3 K.C 3

Stella masih lagi dalam keadaan mamai.

"Aku kat mana ni?" Stella tengok keadaan sekeliling.

"Kau tercegat kat situ buat apa? Ambilkan aku air." Arah Tuju pada Stella.

"Saya?" Stella tunjukkan dirinya.

"Siapa lagi yang ada kat sini."

"Ba... Baik! Aku rasa aku tengah mimpi kut. Layan jelah." Stella ambil beberapa botol minuman dan dihulurkan pada Tuju.

"Nah." Tuju mengambil.

Tekak Stella turut haus. Tanpa kata Stella membuka lagi satu botol minuman dan diteguknya.

Semasa Tuju sedang menutup semula botol tersebut. Ada seekor lipas sedang berjalan di kakinya.

"Lipas!" Jerit Tuju dan terus bangun.

Jeritan Tuju membuatkan Stella terkejut sehinggakan air minumannya tersembur pada muka Tuju.

Tuju terdiam seketika.

Stella berlari mengejar lipas tersebut. Dia pantang bila terjumpa lipas. Terlalu menyakitkan hati, nak-nak bila lipas tu mula terbang. Lalu botol yang ada padanya di baling tepat pada lipas tadi.

"Mati kau!" Kata Stella.

"Kau yang mati kejap lagi ni." Tuju berjalan perlahan menuju ke Stella.

Stella hanya terkedu melihat muka Tuju yang kebasahan. Perlahan Tuju mengusap mukanya dan direnjiskan pada Stella.

Stella hanya sengih.

"Aku rasa macam nak cekik-cekik je kau ni." Marah Tuju.

"Tak takut pun. Ni semua mimpi aku je ni." Kata Stella dengan riak.

"Mimpi? Apa yang berlaku sekarang ni kau ingat mimpi?" Tuju mula ketawa.

"Yelah." Hati Stella tiba-tiba sakit pula digelakkan oleh Tuju.

"Oh kau nak bukti? Amik kau!"

Dush!

Stella terus menumbuk muka Tuju membuatkan dia terjatuh ke tanah.

"Eh? Kenapa ni Tuju? Stella?" Nas datang bersama ahli kumpulan yang lain.

"Abang Nas?" Stella terkejut.

"Stella tumbuk dia ke?" Abang Nas bertanya.

"Macam mana abang Nas ada kat sini?"

"Aik lupa ke? Kan abang jumpa Stella kat luar tadi lepas tu bawa masuk sini. Tak ingat?" Jelas abang Nas.

Stella terdiam sekejap.

"Alamak!" Stella baru teringat. Dia jadi sebersalah pada Tuju.

"Jadi bukan mimpilah ni." Stella menepuk-nepuk pipinya.

"Mimpi apanya?" Nas dan Kdeaf sama-sama membantu Tuju untuk berdiri.

"Sorry." Ucap Stella perlahan.

Tuju dekatkan diri pada Stella.

"Sekarang kau utang aku satu tumbukan." Tuju terus pergi.

Noki dan Gnello hanya tergelak melihat Tuju ditumbuk oleh gadis.

"Korang gelakkan siapa?" Tegur Tuju. Mereka terus terdiam.

Fareedpf dan Somean datang menghampiri Stella.

"Sabar k. Kejap lagi dia ok la tu." Kata Fareedpf. Somean hanya mengangguk.

Tunduk.

"Abang. Stella tak sengaja. Nak buat macam mana ni?" Stella mula tak tentu arah.

"Entahlah. Kalau Tuju maafkan ok lah. Kalau..." Tak sempat Nas habiskan kata Stella memotong terlebih dahulu.

"Kalau tak?"

"Stella hutang dia satu tumbukan kan?" Abang Nas menepuk-nepuk bahu Stella.

"Matilah aku." Stella terduduk.

Langkah Nas, Stella tahan.

"Abang. Tanda tangan tu?" Stella bertanya.

"Stella lupakan jelah tanda tangan tu." Kata Nas.

"Kenapa? Diorang dah balik ke?" Baju milik Sabrina Stella keluarkan.

"Balik? Kau ni memang duduk dalam gua agaknya. Yang Stella tumbuk tulah ahli kumpulan K-Clique. Tak tahu ke?"

Stella menggeleng kepalanya.

"Hah sekarang dah tahukan? Good luck lah ye." Kata Nas dan terus pergi.

Lagi sekali Stella menghalang Nas.

"Abang please." Stella merayu.

"Tandatangan tu bukan untuk Stella kan?" Nas mencekak pinggangnya.

"Bukan. Kawan Stella yang punya. Dia sakit perut tadi. Jagi dia minta tolong Stella. Abang tolonglah."

Nas mengeluh.

"Yelah yelah." Baju pada Stella, Nas ambil.

Nas terus pergi ke arah mereka berkumpul. Sehelai baju dihulurkan pada Kdeaf.

"Baju apa ni?" Kdeaf bertanya.

"Ada perempuan tadi merayu-rayu nak tanda tangan korang. Aku rasa kesian aku ambil lah." Terang Nas pada mereka semua.

"Perempuan?" Tak sempat Kdeaf mengambil baju itu, Tuju merampas baju tersebut dari tangan Nas.

"Eh Tuju! Alamak dia ni." Nas mengusap kepalanya.

Tuju terus pergi ke arah Stella. Baju tadi dia campak tepat pada mukanya.

"Kau ambil balik baju ni dan jangan datang kecuali kalau kau nak claim tumbukan aku. Faham?!"

Stella tersentak. Sebersalah masih lagi berlenggu diri sendiri.

M.K lalu hadapan Stella yang sedang memegang sehelai baju. Tangan M.K di lambai-lambaikan pada muka Stella. Tapi tiada tindak balas.

Lalu marker pen di keluarkan oleh M.K dan meninggalkan tanda tangannya pada baju tersebut.

avataravatar
Next chapter