58 Merekrut Orang dan Membeli Kuda (4)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ini telah menyebabkan Mu Xingchou sangat marah, dia memukul Mu Shen dengan sangat kejam, hampir membelasahnya sehingga mati.

Berita kedua ialah, Keluarga Mu terserempak dengan pencuri semalam! Bilik bacaan dan bilik simpanan harta Keluarga Mu hangus dijilat api! Semua harta berharga turut dimusnahkan! Mu Xingchou juga telah dipukul oleh pencuri itu! Mereka menjangkakan Mu Xingchou hanya akan terbaring di katil, sekurang-kurangnya selama tiga bulan...

Apabila Gao Tu mendengat berita ini, Baginda sangat marah. Baginda bertekad untuk mencari pencuri ini. Kekecohan ini menyebabkan semua orang di Bandar Diraja berasa tidak selamat. Golongan yang kaya dan berkuasa takut dilawat oleh pencuri ini, dan golongan yang tidak berkuasa takut dituduh sebagai pencuri!

Walau bagaimanapun, orang-orang ini jelas terlalu memikirkannya. Pencuri yang mampu datang dan pergi dengan bebas dalam Kediaman Perdana Menteri dan mampu menimbulkan kekacauan, pastinya bukan biasa-biasa! Mereka tidak akan dapat menjumpai pencuri itu di kalangan rakyat biasa.

Apabila dua berita ini sampai ke telinga Yun Luofeng, dia mengangkat keningnya. "Mu Shen tidak dedahkan tentang saya?"

Dia tidak menyangka Mu Shen, lelaki ini, akan memegang janji sehingga ke tahap ini. Walaupun dipukul sehingga hampir mati, dia masih tidak mendedahkan ke mana perginya 45 juta itu, malah turut berbohong mengenainya.

Pedagang mengembara itu tidak wujud, jadi walau bagaimana kuat usaha Kediaman Perdana Menteri untuk cuba mencarinya, usaha itu tidak berguna. Tambahan pula, Mu Xingchou sekarang terbaring atas katil, jadi bagaimana mereka ada masa untuk mencari pedagang yang Mu Shen sebutkan?

"Cik, saya agak mengagumi pencuri yang melawat Kediaman Perdana Menteri," kata Qingyan dengan sangat sopan. "Siapa suruh orang-orang itu membuli Cik? Kali ini, pencuri licik itu telah membantu kita melepaskan kemarahan."

"Kamu tidak perlu menghormati pencuri itu." Yun Luofeng mencubit pipi Qingyan, dan berkata dengan nakal, "Kamu cuma perlu memuja saya."

"Cik!"

Qingya menghentakkan kakinya, sambil dengan nakalnya memuncungkan mulutnya, dia berkata, "Tapi Cik telah banyak berubah sekarang, jadi kenapa orang-orang itu masih memanggil Cik tidak berguna! Jelas sekali Cik bukan orang seperti itu."

"Itu mulut mereka, mereka boleh cakap apa saja yang mereka mahu," Yun Luofeng mengangkat keningnya lalu berdiri dari kerusi panjang itu. "Jom. Semalam Datuk sudah selesai merekrut orang untuk saya, saya patut pergi melihat calon-calon itu sekarang."

Di tengah halaman, berdirinya ratusan orang. Separuh daripada mereka ialah lelaki manakala separuh lagi perempuan dan kini mereka semua sedang memandang keadaan sekeliling. Sewaktu mereka terlihat gadis muda berpakaian serba putih berjalan mendekati mereka barulah mereka beransur-ansur diam.

"Keluarga Diraja sangat cekap dan tidak kedekut mencarikan sekumpulan orang berkeupayaan rendah untuk saya."

Yun Luofeng menguap dengan malas, matanya yang menawan memerhatikan semua orang di halaman itu.

Keupayaang orang-orang ini terlalu rendah. Boleh dikatakan tidak akan ada lagi yang lebih rendah, dan cuma sedikit lebih baik dari Yun Luofeng dulu yang tidak berguna! Kalau orang lain, walaupun melatih kumpulan orang-orang ini seumur hidup, mereka tetap tidak akan dapat berevolusi ke pertapa rohani peringkat-sederhana!

Mereka hanya mampu menjalani latihan yang berat pada tahap paling rendah sepanjang hidup mereka!

"Feng'er," Yun Luo tersenyum sinis, berkata dengan tidak bermaya, "orang-orang ini telah dipilih oleh Putera Mahkota sendiri. Saya juga turuti kemahuan kamu-mereka semua di bawah umur lapan belas tahun."

"Datuk, jangan bimbang, memandangkan saya sudah pilih mereka, saya ada cara tersendiri," Yun Luofeng mengangkat hujung bibirnya. "Orang-orang ini akan tinggal di dalam bilik batu Keluarga Yun."

Yun Luo terpegun seketika. "Kamu sedang bercakap mengenai bilik yang Pak Cik Ke-..."

Bilik batu tempat Pak Cik Kedua tinggal dahulu?

Sebaik kata-kata itu mencapai mulut Yun Luo, dia menelannya semula, merenung Yun Luofeng dengan penuh kekeliruan.

Yun Luofeng faham apa yang Yun Luo cuba katakan lalu mengangguk. "Betul, mereka akan tinggal di sana, dan saya akan jelaskan langkah kita yang seterusnya apabila tiba masanya. Sekarang saya sangat letih, jadi saya akan kembali ke gunung untuk beristirahat."

Setelah selesai berkata-kata, dia tidak lagi memberikan Yun Luo peluang untuk bertanya apa-apa lagi, lalu terus menuju gunung di belakang Kediaman Yun...

avataravatar
Next chapter