webnovel

TERATAI KONDOMINIUM

nathalia pergi ke bilik mandi dan mandi. setelah mandi , baru nathalia rasa lapar dan pergi ke dapur. setibanya di dapur dia membuka peti sejuk dan mendapati peti sejuknya kosong. kini baru dia teringat dia belum membeli barang dapur untuk bulan ini. mau tak mau terpaksa nathalia pergi ke kedai makan. nathalia tukar pakaiannya kepada t-shirt putih dan berseluar pendek. nathalia mengambil beg tangan dan juga jaket denimnya lalu keluar.

setelah sampai di parking kereta , nathalia pergi ke keretanya dan memeriksa dahulu keretanya. dia sudah terbiasa melakukan hal itu kerana ayahnya sering berpesan agar sentiasa memeriksa kereta sebelum jalan. sambil memeriksa kereta , nathalia berfikir dia hendak makan di mana.

" hm kfc atau mcd ? mcd je la dekat sikit " bisik hati nathalia

dalam perjalanan nathalia , dia memasang lagu kegemarannya iaitu siapa dia yang dinyanyikan oleh agatha suci. kira - kira 30 minit , nathalia sampai ke mcd. sebelum keluar , nathalia sempat memakai lipstick dan bedak yang dibeli di sephora dan memakai jaket denimnya.

setelah masuk ke mcd , nathalia terus pergi ke kaunter untuk memesan makanan dan setelah beberapa minit menunggu , makanan dan minumannya telah siap. tanpa membuang masa , nathalia mencari meja dan memilih meja yang berhampiran dengan tingkap. kerana bagi nathalia , makan di tepi tingkap dapat meningkat kesedapan makanannya.

kebetulannya mikhael juga berada di situ. dia dan zamir telah berjanji untuk makan bersama. mikhael menyedari nathalia berada di situ dan bagi menghalang nathalia perasan akan kehadirannya dia meminjam topi zamir.

" eh kau dah kenapa tiba - tiba ambil topi aku " tanya zamir

" weh ingat lagi tak perempuan yang aku cerita pagi tadi ? dia ada kat sini "

" omg ! ye ke ? mana dia tunjuk lah aku " ucap zamir sambil memandang di sekelilingnya

" tu ha perempuan yang berambut ikal mayang "

" ish mana ? aku tak nampak lah "

" itula tanda umur pendek ! perempuan yang pakai baju t - shirt putih tu ha "

" amboi kau , kot ye pun marah takpayah lah nak sumpah aku huh " dengus zamir sambil menoleh kebelakang lagi ingin mencari kedudukan nathalia. saat matanya sudah menangkap kelibat nathalia dia terus berkata " perghhh lawa gila perempuan tu ! body mantap , muka pun meletop pergh cair sial !"

Next chapter