1 Hatiku Lemah

kadang-kadang tanpa kita sangka kita menyukai seseorang yang sepatutnya menjadi kawan tapi lama-lama menjadi kekasih secara diam-diam, astaghfirullah.

maafkanlah hati yg lemah ini kerana mudah jatuh cinta,

maafkanlah mata ini yg menjadi permulaan segala dosa,

maafkanlah wahai nafsu ini yg terpedaya dengan indahnya dunia dan isinya,

teringat pesan ayah yg menghantarku ke pengajian,

"ingat wahai bidadari kecilku, jaga hatimu untuk Dia, kekasih abadimu, cinta teragungmu, sang pencipta dan pemilik hati mu, kerana dengan cinta Nya, aku percaya kau akan sentiasa dalam lindunganNya,"

Ayah, terima kasih atas pesanan yang kau berikan padaku, akan ku jadikan ia motto hidupku agar dapat ku jaga hati ini, hanya untuk Allah dan Rasulku.

avataravatar