76 Semua Orang Yang Membuatkan Kamu Tidak Gembira Mesti Mati (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Yun Luofeng berasa tidak sedap hati. Mungkinkah sesuatu telah berlaku kepada lelaki itu?

Namun, setelah sampai dalam biliknya di kawasan pergunungn, dia sedar yang dia tidak sepatutnya risau.

Cahaya bulan menyinari penampilan menggerunkan lelaki itu. Pada ketika itu, lelaki itu sedang menghadap cahaya bulan, jubah hitamnya menampakkan bentuk tubuhnya dengan jelas. Raut wajahnya sangat elok. Matanya, sama hitam dengan kegelapan malam, tidak berkelip-kelip merenung Yun Luofeng yang sedang membuka pintu.

"Kamu dah pulang?"

Suara lelaki itu garau dan mempunyai daya penarik, seperti magnet yang dapat menarik hati orang dengan mudah.

"Ya?" Yun Luofeng mengangkat keningnya. "Kamu cari saya?"

Lelaki itu merenung tajam pada Yun Luofeng, wajahnya yang dingin tidak menunjukkan sebarang emosi.

"Saya ada buku ini dan datang mencari kamu untuk mempelajarinya bersama."

Yun Luofeng mengangkat keningnya lagi, pandangannya jatuh pada buku kuning di tangan lelaki itu.

Chungong Tu?

Wajah cantik gadis itu jelas terperanjat, lalu dia mendongak dan matanya merenung lelaki di hadapannya itu.

"Yun Xiao, kamu sengaja buat begini?"

Jika seorang lelaki membawa Chungong Tu, masuk ke dalam bilik kamu dan kata dia ingin mempelajarinya bersama kamu, sudah pasti kamu juga akan berfikiran tidak senonoh. Walaupun anggapan kamu terhadap lelaki itu sebelum ini ialah dia sangat suci dan polos.

Yun Xiao bingung dan tidak dapat memahami kenapa Yun Luofeng sakit hati setelah melihat buku ini. Namun Yun Xiao sangat jujur lalu dia mengangguk. "Itu memang niat saya."

Lin Qiong memberitahunya Chungong Tu hanya boleh dipelajari bersama-sama oleh dua orang. Jadi dia memang dia sengaja berada di sini menantikan kepulangan Yun Luofeng.

Walau bagaimana Yun Xiao memikirkan hal ini, tidak akan terlintas dalam fikirannya yang anak buahnya sendiri, Lin Qiong, berani memperdayakannya!

"Yun Xiao!"

Yun Luofeng tertawa kecil. Menolak badan lelaki itu ke penjuru dinding, matanya menunjukkan cahaya bahaya. "Kamu tahu buku jenis apa yang kamu pegang itu? Dan kamu membawanya untuk kita belajar bersama?"

Yun Xiao mengerutkan wajahnya, hatinya dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena. "Ini semua sebab Lin Qiong. Ketika dia berikan Chungong Tu kepada saya, dia berpesan yang saya perlu mempelajari buku ini bersama kamu. Sebab itu saya datang cari kamu."

"Siapa Lin Qiong?"

"Anak buah saya."

Yun Luofeng tersentak dengan suara garau lelaki itu. Dia sudah dapat meneka identiti Yun Xiao bukan biasa-biasa, tapi disebabkan Xiao Mo memberitahunya yang Yun Xiao langsung tiada niat buruk terhadapnya, dia tidak menyiasat latar belakang lelaki itu.

"Adakah kamu akan percaya apa saja yang orang lain beritahu kamu?"

Yun Luofeng mengecilkan matanya, badannya menekan Yun Xiao begitu rapat sehingga Yun Xiao langsung tidak berani bergerak walau sedikit. Kalau dia bergerak, dia mungkin akan merasa badannya menjadi panas dan kering. Ini sesuatu yang menarik dan tidak pernah dirasainya sebelum ini.

"Yun Xiao, saya ada soalan untuk kamu. Ketika Kediaman Mu terbakar, adakah kamu yang mengarahkan seseorang untuk melakukannya?"

Cuma Keluarga Yun sahaja yang mempunyai dendam terhadap Kediaman Perdana Menteri! Lagipun, tidak ramai orang yang berani untuk membakar Kediaman Perdana Menteri itu!

"Mereka membuat kamu tidak gembira."

Suara lelaki itu dingin dan garau. "Sesiapa sahaja yang membuat kamu tidak gembira mesti mati! Tetapi disebabkan kamu tidak mahu saya membalas dendam untuk kamu, saya tidak bunuh mereka!"

Tiba-tiba hati Yun Luofeng bergetar. Dia telah menjalani dua kehidupan berbeza, tapi lelaki inilah orang pertama yang sanggup membunuh untuknya.

"Yun Xiao, bukankah kamu ingin mempelajari Chungong Tu bersama saya?" Setelah tersedar semula, Yun Luofeng mula mengusik. "Kamu boleh buka buku ini sekarang. Jika ada apa-apa yang kamu tidak faham, saya akan ajarkannya kepada kamu. Macam mana?"

Yun Xiao ialah lelaki yang sangat patuh dan baik terutamanya berkaitan dengan Yun Luofeng. Dia begitu patuh sehingga dia akan melaksanakan apa saja arahan Yun Luofeng.

avataravatar
Next chapter