2 Bab 2

Bum! Beg dan buku dihempas keatas meja.

Semua pelajar terkejut sampai bahu mereka terangkat.

"Saya akan buat kuiz harini, siapa tak dapat jawab.. KETUK KETAMPI 200 KALI FAHAM ?!!! KALAU TAK SERENTAK, ULANG BALIK SEMULA !!" Kata Cikgu Mirah, dia merupakan guru add math kelas 5 Akira. Cantik, perwatakannya garang menyebabkan semua murid takut dengannya tetapi dia sangat baik dan lemah lembut.

Mood Cikgu Mirah ni swing gila.

"Baik cikgu..." Semua murid tidak berani mengangkat muka.

"Saya akan panggil nama secara random.. sorang salah, ketuk ketampi 200 kali faham ya.." Cikgu Mirah senyum sinis.

Cikgu Mirah mengeluarkan marker pen lalu ditulis pada whiteboard, semua murid sudah takut sebab tu soalan susah.

"Harap nama kau keluar" Kata Kimi lalu memandang Keyla.

"Are you sure? Tengok-tengok, kau kena hmph" Jawab Keyla sinis.

"Keyla, saya takut ni macam mana...." Azry sudah menekup mukanya.

"Okay, siap! So.... Ini saya ambil berdasarkan peperiksaan di Universiti punya.... Saya pernah ajar awak semua kan... jadi mestilah senang" Cikgu Mirah mengambil buku yang tertulis nama murid kelas 5 Akira.

"Nama yang bertuah.... hm, siapa Keyla Alexandra? Oh sedapnya nama..." Ucap Cikgu Mirah.

"Keyla, awak boleh ke? Susah soalan tu.." Bisik Azry.

"Pft.. Kan dah kata..." Kimi menahan gelak.

Keyla mengangkat tangannya.

"Hm datang sini, and jawab" Cikgu Mirah menghulurkan marker.

"Boleh ke weh dia jawab? Dia murid baru kut" Kata seorang pelajar lelaki.

"Ha? Dia murid baru ke?? Betul ke Keyla?" Tanya Cikgu Mirah.

Keyla mengangguk.

"Tak boleh jawab jangan jawab...." Kata Kimi.

Selepas Kimi berkata begitu, lantas Keyla menulis jawapan dengan laju

Berpusing kepala otak murid sekali Cikgu Mirah pun nak terbalik

"Ok dah cikgu.." Kata Keyla sambil tersenyum

"Oo-oh ok boleh duduk sekarang..." Cikgu Mirah mula melihat jawapan yang ditulis oleh Keyla.

"Wah betul jawapan Keyla, siap dalam masa tak sampai sepuluh saat awak tulis, tahniah! Ingat Kimi, jangan pandang rendah terhadap orang lain.." Pesan Cikgu Mirah.

Kimi tidak percaya dengan kehebatan yang Keyla ada. Dia berasa sangat cemburu sedangkan tu soalan dari universiti, dapat dijawab dengan mudah like soalan tadika je.

"So, Keyla.. awak boleh buat kerja awak sendiri... nak buat apa pun buatlah.." Kata Cikgu Mirah sambil tersenyum melihat Keyla.

Keyla menghadiahkan wajah riak dihadapan Kimi. Tercyduk Kimi dibuatnya

"Haha, ada-ada je korang.. Ok class kita sambung kuiz!"

Keyla tidak tahu nak buat apa, dia mahu melelapkan mata sementara tetapi akhirnya dah tidur sampai habis masa.

Kringgg ! (loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula)

Keyla dan Azry berjalan bersama... (otw ke kantin)

"Erm, Keyla.. saya nak cakap sikit ni" Bisik Azry.

"Hm kenapa?"

"Se-sebenarnya, saya dah janji nak rehat dengan girlfriend saya.. boleh tak kalau saya pergi ?" Tanya Azry bersama sengihan.

"Ooh- ok lah kalau macam tu, pergilah"

"Awak taknak makan ke?" Soal Azry

"Taknak,.." Jawab Keyla.

"Confirm eh taknak apa-apa?" Soal Azry sekali lagi.

"Yer... Dah pergilah kesian girlfriend awak tunggu" Kata Keyla.

"Hehe ok, ha lagi satu.. kalau awak boring kat sekolah ni ada taman tau serious cantik.. er- ramai kata diorang couple sebab pandang pertama kat taman tu, maybe kalau awak single pergilah dekat situ... saya couple pun sebab jumpa girlfriend saya kat situ.. just jalan terus, belok kiri.. depan lagi masuk kanan, pasal couple tu betul tau, ramai yang dah kena.. kalau awak jumpa sesiapa je kat situ.. ha tu lah dia" Terang Azry panjang lebar.

Para pelajar di PERCH HIGHSCHOOL menggelarkan taman itu 'Garden Mate'

"Oh thans Az!" Ucap Keyla sambil melambai tangan kearah Azry.

"You're welcome friend!" Jerit Azry dari jauh.

Keyla mengambil keputusan untuk pergi ke Garden Mate. Bukan pasal nak tengok future boyfriend tetapi dia memang suka akan taman yang dipenuhi akan flora dan fauna.

Sesampai di Garden Mate, mata Keyla seperti terpukau dengan keindahan taman itu. Cantik nyaa!! Siap ada air pancut, kerusi kayu, penuh bunga yang dihiasi di sekeliling Garden Mate itu.

"Hai babyy" Keyla menggosok badan seekor arnab yang berlari-lari di kakinya.

15 minit berlalu, Keyla masih lagi berada di Garden Mate.

Ada suara menyapa, "Buat apa kat sini? Cari jodoh?"

Keyla berpaling, dia terkejut.

"Aku? Cari jodoh? for what??" Soal Keyla kepada Kimi.

"Yelah... sini memang tempat bertuah cari pasangan, dah kalau kau jumpa aku.. aku lah boyfriend kau" Kata Kimi.

Mereka berdua mengerutkan dahi.

"Eh? Apa aku cakap ni? Jap, takkan dia future girlfriend aku kutt" Kata Kimi didalam hati

"*baru ingat apa Azry cakap*"- Keyla

"Wuh damn!" Kata mereka serentak.

"Jap, tak payah copy ayat aku lah" Serentak lagi.

"Eh kau kenapa ek?" Again.

"Eee takkan kau kut! Eee taknakkkk" Omel Kimi.

"Ingat aku nak sangat kat kau ke haa!?" Keyla menjeling.

"Eleh kau senyaplah"

Mereka berdua meninggalkan Garden Mate dengan perasaan geram dan terkejut

Kringg (masuk kelas)

"Wuhhoo waktu PJ !" Kata Azry.

"Kau bawak tak baju sukan ni?" Tanya Kimi.

Keyla menggeleng.

"Apesal tak bawak-" Kimi tidak dapat menyambung ayatnya kerana dicelah Azry

"Dia kan baru lagi mana dia tahu kut kau ni kan" Kata Azry.

"Ooh haahlah lupa, hm amik lah kau baju sukan aku ni ada bawak spare sebab memang dah tahu ada trash yang tak bawak" Kimi memberikan sehelai baju sukannya kepada Keyla.

"Ush sweet lah, Keyla.. tadi kat taman jumpa siapa je?" Tanya Azry

Kimi dan Keyla berpandangan antara satu sama lain.

Mereka menunjuk menggunakan jari telunjuk

Azry membulatkan mata.

"Wahh I ship it" Kata Azry teruja.

"Senyap kau.." Tegur Kimi.

5 Akira berkumpul di padang sekolah yang agak besar, cantik dan redup sedikit.

Rumput tidak terlalu panjang seperti baru dipotong beberapa minit lepas.

"Ok semua! Memandangkan harini semua kehadiran penuh, saya nak membuat pertandingan acara lumba lari, saya akan agihkan peserta dan pihak lawan!" Kata Cikgu Faizul.

"Baik cikgu!"

"*bla bla bla bla bla* last sekali Keyla dengan Kimi boleh?!" Tanya Cikgu Faizul.

Kimi dan Keyla mengangguk.

"Skirt sukan tu jaga elok-elok.. takut nanti masa berlari terangkat or maybe tak kut.. kau lari lembap.." Kata Kimi sinis..

Lantas Keyla memegang skirt sukan sekolahnya, kesian beno murid perempuan, sukan pun kena skirt yang dikhaskan untuk bersukan.

"Goodluck Keyla!!" Jerit murid lelaki kelas 5 Akira, ada ramai lagi jerit yang daripada kelas lain.

Orang famous, nama mesti tersebar satu sekolah.

"Kimi !! You can do it babyyy!!!" Murid perempuan memberikan sokongan kepada Kimi.

Prittt! *wisel ditiupkan oleh Cikgu Faizul*

avataravatar
Next chapter