20 Siapa Lebih Bergaya? (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Mu Shen, mak cik kamu adalah isteri kesayangan Maharaja, jadi kenapa? Datuk saya Jeneral negara! Kamu pasti kamu layak untuk bertanding dengan saya tentang siapa lebih bergaya?"

Memandang ke arah wajah marah Mu Shen yang menuju ke arahnya,Yun Luofeng berkerut, bibirnya mengukir senyuman menawan dan angkuh. "Memandangkan kamu hendak membandingkan siapa lebih bergaya, jadi biar saya tunjukkan erti bergaya yang sebenar!"

Yun Luofeng mengangkat tangannya, menepuk tangan tiga kali. Dengan pantas, sebilangan orang berpakaian uniform pengawal Keluarga Yun langsung timbul dari jalanan yang pada asalnya sibuk.

"Belasah dia!"

Setelah berkata demikian, Yun Luofeng mengangkat keningnya lalu berdiri di tepi. Dia ketawa dengan jahat ketika menjeling Mu Shen yang angkuh itu.

"Yun Luofeng, kamu ni tak tahu malu!" Mu Shen menjadi semakin marah lalu menjerit. "Kekuatan apa kalau setakat memanggil pengawal Keluarga Yun sahaja! Jika kamu benar kuat dan berkuasa, mari bertarung satu lawan satu!"

Yun Luofeng memandang Mu Shen seperti memandang orang yang bodoh. "Kita bersaing untuk lihat siapa lebih bergaya. Kenapa pula kita hendak sebut tentang berlaku adil? Lagipun, saya, Yun Luofeng, memang orang yang tidak tahu malu, jadi benda yang saya suka lakukan ialah membelasah seseorang beramai-ramai!"

Mata Mu Shen membesar terperanjat. Dia tidak pernah melihat seseorang menggelar diri mereka tidak tahu malu sebelum ini, ditambah pula dengan mengatakannya dengan selamba.

"Mu Shen, kamu suka buli orang, bukan? Jadi, saya akan tunjukkan kepada kamu cara membuli yang sebenar!"

Ketika Mu Shen terdiam, kedengaran suara angkuh Yun Luofeng.

Sebelum Mu Shen sempat berbuat apa-apa, pengawal Keluarga Yun sudah mengepung dan mula memukul Mu Shen yang masih kaku. Bangsawan muda yang bersama Mu Shen awal tadi pula, mereka sudah mengagak situasi ini tidak akan baik dan sudah melarikan diri.

Mu Shen menjerit menerima setiap pukulan, memenuhi jalan itu dengan raungannya yang menyedihkan.

Yun Luofeng memeluk tubuhnya, matanya mengecil memerhatikan Mu Shen yang sedang panik melindungi kepalanya. Senyuman jahat di bibirnya semakin melebar, wajahnya dipenuhi keangkuhan dan keyakinan diri.

Memandangkan dia kini adalah Yun Luofeng dari Keluarga Yun, dia akan perlahan-lahan membalas kebencian Keluarga Yun terhadap Keluarga Mu!

Dan ini baru permulaannya!

Seterusnya, dia akan meningkatkan kekuatannya dan membalas dendam untuk ibu bapa pemilik tubuh ini dengan kekuatannya sendiri.

"Kamu semua, campakkan dia kembali ke Keluarga Mu," Yun Luofeng berasa puas lalu mengangkat tangan untuk menghentikan pengawal Keluarga Yun, "Seperkara lagi, beritahu Perdana Menteri Mu yang Mu Shen telah berlaku kurang ajar kepada saya di khalayak ramai dan juga cuba memperkosa saya di jalanan, jadi pengawal Keluarga Yun tidak mempunyai pilihan selain dari mengambil tindakan dan mencederakannya untuk meliundungi saya! Namun, perlakuan Mu Shen ini telah menyebabkan kecederaan yang besar terhadap minda saya yang rapuh ini, jadi Keluarga Yun menuntut pampasan dari Keluarga Mu. Jumlah yang tepat akan dirundingkan sendiri oleh datuk saya, Jeneral Yun!"

Tidak tahu malu!

Perempuan jahanam tidak tahu malu!

Jelas sekali dia yang mengarahkan untuk Mu Shen dibelasah sehingga kelihatan seperti khinzir, tapi akhirnya, dia berlagak seperti mangsa.

Minda rapuh apanya? Mindanya? Masih lagi minda yang rapuh?

"Baik, Cik."

Oleh sebab arahan Jeneral Yun, pengawal Keluarga Yun melaksanakan arahan Yun Luofeng dengan teliti. Mereka mengangkat Mu Shen yang sudah separuh mati itu lalu menuju ke Kediaman Perdana Menteri.

Di Kediaman Perdana Menteri.

Mu Xingchou melihat Mu Shen di pikul seperti bangkai khinzir dan sangat marah sehingga janggutnya bergetar. Walaupun dia tidak menyukai cucunya yang bergaya itu, cucunya masih lagi sebahagian dari Keluarga Mu. Membelasah Mu Shen seperti ini seolah-olah menampar muka Mu Xingchou.

Jadi dia mengaum seperti singa, "Kamu dari Kediaman Jeneral mesti sudah memakan jantung beruang dan hati harimau[1] sehingga berani memperlakukan cucu saya begini! Segera panggil si anjing Yun Luo itu berguling ke mari dan meminta maaf, jika tidak, hal ini tidak akan ada penghujungnya!"

[1] sangat berani

avataravatar
Next chapter