas memandang ke arah kami dibelakang ini.

Iman dan Khairul terlopong. "Weh! Apehal gelak pulak? Aku buat lawak ke?" Iman menggaru kepala. Biol apa kawan-kawan aku ni? Aku minta buku latihan pun nak gelak ke? Buntu Iman.

Kami masih lagi ketawa. Khairul sekadar melihat. Benaknya masih berfikir sesuatu.

"Korang, cepatlah! Nanti cikgu datang." Gesa Iman sambil menadah tangan.

Aku mengeluarkan buku dari beg sekolah lalu diberikan kepadanya. Sisa tawa masih ada. Iman terus bergerak ke tempat duduknya lalu memulakan pekerjaan seperti biasa. Copy and paste!

Khairul memandang Iman dan kami bersilih ganti. "Korang....."

"Kami dah kenal dia sangat, Khai." D memotong.

"Since form 3." Sampuk Wana pula.

"Dan aku baru faham perangainya since this year, Khairul Nazmi."

"Betul! Betul! Betul!" balas Aisyah seperti Upin Ipin.

Khairul terdiam sesaat sebelum tersenyum. "Korang memang rakan yang memahami..."

Kami ketawa.

***

Kini hidup kami berempat kembali ceria, gila-gila dan happening! Bergurau senda dan bergelak ketawa bersama-sama. SPM nak dekat tapi gelak banyak! Apalah punya budak kan? Teruk betul.

"Bangun kelas! Assalamualaikum, cikgu." Tiba-tiba saja Khairul berkata begitu membuatkan semua orang segera bangun dan mengucapkan salam. Oh! Kelihatan Cikgu Namisah berada di depan. Ternampak saja rotan ditangannya membuatkan semua orang menelan liur. Itu bukanlah petanda yang baik!

"Waalaikumussalam. Duduk." Jawab Cikgu Namisah. Dia meletakkan buku-bukunya di meja dan kemudian berjalan dari meja ke meja. Tangan diletak di belakang badan bagai guru besar lagaknya.

"Baiklah. Hari ini kita akan berbincang mengenai karangan bahasa Melayu tetapi sebelum itu saya nak check buku latihan satu demi satu. Saya nak tengok latihan yang saya bagi dua hari lepas. Adakah sudah siap? Dah siap bagus. Kalau tak siap tak apa. Akan ada habuannya nanti. Letak buku atas meja sekarang. Saya nak check." Ucap Cikgu Namisah tegas.

Kami cepat-cepat mengeluarkan buku yang Cikgu Namisah perlukan di atas meja. Sememangnya Cikgu Namisah merupakan cikgu yang tegas dan agak garang tetapi hatinya baik. Kalau semua mendengar katanya, maka dia akan sentiasa berbuat baik. Kalau ada di antara pelajar yang tidak mengikut arahannya, maka keluarlah taring dari celahan gigi.

Cikgu Namisah mengambil rotan panjang yang sudah hancur pada pangkalnya. Siapa tak siap, habislah! Sebat! Cikgu memeriksa setiap buku secara terperinci sehinggakan ada sedikit teguran yang membuatkan kami yang lain kelam kabut membetulkannya semula sebelum diperiksa oleh guru wanita tersebut.

"Tarikh kenapa tak tulis? Ke awak tulis atas angin?"

"Cuba tulis betul-betul. Silap ejaan ni. Betulkan balik."

"Kecil sangat tulisan awak ni. Awak ni dah la nak SPM. Kalau kertas awak tu dapat pada pemeriksa yang baran dan pemarah, silap sikit dah potong markah apatah lagi tulisan kecil macam ni. Confirm dia bagi 0 untuk kertas awak. Nak? Besarkan tulisan lain kali!"

"Mana pergi huruf I? Cuba awak eja balik perkataan KAKI. Betulkan semula!"

"Ini pun sama! Tarikh tak ada! Awak ingat cikgu rajin nak tuliskan untuk awak?" bebel Cikgu Namisah.

Rotan masih setia di tangan kanannya. Buat masa ini aku tidak lagi mendengar bunyi rotan dihempas pada meja. Dia sudah berada di meja sebelah yang menempatkan dua orang pelajar di bahagian belakang sebaris dengan mejaku dan Wana. Aku memeriksa buku buat sekelian kalinya. Mana tau kut tersalah eja lagi ke? Nanti kena tegur lagi.

"Humairah!"

Terkejut aku apabila namaku dipanggil. Hampir terbang buku latihan di tangan. Mahu gugur jantung aku kalau kena sergah macam ni selalu! Wajah Cikgu Namisah yang garang pada hari ini aku tatap dengan ketakutan. Buku latihan aku serahkan kepadanya. Dia memeriksa dengan betul. Sekejap matanya di kecilkan dan sekejap dahinya berkerut. Aku menelan liur.

"Bagus, Humairah. Teruskan usaha." Pujinya.

Aku tersengih. Huh! Lega.

Giliran Wana pula diperiksa. Wana juga sama sepertiku. Dipuji kerana dapat menyiapkan kerja sekolah dan kemas. Tersengih kami berdua di belakang.

"Diana atau lebih dikenali Princess D! Mana buku awak?" soal Cikgu Namisah garang. Semua pelajar menoleh ke arah D.

D tersengih sambil menggaru kepala.

"Tertinggal kat aspuri, cikgu." Jawab D ketakutan.

"Apa? Tertinggal?!" mencerlung mata Cikgu Namisah memandang D yang terkulat-kulat. D menelan liur. Habislah aku! Desis hatinya.

"Kenapa tinggal? Nak suruh kucing baca ke?" sindirnya membuatkan seisi kelas ketawa. Namun tawa cepat dimatikan bila rotan dihempas pada meja.

"Diam!" marah Cikgu Namisah. D menunduk. Air liur ditelan kesat.

"Berdiri, Diana!" arah Cikgu Namisah.

D perlahan-lahan bangkit dari kerusi.

"Hulur tangan."

Perlahan D menyerahkan tangannya kepada Cikgu Namisah. Aku memejamkan mata tatkala mendengar bunyi rotan sebanyak dua kali. Kalau bunyi dah kuat, maka tentulah sakitkan? Dapat aku lihat D menahan kesakitan itu namun dia tetap menundukkan wajah. Wana menarik nafas. Dadanya digosok perlahan.

"Lain kali tinggalkan lagi, Diana. Saya ingat nak rehatkan rotan saya yang dah uzur ni tapi nampaknya tak boleh kalau begini perangai awak." Sindirnya.

D masih menunduk. Air mata bertakung di tubir mata. D berusaha menahan titisan dari gugur. Hatinya dicekalkan.

'Salah aku. Cikgu tak salah. Semua salah aku.' D memujuk diri.

"Awak berdiri sampai habis waktu saya." Cikgu Namisah memberikan arahan. Nak tak nak D terpaksa berdiri sampai habis kelas cikgu bahasa Melayu itu.

Cikgu Namisah bergerak ke tempat orang lain pula. Iman dan Aisyah hanya memandang simpati terhadap D. Kami dapat rasai kesakitan yang dialami D. Aku yang berada di belakangnya dapat melihat dia menekan perlahan tapak tangannya yang merah. Mesti ada kesan! Fikirku.

"Helena, mana buku awak?"

Semua kini memandang ke arah fanatik kumpulan Diva Babe. Helena mengeluarkan bukunya dengan gedik. Aku rasa macam nak lempang aje minah ni bertubi-tubi! Biar pengsan tak pun koma. Meluat sungguh!

"Nah, cikgu." Penuh manja Helena berkata sambil menyerahkan buku latihannya kepada Cikgu Namisah. Dia melenggokkan tubuh badannya demi meraih perhatian. Senyuman tak lepas dari bibir merahnya.

Semua pelajar yang tidak menyukai Helena berasa geram melihat kelakuannya. Gedik nak mampus! Dia ingat Cikgu Namisah layan ke budak tak cukup sifat macam tu? Kirim salam la! Cikgu Namisah layan semua sama rata. Kecuali budak-budak lelaki yang memang minat dengan Helena serta kawan-kawannya. Ada kat kelas ni. Jangan kata tak ada!

"Hmm. Bagus, Helena. Awak patut dijadikan contoh. Semua latihan saya siap. Bagus. Siap dengan frasa menarik." Puji Cikgu Namisah.

Helena tersenyum lebar sampai ke telinga. Kembang semangkuk bila dipuji guru wanita itu. Semua atas hasil usaha sepupu dungunya. Kalau tak dikerah semalam, takkan dia mendapat pujian sebegini daripada guru wanita ini.

"Kelas, saya mahu kamu contohi Helena untuk minggu ini. Jadikan dia role model kamu. Kalau ada apa-apa yang tak tahu, boleh rujuk pada Helena. Kalau tak faham sangat, baru jumpa saya. Dalam buku latihannya terdapat beberapa kosa kata menarik untuk diletakkan dalam karangan kamu nanti." Terang guru tersebut.

"Terima kasih, Helena." Cikgu Namisah tersenyum pada Helena seraya memulangkan buku tersebut kepada tuannya. Dia berjalan ke meja seterusnya.

Helena tersenyum megah. Dia memusing ke belakang. Senyuman sinis dilemparkan kepada kami berlima.

Aku menjelirkan lidah. Bangga la tu! Menyampah! Gunting mulut baru tau! Sempat aku menjeling Helena dengan tajam.

Wana menjulingkan mata sambil tangannya diletakkan pada hidung. Kemudian dia menolak hidung ke atas memerli Helena. Ingat aku hairan sangat ke dengan dia? Pigidahhh! Nak rujuk pada dia, minta maaf! Tunggu aku tak kentut seminggu baru aku jumpa dia!

Helena mencerunkan matanya. Berani dia buat muka buruk dia kat aku? Helena geram. Pandangan di sasarkan pula pada Iman di meja sebelah. Azab betul duduk dekat dengan minah ni.

Iman juga melakukan perkara yang sama seperti Wana. Banyak kali dia buat aksi menggunakan hidung untuk mengenakan Helena kembali. Cheq paling menyampah dengan orang yang suka bermegah-megah. Kalau kena sembelih hidup-hidup memang baguih! Gerutu hati Iman.

Helena mengetap bibir. Iman pun sama aje macam Wana! Asyik dia aje yang terkena. Dia menoleh ke arah Aisyah yang tekun membelek buku latihannya. Helena tersenyum. Hanya Aisyah saja tidak akan membalas kata-kata sinisnya seperti selalu. Barangkali takut dengannya.

Aisyah yang berasa dirinya dipandang segera mengangkat muka. Terlihat akan senyuman sinis Helena bersama kening sebelah kanan yang diangkat tinggi membuatkan Aisyah tersenyum.

Helena kerut dahi. Budak ni boleh senyum pulak? Aku buat lawak ke? Dia kembali memandang Aisyah yang sedang menulis sesuatu pada kertas A4. Kemudian kertas itu diangkat membuatkan Helena dapat membacanya dengan terang dan jelas.

TOLONG JANGAN BUAT KENING MACAM TU LAGI. SERIOUSLY KAU TAK AKAN SETANDING ZIANA ZAIN! :p

IKHLAS: AISYAH RAUDHAH.

Helena ternganga membaca bait-bait ayat itu. Sekali kena kutuk daaaa...! Dia tak sangka sependiam Aisyah, sekali dia berkata berbisa badan menanggungnya. Rupa-rupanya Aisyah bukanlah calang-calang orang yang boleh Helena kenakan sesuka hati. Cis! Dia lagi yang terkena.

Pandangan Helena kini tertumpu pada D yang sedang berdiri pada tempatnya. Idea nakal mencerna di minda. Tahu la apa aku nak buat! Tekadnya bersama senyuman. Dia memfokuskan ke hadapan apabila Cikgu Namisah sudah berada di depan.

"Baiklah. Saya dah lihat semua latihan awak. Agak memberansangkan. Syabas. Awak dah menunjukkan peningkatan yang baik terutama Helena dan kawan-kawan. Bagus! Dan Puteri Diana Munirah, awak boleh duduk sekarang. Ingat, jangan tinggalkan buku lagi. Bukan subjek saya saja tetapi untuk semua subjek. Saya berkata ni bukan untuk Diana saja tapi untuk semua. Saya dah tegaskan bahawa tiada pilih kasih dalam kelas yang saya ajar. Kalau awak beri respon yang baik, saya akan baik dengan awak. Kalau awak beri respon yang tidak baik, saya juga akan memberi respon yang tidak baik. Fair and square." Nasihat Cikgu Namisah.

Semua pelajar 5 Ar-Raudhah menganggukkan kepala.

"Ingat Diana?"

D mengangguk.

"Baik awak boleh duduk. Sekarang keluarkan kertas kajang dan catat apa yang saya nak perkatakan. Kemudian awak akan buat satu karangan dan hantar pada saya. Siapa tak hantar akan dikenakan tindakan disiplin kerana ingkar arahan guru."

Kini kami semua memberikan sepenuh perhatian pada setiap butir bicara guru tersebut sehinggalah kelasnya tamat.

***

Loceng terakhir untuk sesi persekolahan hari ini telah berbunyi. Maka tamatlah sesi pembelajaran semua pelajar sesi pagi. Semua pelajar mengemas beg untuk pulang.

Aisyah, Iman dan D berkumpul di meja belakang sementara menunggu aku dan Wana mengemas buku. Kata nak balik saing kan?

"Oit! Tak nak balik ke geng belakang?"

Teguran Khairul membuatkan kami berlima mengalihkan pandangan.

"Ni tunggu minah dua ekoq ni. Lambat betoi!" rungut Iman.

Tung! Tung!

Kepala Iman diketuk dengan botol air milikku.

"Adoi! Sakitlah!" aduhnya.

Aku tersenyum sinis. "Rungutlah lagi lain kali. Kau tak ingat time kau lambat, aku sanggup tunggu sampai makanan habis kat dewan makan. Tak ingat?" sindirku.

Iman tersengih malu. Ops! Terbuat kakak ni marah pulak.

"Sorry." Dia tersengih.

Aku mencebik. Fail kulekat di dada. Lihat di sebelah, Wana juga siap kemas beg. Jom balik!

"Jom!"

Kami berlima berjalan menuju ke pintu kelas beramai-ramai bersama kaum Adam yang duduk di aspura. Macam biasalah kan? Khairul and the geng merupakan bodyguard kami. Ha ha ha!

Namun akibat perasaan hasad dengki, badan D ditolak kuat oleh seseorang membuatkan D terlanggar meja pelajar paling hadapan yang dekat dengan pintu. Sikunya terhentak kuat pada meja tersebut.

"Ops! Sorry terlanggar ya, budak kena rotan." ujar Helena sengaja. Suaranya lembut dan semerdu tapi tetap kalah dengan buluh perindu.

Kami ternganga memandang D dan Helena. Kurang ajar betul minah ni!

"D kau tak apa-apa?" cemasku. Pantas tubuh dan tangannya kubelek.

D berdiri tegak. "Tak. Aku okey je." Dia memegang siku yang terasa sakit akibat terlanggar meja.

Pantas kami berpaling ke arah Helena dan kuncu-kuncunya. Perghh! Siap bergelak ketawa tu. Memang biadap!

"Kau ni memang kurang ajar kan? Dasar perempuan sombong, tak tahu minta maaf!" Wana meluru ke arah Helena namun tangannya dipegang Aisyah dan Iman.

"Jangan, Wana. Nanti jadi kes besar." Pujuk Aisyah. Selaku pengawas, dia perlu memastikan tiada pergaduhan berlaku. Kalau terjadi juga, ini akan menjadi kes berat dan mereka akan dihukum di bilik tahanan. Dia tak mahu rakan-rakannya terlibat dalam apa-apa kes pun.

Helena ketawa sinis bersama rakan-rakannya.

"Tengok tu, girls. Macam seladang kelaparan." Sekali lagi mereka ketawa.

"Woi! Mulut kau tu boleh jaga tak? Kau tu seladang memandai nak mengata orang! Jangan sampai aku pecahkan bibir merah kau yang bergincu tu." Ugut Syafiq membuatkan Helena dan yang lain kalih pandang. Dia panas hati.

Kelihatan kaum Adam tersangat marah dengan kelakuan tak sopan Helena. Khairul berpeluk tubuh. Hakim mempamer riak serius. Putera membuat muka jelek.

"Tengok tu, girls! Ada back-up. Tak sangka aku Si Syafiq ni bela perempuan tiga suku macam Wana ni. Kesian. Macam tak ada perempuan lain lagi nak dibuat kekasih." ejek Helena. Memang ini yang dia inginkan. Kemarahan dari mereka yang menjadi musuhnya. Peluang yang ada tidak akan sesekali dilepaskan! Biar mereka rasa! Itu tekad Helena.

"Haah kan? Memang kesian." Kata Fetty pula. Sekali lagi ketawa meledak dari mulut mereka.

Wana berang. 'Perempuan tiga suku?' hatinya membara. Dia ingin mendekati Helena dan menumbuk muka perempuan tu namun tangannya dikunci oleh Aisyah dan Iman.

"Kau!!!" Syafiq ingin menampar mulut Helena dan Fetty namun ditahan oleh Hakim dan Putera. Khairul cuba menenangkan Syafiq.

Helena dan gengnya ketawa lagi. Sungguh menjengkelkan!

"Pakwe dan makwe sama aje. Macam seladang! Sangat sesuai. Dua-dua tak betul! Tiga suku!" ejeknya lagi.

"Mulut kau memang macam puaka kan? Dasar mulut longkang!" kutuk Putera. Aisyah menegur Putera agar menjaga kata-kata. Namun dia tak endahkan. Dia nak join sekali. Mana boleh tak back-up kawan! Lagipun teringin nak berbalas 'pantun' dengan Helena.

Helena panas. Kurang ajar Putera! Pantas dia menuding jari telunjuk dengan kuku yang panjang macam kuku hantu ke arah Putera.

"Kau jangan main api dengan aku, Putera!"

"Memang aku tak main api sekarang ni. Kau ni buta la. Aku tengah bercakap dengan kau sekarang bukan main api. Mata kau letak kat mana? Tak tahu beza orang tengah bercakap dengan main api? Macam manalah kau boleh lulus BM? Pelik aku." selamba Putera berbicara.

Helena menggigit bibir. Kami tersenyum sinis.

"Ingat Putera! Walau apa sekalipun, kau tetap tak setanding aku!" Helena menutup malunya dengan menyindir Putera sekali lagi.

Putera ketawa mengejek. "Memang la aku tak setanding kau. Sebab kau tu beruk dari hutan, aku manusia. Tak sama. Tak setanding. Tak sesuai!"

Kami ketawa sakan. Adeh... lawak! Helena mengepal penumbuk. Rakan-rakannya juga marah. Berani mempermainkan dirinya?

"Aku tau kenapa kau marah, Putera. Kau pun sama macam Syafiq kan? Minat dekat perempuan tiga suku ni!" Helena sengaja menyimbah minyak ke api. Dia tersenyum sinis.

Wana membuntangkan mata. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. "Kau memang nak rasa penyepak aku kan?!"

"Kau memang dah lebih!" Putera mula menyinsing lengan baju. Perbuatannya membuat Hakim menahan diri Putera dari berbuat apa-apa. Mamat ni dah naik hantu nampak gayanya!

Helena buat aksi jelik. Dalam hatinya ketawa tak berhenti. Ini yang dia mahukan!

"Apa sebenarnya masalah kau Helena? Yang kau sakit hati sangat dengan kami kenapa?" Aisyah menyoal secara lembut. Kalau aku, sekeh aje kepala dia tu! Biar wayar betul sikit. Ikut landasan.

Helena tersenyum sinis. "Aku? Sakit hati dengan korang? Huh please!" dia buat muka meluat.

"Dah tu yang hang dok langgar D pasai pa? Hang buta ka? Tak nampak kami nak keluaq? Ka hang rabun? Tapi aku tak rasa hang rabun. Hang sebenarnya buta!" kutuk Iman bertubi-tubi membuah tawa kami semua.

"Hahahahaha!!!"

Sengaja gelak kuat-kuat. Tampak perubahan pada wajah Helena. Temannya yang lain menyabarkan hati ketua mereka. Tahu panas pulak? Ingat tak tahu.

"Shut up!" jeritnya. Kami tersenyum sinis. Aku dan D bosan nak tengok perbalahan ini. Hey dey, bila nak settle daaaaa?

"Korang jangan ingat korang tu dah bagus sangat okey! Aku yang paling bagus. Tak ingat Cikgu Namisah cakap tadi? Aku role model untuk minggu ni. Nak tak nak korang kena dengar dan ikut cakap aku." Arah Helena bangga. Tudung pendeknya ditarik sehingga bahu. Panas ler tu! Kalau orang yang tak pernah amalkan bertudung, memang dia akan berasa tak selesa.

Kami membuat aksi muntah. Para kaum Adam membuat muka meluat. Dengar cakap dia???? Oh noooooo!!!

Aku menjulingkan mata ke atas seraya meletakkan tangan di dada. "Please la!" D ketawa kecil. Kelakar tengok gaya Mai!

Helena mengecilkan mata.

'Ingat aku takut? Tak okey! Lawan matalah kalau berani!' Gerutu hatiku.

"Ikut cakap hang? Mati hidup semula aku tak nak!" kata Iman selamba.

Helena merungkaikan tangan yang memeluk tubuh. Pandangan dicerun pada Iman. Budak kecik ni mesti nak melawan! Tak padan dengan kecik!

"Betul tu. Kalau nak kena ikut cakap kau, kena tunggu aku tak kentut selama 10 hari." Balas Wana pula. Dia tersenyum sinis sambil memeluk tubuh.

"Hahaha!!!" semua ketawa mendengar syarat yang dikenakan Wana.

Helena geram.

"Exactly kami akan buat demonstrasi tak pun mogok untuk tak ikut cakap kau. Titlenya ialah Kami Tak Mahu Role Model Dari Perempuan Gedik." sampuk Putera disokong oleh kami semua.

Aisyah terdiam tidak terkata. Nak menegur, dia orang tak makan saman. Tengok dan dengar aje la. Asal tak bertumbuk sudah.

"Betul! Betul! Betul!" Hakim buat suara Upin dan Ipin.

Helena mengetap bibir. Aku nak kenakan mereka, mereka kenakan aku balik! Kurang ajar. Marahnya Helena dalam hati.

"Korang, dah la. Jom balik. Aku penatlah." Ujar D setelah lama berdiam diri. Penat nak tengok dia orang berdebat. Sikunya pula berdenyut nyilu. Harap tak apa-apa.

"Okey jom balik. Buang masa aje bertekak dengan minah tak sedaq diri ni. Cakap main lepas. Aku pun penat nak menghabiskan air liuq." Ujar Iman selamba. Dia membetulkan tali beg sekolah di bahu.

"Korang dah give up? Hai... cepatnya give up kan? Ini ke namanya lima sekawan jiwa kental? Mudah mengaku kalah? Mana prinsip hidup kau orang ni hah?" Helena masih mahu menyakitkan hati kami. Selagi mana terdaya, selagi itulah dia akan cuba untuk menyakitkan perasaan mereka. Bak kata pepatah alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.

Khairul berdeham. "Helena Maria, nama sedap tapi sayangnya hati busuk. Kerja kau suka menyakitkan hati orang lain dan membangkitkan perasaan marah terhadap diri orang lain. Agaknya kau kat rumah macam ni kut? Entah-entah dengan mak ayah pun kau tinggikan suara, cakap sinis, gelak jahat. Macam tu ek?" Khairul mula bersuara sambil berpeluk tubuh. Mahu menyedarkan seseorang tidak semestinya dengan cara kasar. Kita kena guna cara halus. Tapi bukan main bomoh. Pendekatan psikologi.

"Kau jangan nak kaitkan mak ayah aku dalam hal ni, Khairul! Nahas kau nanti." ugut Helena.

"Oh! Tahu takut pulak? Habis tu kau ugut dia orang ni tak apa pulak? Langgar orang tanpa sebab tak apa? Ucap minta maaf pun susah? Adakah nak ucap word sorry memakan masa selama 20 jam? Tak sampai dua saat la weh. Habis tu kau tak kira betapa penatnya malaikat yang mencatat amalan buruk engkau mengutuk dan menyakiti kaum kau sendiri? Tak fikir?" sampuk Hakim pula. Kalau nak ceramah orang, serah aje pada Ustaz Hakim dan Ustazah Aisyah.

Helena terdiam. Kata-kata Hakim meresap masuk dalam jiwanya apatah lagi perkataan malaikat.

"Dah lah weh. Layan pun tak guna. Tembak tak boleh. Buat sakit hati je. Jom balik. Nanti warden marah pulak balik lambat padahal tak ada kelas tambahan. Jangan dilayan minah tak betul ni. Nanti kita jadi tak betul. Jom blah!" aku menarik tangan D seraya keluar dari kelas 5 Ar-Raudhah. Kami berdua menyusuri tangga untuk keluar dari bangunan tingkatan lima ini. Angin luar menyejukkan sedikit hati yang panas tadi.

"Oh lega!" aku mendepakan tangan. Biar angin masuk dalam hati. Ada ke? Melalut pulak Mai ni kan? Kepala pun dah biol sebab layan minah tak betul tu tadi.

D ketawa melihat gelagatku. Sikunya tidak nyilu seperti tadi.

"Korang tunggu la!" jeritan dari arah belakang menghentikan langkah aku dan D.

Kelihatan Iman, Aisyah, Wana, Khairul, Putera, Hakim dan Syafiq berlari-lari anak ke arah kami.

"Kuatnya angin." Iman berkata sejurus keluar dari bangunan tingkatan 5. Tudungnya ditiup angin. Iman membetulkan kembali. Khairul memandang dalam diam.

"Haah la. Macam nak hujan je gayanya." Ujar Putera pula. Tangannya di tadah atas angin.

"Tapi aku suka sangat kalau hujan. Dapat sejukkan perasaan marah pada minah bengong tu." luah Wana. Dia menghirup udara dengan tenang.

"Bengong pun kau layan juga," perli jejaka bernama Syafiq.

Wana memusingkan kepala. "Kau jangan nak cari pasal dengan aku, apek!"

"Aku tak cari pasal tapi pasal cari aku." Syafiq merenung Wana. Tangan di masuk dalam poket seluar. Tampak macho!

Wana mencemik. Hmmph! Pantas dia memusingkan kepala memandang ke arah lain. Hai hati.. redakanlah jantungku ini. Kenapa bila pandang wajah Syafiq hatiku jadi tak menentu? Tadi pun dia dah rasa lain. Kenapa Syafiq back-up dirinya? Hati kecil Wana bertanya.

"Dah start dah. Telinga aku sakit la dengar orang bergaduh. Nak rest la!" D menjerit. Sikunya tidak berdenyut lagi seperti tadi. Alhamdulillah. Sekejap saja sakitnya.

Kami ketawa.

"Okey jom balik. Kakak kita ni tak sabar nak mandi. Maklumlah bakteria banyak sangat!" usikku.

D membulatkan mata. Pantas pinggangku dicuitnya. Terkekeh-kekeh aku ketawa. Kami berjalan dengan perasaan gembira. Entah kenapa bila dengan kawan, feel seronok datang tanpa diundang. Bila dengan Helena, feel marah datang. Memang menyampah dengan minah tu! Ya Allah, jauhkanlah kami dari godaan syaitan yang mahu memecah belahkan umat Islam.

"Syah!" teriak Syafiq membuatkan langkah Aisyah dan Iman terhenti. Wana, aku dan D sudah jauh ke depan. Aisyah dan Iman segera berpatah balik ke arah jejaka-jejaka hot ini.

"Ada apa?"

"Err.. boleh sampaikan benda tak?" pinta Syafiq malu-malu. Aisyah dan Iman berpandangan.

"Benda apa, bro?" soal Khairul pelik.

"Err..." Syafiq kelu lidah.

"Bro, apehal muka kau merah ni?" tegur Putera di sebelah. Tampak jelas muka Syafiq merah bagai udang di panggang. Cuaca redup je. Rasa angin lagi. Tak panas pun!

"Haah. Kenapa ek?" Iman menyoal.

Syafiq menggaru kepala. "Aku nak kau tolong sampaikan maaf dekat Wana." Sejurus dia berkata sedemikian mukanya bertambah merah apabila diusik oleh sahabat-sahabat.

"Ehem... ehem... hai gatal pulak tekak aku ni sekarang." Hakim mengurut lehernya perlahan.

"Phewitt!" Putera bersiul nakal.

Aisyah dan Iman tersenyum nakal. Khairul ketawa sakan.

"Korang ni dah kenapa? Aku just cakap maaf je kan?" bengang Syafiq.

Hakim ketawa nakal. "Kita orang tak cakap apa-apa pun. Aku cuma cakap gatal tekak. Putera bersiul je. Aisyah, Iman and Khai just laughing. Yang kau nak bengang kenapa?" Hakim selamba. Nak uji mamat ni senang je!

Syafiq terkedu. Alamak! Malunya....! Muka bertambah merah membuatkan semua ketawa. Nah! Betulkan? Dia je yang malu-malu. Dah suka tak nak mengaku. Patutlah tadi kemain back-up Wana.

"Dah lah!" marah Syafiq mahu melindung hatinya yang rawan. Sebenarnya dah kantoi dengan member sendiri!

"Maaf je ke?" usik Aisyah. Iman ketawa kecil.

Syafiq menarik nafas sekejap sebelum membuka zip beg Billa Bongnya dan mengeluarkan sekotak hadiah sederhana kecil siap bersampul. Semua memerhati gerak geri pemuda tersebut. Kotak itu diserahkan pada Aisyah. Semua tercengang.

"Bagi kat dia eh?" pinta Syafiq malu-malu.

"Woooooo!"

Bunyi suara mengusik menderu masuk dalam telinga Syafiq. Masak aku kali ni!

"Sejak bila ni, bro?" tanya Khairul sengih nakal. Jari telunjuk diketuk pada pipi beberapa kali seperti sedang memikir sesuatu.

"Sejak bila apa?" Syafiq pura-pura tak faham. Pantas bahunya ditumbuk Hakim.

"Tak payah nak kona jauh-jauh la, bhai." sindirnya.

"Mana ada aku bawa kereta?" Syafiq sengaja keluar topik.

"Habis hadiah tu apa? Kau jangan nak tukar topik pulak," Khairul berkata.

"Mana ada apa-apa la. Saja je bagi." Dalih Syafiq.

"Yeke?" sakat Putera. Kening di angkat.

"Yelah. Kawan je pun."

"Tapi kenapa Wana aje? Aku ni dah berkawan dengan kau lama since form 1, tak pernah pun kau kasi aku hadiah. Birthday pun tak ingat." Makin galak Hakim mengusik.

Syafiq tertunduk malu.

"Haaaaa! Syafiq dah ada something-something dengan Wana!" semua ketawa melihat gaya malu-malu kucing Syafiq. Hailah... ada sebab rupanya ya?

"Dah lah. Aku nak masuk dulu. Jangan lupa bagi, Syah." Syafiq terus berlalu meninggalkan lima orang rakan yang tak habis-habis menyakatnya. Syafiq berjalan menuju dorm beserta senyuman. Hati terasa lapang tiba-tiba. Bunga-bunga cinta mula berputikkah?

"Aku tak tahulah pulak mamat tu tangkap cintan dengan Wana. Hailah... kalau tak perangai malu-malu kucing dia tadi, sampai ke sudah kita semua tak tahu." Hakim menggeleng kepala bersama senyuman. Syafiq! Syafiq!

"Aku rasa dia dah lama pendam la. Cuma tak tahu nak meluahkan pada siapa. Tup tup hari ni suruh kirim hadiah pada pujaan hati. And kantoi depan kita. Hati dia dah tak boleh pendam lagi kut." ujar Khairul.

Iman bersuara, "Tadi korang perasan tak yang dia back-up Wana gila-gila? Aku terkedu weh!"

Semua mengangguk mengiakan.

"Hmm tu la. Tak sangka betul kan? Okey la korang. Aku balik dulu eh? Nanti dia orang kat dorm tanya pula. Bye, korang! Jumpa kat padang petang ni. Assalamualaikum." Pamit Aisyah lalu melangkah pergi meninggalkan kaum lelaki bersama Iman.

"Waalaikumusalam." jawab tiga jejaka. Dan mereka berjalan memasuki asrama putera setelah dua orang gadis itu hilang bayangnya di aspuri.

avataravatar
Next chapter