22 Pertemuan Pertama dengan Mu Wushuang (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Yun Luofeng melihat dinding yang ditampal soalan-soalan itu. Dari semua masalah itu tiada satu pun yang mencabar atau menarik. Dia berasa kecewa. Pada saat dia hendak berpaling, dia tiba-tiba terpandang satu masalah yang membuat dia berhenti.

"Saya ingin bertanya, jika seseorang itu tidak berhati-hati dan telah menghadam racun Man Luo, bagaimana ia dapat dirawat?"

Racun Man Luo datang dari tumbuhan bernama Man Luo yang menghasilkan bunga yang sangat bertoksik. Jika diracuni, orang itu akan menjadi tua dengan cepat sehingga mati. Buat masa ini di benua Longxiao, sememangnya sukar untuk menyelesaikan masalah keracunan Man Luo ini.

Tetapi...

Sebelum dia datang untuk membeli herba, Yun Luofeng sempat membaca secara rambang beberapa buku perubatan dan kebetulan terbuka muka surat mengenai racun Man Luo.

Mungkin sekadar suka-suka, Yun Luofeng menulis cara penyahtoksikan di bawah soalan itu. Kemudian, dia meletakkan berus yang ada pada tangannya lalu pergi ke arah tengah dewan besar itu.

Dari awal hingga akhir, tiada siapa yang nampak gadis berpakaian serba putih ini telah menulis sesuatu pada kertas soalan itu.

"Cik, ini dia herba yang kamu minta, saya sudah siap sediakan untuk Cik."

Setiba saja Yun Luofeng di tengah-tengah dewan itu, lelaki berjubah biru itu datang ke hadapannya sambil memegang herba. Wajah masih dengan senyuman yang sopan, "Semuanya lima juta tahil perak."

"Lima juta tahil? Begitu mahal?"

Yun Luofeng sedikit terperanjat. Ini pertama kali dia menyedari yang Kediaman Jeneral sangat miskin.

Tambahan pula, herba ini cuma cukup untuk dia berendam selama sehari sahaja. Jika dia membeli jumlah yang cukup untuk lima hari, mungkin wang simpanan Jeneral tidak akan cukup untuk dibelanjakan.

Nampaknya sudah tiba masa untuk dia mencari wang... ...

"Jadi Cik Muda dari Kediaman Jeneral yang bermaruah, kekurangan duit."

Tiba-tiba, suara memerli datang dari pintu depan Pavilion Perubatan.

Semua orang mencari suara itu. Perkara pertama yang menarik perhatian mereka adalah Mu Wushuang yang memakai gaun flanel berwarna kuning, kelihatan terhormat dan anggun dengan tubuh yang menawan, manakala mereka yang berada di sampingnya menghasilkan kontras yang tajam.

Dia umpama bunga di atas longgokan najis lembu, cantik dan menawan, wangian lembut merangsang hidung.

Orang yang membuka mulut untuk memperlekehkan Yun Luofeng ialah pengikut Mu Wushuang, Wu Qi, yang sedang berdiri di sampingnya.

Lagipun, untuk orang seperti Yun Luofeng, Mu Wushuang sentiasa menunjukkan rasa meluat dan sombong, dia tidak akan membuka mulutnya, daripada dia mula masuk hingga sekarang, dia langsung tidak memandang ke arah Yun Luofeng.

Yun Luofeng menggosok hidungnya. Melihat Mu Wushuang muncul di sini, nampaknya dia belum mendengar berita Yun Luofeng membelasah Mu Shen... ...

"Penjaga Kedai Lin."

Mu Wushuang lalu di hadapan Yun Luofeng, untuk pergi kepada lelaki berjubah biru yang berdiri di hadapannya, mengubah keanggunan menawan tadi kepada kecantikan dengan sedikit sentuhan gelak tawa.

"Tok Ketua Rong ada hari ini? Jika ada, bolehkah Penjaga Kedai Lin beritahu dia yang Mu Wushuang datang melawat?"

Ini adalah Pavilion Perubatan.

Walaupun orang itu hanyalah penjaga kedai yang kecil, sebagai Cik Muda keluarga Perdana Menteri, Mu Wushuang harus berlaku sopan dan tidak berlebihan.

Penjaga Kedai Lin mengerutkan muka, tetapi masih tersenyum sopan, "Maaf, Tok Ketua Rong telah pergi mengembara, dan masih belum pulang lagi. Cik Wushuang boleh datang kembali nanti."

Wajah Mu Wushuang menjadi kaku. Kerana dia mendapat khabar bahawa Tok Ketua Rong sudah pulang, Wushuang datang untuk berjumpa dengannya tapi tidak menyangka orang-orang ini tidak beri muka padanya.

Meskipun dia berfikiran begitu, wajah Mu Wushuang masih lagi menunjukkan senyuman yang sama, "Kalau begitu, nampaknya Mu Wushuang telah mengganggu lagi. Jika Tok Ketua Rong sudah pulang, sila beritahu saya secepat mungkin jadi Wushuang boleh datang melawat bersama buah tangan."

"Baiklah."

Lelaki berjubah biru itu menunjukkan rasa senang hati, seolah-olah pasti Mu Wushuang akan beredar.

Mu Wushuang menelan dan menahan kemarahannya. Tapi dia harus kekalkan watak terhormatnya dengan senyuman yang ayu, jadi ketika tiada siapa yang melihat, dia mengenyitkan matanya ke arah pengikut yang ada di sampingnya, Wu Qi.

Wu Qi dengan pantas memahami apa yang dimaksudkannya. Memandang ke arah Yun Luofeng yang masih belum pergi lagi, dia tersenyum sinis, "Yun Luofeng, buat apa kamu terpegun di situ? Kalau kamu tidak mampu mengeluarkan duit untuk membayar herba, keluar cepat! Udara di tempat Cik Mu Wushuang berada harus dikekalkan segar, tapi udara yang baik seperti ini dicemari dengan kehadiran sampah seperti kamu!"

Wushuang perlu menjaga imejnya di luar. Jadi, dia tidak boleh memalukan Yun Luofeng secara langsung, hal-hal seperti ini dilakukan oleh pengikutnya bagi pihaknya.

Sedang dia menahan kemarahan yang tak dapat diluahkan, perempuan sampah ini muncul pula di tempat ini!

avataravatar
Next chapter