webnovel

HOTEL DIAMOND DELUXE

" Hey ! Lepaskan aku ! Lepaskan aku lah bodoh !" jerit nathalia seraya meronta - ronta ingin dilepaskan.

Namun , rontaan dan teriaknya tidak dihiraukan malah tubuh genitnya diheret kasar. Berkali - kali nathalia merayu dilepaskan tetapi tidak berjaya.

Mata nathalia memerhatikan sekeliling. Cuba mencari sekuriti atau sesiapa sahaja. Ingin meminta pertolongan daripada mereka.

Aku di mana ? Siapa lelaki asing ni ? Kenapa dia tarik aku ? Dia kenal aku ke ? Minda nathalia ligat berfikir segala kemungkinan dan tiba - tiba dia mula mengingati sesuatu.

Dan ketika nathalia sudah mengingatinya lelaki asing itu berkata " remember something darling ? Oh ya jangan buat perkara bodoh macam menjerit okey sayang ? Kalau kau degil peluru pistol ni pun degil nak keluar " sambil mengacukan pistol ke arah nathalia.

Nathalia mula cuak. Dengan tergagap - gagap dia berkata " ba..ba..ba..baiklah ".

" good girl " ucap lelaki asing itu seraya mengusap kepala nathalia dan berkata lagi " kau ada badan yang cantik dan disebabkan itu , aku nak jual kau dekat dato " lelaki itu melepaskan ketawa jahat.

Nathalia semakin bimbang dan ketika matanya melihat ke depan , sinar harapan mula mengembang.

" bos , ada roadblock dekat depan " kata driver itu kepada lelaki asing itu.

" fuck ! Time macam ni lah nak ada roadblock " lalu menarik nathalia lebih dekat dengannya dan mengacukan pistol ke arah perutnya lalu menutup dengan jacket.

" kalau polis tu tanya kau siapa , kau jawap kau girlfriend aku kalau tak kau sendiri tahu apa yang terjadi ".

Sinar harapan yang sebentar tadi mengembang kini mula ditelan dengan kelicikan lelaki itu . Dan ketika mereka melalui roadblock itu , polis itu meminta kad pengenalan mereka dan check kad pengenalan mereka lalu menyerahkan semula dan membenarkan mereka jalan.

" padan muka kau lelaki tak guna ! Polis tu dah dapat maklumat pasal kau . Lepas ni bila kawan aku buat laporan pasal kehilangan aku , kau akan meringkuk di penjara " kata nathalia yang berbaur ejekan.

" relax sayang , kau ingat aku ni bodoh sangat ke ? Kad pengenalan aku tu palsu dan sudah semestinya plat nombor kereta ni pun palsu . Polis tu yang bodoh sangat sampai dia tak perasan ".

" dasar lelaki licik ! " jerit nathalia.

" kau cakap je apa yang kau nak cakap sebab sekarang kita dah sampai di Diamond Deluxe Hotel . Ingat pesan aku tadi , jangan buat perkara bodoh ".

Nathalia hanya mengangguk

Kemudian mereka berdua pun pergi ke kaunter pembayaran untuk check - in dan sesudah itu mereka menaiki lift . "Ting" bunyi lift itu menandakan mereka sudah sampai ke tingkat 10. Ketika pintu lift itu sudah setengah terbuka nathalia melihat lelaki itu sedang membalas sms di telefon dan sesudah pintu lift itu terbuka sepenuhnya , nathalia mengunakan situasi itu sebagai peluang untuk melarikan diri. Nathalia yang tidak tahu selok - belok hotel itu hanya berlari dengan laju dan mencari tangga

Next chapter