webnovel

BANANOS ROCK CAFE

Lelaki itu menuju ke Bananos Rock Cafe. Dia ingin berjumpa dengan rakannya. Setibanya dia di sana , rakannya sudah menunggunya.

" apa pasal kau lambat ni mikhael ? " tanya rakannya yang bernama zamir.

" sorry lah aku hantar someone tadi " ucap mikhael seraya melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan zamir.

" so apa yang kau nak cerita dekat aku ? Oh ya kenapa kau tak masuk kerja semalam ? Nasib kau bos kalau tak dah lama kau kena pecat "

" i do something bad. " mikhael kelihatan sedih memikirkannya

" bad ? Well tengku mikkhael iskandar anak kepada dato ahmad baharin tak pernah buat yang baik. Jadi apa yang kau sedih sangat ni ? Hantu mana sampuk kau ? " gurau zamir yang geli hati melihat tingkah laku sahabatnya itu .

" serius mir ? Masa macam ni pun kau sempat buat lawak ? Aku dah rosakkan anak dara orang and you know what ? Aku tipu dia aku pakai kondom padahal tak ! " bentak mikhael

Zamir yang tadinya relax kini terkejut sehingga menjerit lalu menyebabkan orang ramai di sekitar Bananos Rock Cafe memandang ke arah mereka. Melihat kelakuan zamir itu , mikhael malu dan berkata " ish kau ni over betul lah. Kot ye pun terkejut jangan lah sampai menjerit. Tengok sekarang tak pasal - pasal orang tengok kita. Entah - entah dia ingat kita gay huh ni semua kau punya pasal "

" aku pula salah. Eh balik kepada cerita tadi , serius ke kau rosakkan anak dara orang ? Tapi kenapa mikhael ? Mikhael yang aku kenal takkan pernah rosakkan anak dara orang walaupun mikhael selalu pergi kelab. " zamir kecewa dengan mikhael

" aku...akuuu...akuu tak tahu mir. Aku tak boleh control nafsu aku. Aku tak tahu kenapa aku buat macam tu dekat dia. "

" kalau dia pregnant macam mana ? Kau nak lepas tangan macam tu je ke ? If yes your not my friend anymore "

" no ! Aku takkan lepas tangan. Lagipun aku pasti dia pernah nampak aku di tv dan akan cari aku di syarikat "

" tapi bro kau kena pikir , kalau dia kenal kau mesti dia akan cakap something yang melibatkan identiti kau ini dia langsung takcakap dan ini membuktikan perempuan ni agak ketinggalan dari segi pengetahuan am "

" iya tak iya juga kan ! Habis tu macam ni beb ? " ujar mikhael yang kebimbangan

" relax la jangan nak gelabah sangat ! Nanti otak tak berkerja faham ? " marah zamir melihat kebimbangan mikhael

" yela " mikhael malas berkelahi segera mengalah

" okey. Pada pendapat aku dah tak ada cara lain kau kena suruh daddy kau hantar rombongan meminang dia "

" whatttt ? Aku memang taknak lepas tangan tapi euw kahwin muda ? "

Zamir bengang dengan tingkah laku kawannya itu terus berkata " kahwin muda kepala bana awal la tengku mikhael ! Can you accept the fact that you already 26 years old ? "

" hm kahwin muda lah dah aku plan nak kahwin umur 30 "

" ikut kau lah aku nak blah. Tolong bayarkan air ni " tanpa tunggu balasan daripada mikhael , zamir terus jalan

" tak guna kau zamir nasib kawan haih " rungut hati

.......

Sebaik saja nathalia sampai di rumah , dia terus pergi ke bilik dan menangis melepaskan segala yang dipendam sejak dia diculik lelaki asing. Nasihat kawannya masih terngiang - ngiang di kepalanya. Dia sungguh menyesal kerana tidak mendengar nasihat kawannya itu namun nasi telah menjadi bubur , dia tidak boleh buat apa - apa selain meneruskan hidup.

Sepanjang hari nathalia hanya termenung di beranda rumahnya sambil melihat pemandangan yang indah namun kosong di mata nathalia. Sedar tak sedar , masa telah melabuhkan tirai malam.

Next chapter