1 BAJU NIKAH

Apa ler bangangnya mamat tu ,dah sah-sah dia memang menyampah kat aku..Boleh plak dia terima cadangan mengarut dari mak dia. Eeeiii tak faham betul aku. Mak dia pun satu, dah macam tak de perempuan lain. Sket la punya ramai perempuan kat dunia ni, aku ni juga yang dipinangnya..Hurmm tapi tak leh buat apalah kan, mak dia kan rabun.. Isyyy, apa kena mengena rabun dengan pilihan mak dia

"adoooii"

"ha..Berangan apa la juga sampai muka cam cacing nak bertelo ni".

" mak ni main kasar la". Sengal kepala aku, ada ke patut mak ketuk kepala aku dgn senduk. watnya bengkak tak ilang.. x de sapa la nk bermenantu perempuan benjol cam aku...

" adooooiiii" Aku gosok kepala penangan senduk mak kali kedua.

" Mak ni suruh potong cili nak ooii. bukannya nak mkn nasi berlaukkan jari. sudah-sudah ler ngelamun tu.

#####################################

Butik Baju Pengantin

" Kau pilih jer yang mana kau nak, jangan nak mengada-gada tanya aku" Kata Nick terus berlalu ke ruang menunggu yang membuatkan Ira terkulat-kulat..

" Eeeiii...kalau tak nak tolong pilih, tak yah ler gatai-gatai nak pi dengan aku...ni tak... Kau pilih jer yang mana kau nak, jangan nak mengada-gada tanya aku (sambil meniru suara nick)...Ada gak malaun spesis ni..' omel Ira perlahan.

" Tak payah nak ngomel sangat la, lagi cepat kau pilih lagi cepat kita keluar dar sini" ucap Nick sambil merenung Ira dengan tajam. Berani kau ejek aku ya...

Dari satu baju ke satu dicuba sampailah ke satu baju yang berjaya menarik minat Ira. Selepas selesai pembayaran dibuat, tanpa suara, nick terus menghantar Ira ke rumah.

##############################

Malam Nikah,

Baju didalam kotak dikeluarkan dan terkejut besar Ira bila tengok baju didalam kotak tersebut bukan baju yg dipilihnya. Mesti dah tertukar.. Cantik gak baju ni...tapi polis tak tangkap ke aku nanti?? Kot-kot la diaorang report aku curi baju ni tak ke haru..mau mereput aku kat dalam jel.

" Adoooiiii..mak... sakittt.." Ira mengosok-gosok kepalanya yang sakit diketuk maknya dengan dairy..ni kalau tak mendera anak dia sehari bukan mak aku la tu..kadang-kadang ada gak aku terfikir..ni betul-betul mak aku ke??? Ntah-ntah bukan, kan?

" Mak, nanti Ira kensel nikah kang baru mak tau" Ira tunjukkan jari telunjuk ke dadanya dengan nada ugutan dan muka konon-konon serius..

" Lagi tadi mak cakap pakai baju tu..pakai baju tu tapi kau asyik mimpi sampai petala langit ketujuh tu dah kenapa..nak mengugut ya...meh ni mak ketuk kepala tu lagi sekali biar okay sket otak kau tu"

" mak!!!!!" Ira mengelak bila maknya mula mengangkat diary ditangannya bersedia untuk mengetuk Ira. Sedang dua beranak ni buat aksi kejar mengejar tiba-tiba.....

"Masya allah korang berdua ni...apa nak jadi???..sama aje mak dengan anak!!!" Masing-masing berhenti dan berpaling ke arah suara nyaring tersebut...

" Abang???

" Abah???? Eh..cop-cop....Memanglah sama abah...Ira kan anak mak' Jawab Ira spontan

" Eeeeee...ada jer jawapan dia..dah sudah!! pengantin lelaki dah nak sampai. Kau bajupun tak tukar lagi...pegi tukar baju, cepat.." Marah Abah sambil bercekak pinggang..

" Ye lah..ye lah..Ira tukar baju la ni" Ira dengan lagak malas mengeluarkan baju dari dalam kotak...Ayah Ira hanya mengeleng-geleng kepala dengan kerenah anak dan isterinya.

Mesej dari Penulis..

===============

Maaf ya kebanyakkan ejaan dlm short form...nanti sy free sy edit ya...

avataravatar
Next chapter