1 Kahwin pada usia muda

Pagi yang sangat bersinar dengan kilauan membuatku terbangun dari tidurku yang lena. Hari ini adalah hari percutian umum maknanya tidak ada sekolah yay! Aku bersorak dengan kegembiraan kerana aku terlepas dari semua leteran yang bakal di keluarkan oleh mulut-mulut guru-guru di sekolah nanti.

Aku rasa seperti bersemangat untuk bangun, tidak tahu kenapa. Justeru aku melangkah ke arah bilik air untuk mandi dan bersiap untuk menjamah 

sarapan di bawah. Aku pasti pada waktu ini Umi sudah menyediakan sarapan. Dapat bayang nasi goreng yang sangat sedap digoreng oleh Umi. Harap-harap Umi masaklah nasi goreng kegemaranku.

Setelah usai mandi dan bersiap, aku melangkah ke bawah untuk ke dapur. 

Sedapnya bau nasi goreng Umi. Aku terus mempercepatkan langkah aku ke dapur untuk menikmati nasi goreng Umi.  

"Umm sedapnya Umi nasi goreng ni. Bau je dah sedap." Aku membuka bicara. 

"Ish anak Umi ni, dah pergi makan ni Umi dah sajikan." 

Aku menyedokkan nasi di pingganku dan terus menyuap secodok nasi di mulutku. Kata-kata tidak dapat terungkap betapa sedapnya nasi goreng ini. Nak juga belajar bagaimana nak masak nanti bila dah kahwin senang lah. Eh kenapa aku berbual pasal bab kahwin? Haha entahlah whatever.

Setelah usai makan, Umi bertanya jika aku mahu memakan lagi nasi gorengnya. Aku hanya mampu menganggukan kepalaku tetapi setelah Umi menyedok satu cedok, aku hanya membuat isyarat menyuruh untuk berhenti kerana terasa sudah kenyang nanti tidak pasal-pasal gemuk pulak hihi. Tapi Umi punya nasi goreng punya pasal aku tidak kisah sangat.

Aku mempunyai dua beradik termasuk aku. Aku adalah kakak yang sulung kepada adik lelakiku yang umurnya 13 tahun. Danish haikal namanya. Kami semua ada dua nama. Aku bernama Maaridah Irdina, dan adikku Danish Haikal. Aku nampak yang Ayahku sudah turun untuk memakan sarapan.

"Bang, sini makan sarapan. Danish juga sini." Umi mempelawa Ayah & Danish.

Wajah Ayah seperti mahu memberitahuku sesuatu tetapi seperti berat hendak bicaranya. 

"Ayah kenapa? Macam nak bagitahu Kakak sesuatu je?" Aku membuka bicara.

"Hmm tak ada apa. Nanti lepas Ayah dah makan baru Ayah bagitahu."

Seperti yang dijanjikan, Ayah pon menunaikan hasratnya untuk memberitahu aku sesuatu.

"Kakak, Ayah ada something very important to let you acknowledge of. Memandangkan usia kakak dah quite mature, me and your Umi dah bercadang untuk..." Percakapan Ayah tersekat. 

"Bercadang untuk apa Ayah? Please jangan buat kakak suspense." Aku dengan kegelabaanku. 

"Bercadang untuk menikahkan kamu dengan kawan Ayah. Bolehkan kakak? Tapi Ayah akan bagi kakak masa tempoh satu bulan untuk kakak membuat keputusan. Harap kakak akan setuju ye." 

Melihat wajah ayah dan umi yang sangat mengharapkan, aku hanya mampu mengangguk tanda setuju yang aku akan memberi keputusan selepas tamat tempoh satu bulan. Agak-agaknya ini adalah masa yang sangat sesuai untuk aku membalas jasa kedua-dua ibu bapaku setelah membesarkanku dengan penuh kasih sayang dan memenuhi segala permintaanku. Ini adalah satu-satu permintaan mereka, aku tidak boleh menunaikannya? Tetapi ini melibatkan masa depanku? Boleh kah aku berbahagia dengan bakal suamiku yang tidak ku kenali? But theres always this saying, "Mom and dad knows best."

Semasa di sekolah, 

Aku hanya berjalan dengan lemah memikirkan tentang permintaan ayah dan umi itu. Tetapi tadi umi ada pesan kalau di sekolah jangan ingatkan sangat tentang perkara itu, kalau di luar sekolah baru boleh lah fikir puas-puas. Macam mana senang-senang nak lupakan je kalau di sekolah dan ingat balik kalau di luar sekolah? Hais ingat senang ke macam hafal ABC?

Aku hanya mampu duduk di bangku sambil menunggu kawanku yang bernama Nurul.

Aku hanya membaca novel sambil menunggunya. Aku ternampak kelibat seorang lelaki dan kumpulannya sedang menghampiri aku. Terasa sedikit gementar takut kerana mereka akan berbuat apa-apa denganku. 

Betul, satu-satu dari mereka adalah lelaki yang sangat aku membenci ia itu Mikael Iman. Dia adalah satu-satunya musuh aku yang sangat aku benci. Mereka menghampiriku dengan menyepak buku ku mengakibatnya jatuh ke bawah.

"Eee kau tengok si ulat buku ni, dah lag pakai cermin mata, cacat hodoh pulak tu." Dia mengherdikku. 

Aku tidak berkuasa untuk mempertahankan diriku lagi setelah aku tergelam dengan kata-katanya yang sangat menghina itu. Rasa sakit di hati itu sangatlah sakit tidak dapat terungkap melalui kata-kata.

avataravatar