55 Merekrut Orang dan Membeli Kuda (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Di dalam dewan tamu, lelaki tua itu mengusap janggut putihnya, wajahnya sangat bangga.

"Masih ada satu hal lagi yang saya perlukan bantuan daripada Datuk." Bibir Yun Luofeng mengukir senyuman jahat. "Oleh sebab Datuk sudah mengembalikan kuasa tentera kepada Maharaja anjing itu, Keluarga Yun perlu membentuk angkatan tentera kita sendiri."

Lelaki tua itu senyap seketika. "Feng'er, kamu harus fikirkan hal ini masak-masak. Membentuk angkatan tentera memerlukan kita untuk merekrut orang. Langkah ini terlalu besar dan besar kemungkinan akan membuatkan Maharaja curiga. Setelah itu, jika Keluarga Diraja menekan kita dengan keadaan Keluarga Yun sekarang, kita tidak akan dapat melawan mereka!"

"Datuk,saya sudah memikirkan mengenai perkara ini." Cahaya bersinar pada mata hitam Yun Luofeng ketika senyuman menjadi semakin dalam. "Tidak lama dulu, saya telah membuat orang memukul Mu Shen di tempat awam, membuatkan reputasi bergaya saya tersebar ke seluruh jalan besar dan lorong kecil1. Memandangkan sudah jadi begitu, bagaimana kalau saya menjadi lebih bergaya lagi! Datuk boleh beritahu orang saya membuat perangai di rumah, memaksa Datuk untuk merekrut 100 pengawal dan 100 hamba untuk saya! Soal merekrut, Datuk boleh meminta Maharaja itu sendiri yang lakukan untuk Datuk!"

Orang tua itu ternganga lalu bercakap dengan teragak-agak, "Feng'er, ini tidak elok, bukan? Kamu hendak merekrut orang untuk Keluarga Yun, jadi jika kita membiarkan orang dari Keluarga Diraja membantu kita dalam hal ini, dia pasti memilih orang yang kurang bakat dalamannya."

"Saya tidak peduli tentang bakat dalaman orang-orang ini, selagi tubuh mereka tiada penyakit dan berumur di bawah 18 tahun, ia sudah memadai."

Mempunyai bakat dalaman yang teruk bukanlah satu masalah jika dia memiliki muslihat artifak dewa seperti Kod Dewa Perubatan! Tidak kira betapa teruknya mereka, dia mempunyai cara untuk meningkatkan bakat dalaman mereka!

"Feng'er, bukankah ada satu hal lagi yang patut kamu pertimbangkan? Jika kamu minta Maharaja untuk merekrut orang untuk kamu dan Tuanku meletakkan pengintip di kalangan mereka, dia akan tahu semua yang kamu lakukan!"

Menghadapi soalan Yun Luo itu, Yun Luofeng tersenyum, keningnya menunjukkan keyakinannya.

"Jika dia berani melakukannya, saya berani menerima!"

Jika dia berani melakukannya, saya berani menerima!

Berapa banyak keyakinan yang diperlukan untuk gadis ini mengatakan kata-kata penuh ego dan terbuka seperti itu?

Yun Luo mengeluh. Baru sekarang dia sedar, sebarang hal berkaitan dengan cucunya, dia memang langsung tidak faham...

"Feng'er, Datuk akan masuk ke istana sebentar lagi. Datuk akan meminta orang istana untuk membantu saya merekrut orang!"

"Baiklah." Yun Luofeng mengenyitkan mata. "Datuk, bila menghadap Maharaja nanti, jangan lupa untuk memeras duit daripadanya! Semua orang kata seluruh harta Keluarga Yun telah saya bazirkan, jadi Datuk akan pergi dan mengesahkan pernyataan ini!"

Orang tua menjadi kelu. Dia fikir inilah alasan sebenar kenapa Yun Luofeng mahu orang dari Istana Diraja merekrut orang untuknya.

Memandangkan perkara ini tidak boleh dilengah-lengahkan, Yun Luo tidak membuang masa. Setelah mengenakan pakaian rasmi istana, dia cepat-cepat mengarahkan orang untuk membawa tandu dan bergegas ke Istana Diraja.

Ketika dia memasuki bilik bacaan diraja, dia mendapati bukan sahaja Maharaja Gao Tu, malah Putera Mahkota juga berada di situ. Riak wajah Yun Luo menunjukkan perasaan ragu-ragu, tapi tidak lama kemudian ekspresinya berubah. Berbanding dengan semangatnya sewaktu di Kediaman Jeneral tadi, sekarang dia kelihatan kurang bersemangat.

"Jeneral Tua, ada apa kamu datang bertemu Beta?"

Maharaja Gao Tu melihat ekspresi wajah Yun Luo, tertawa dingin dalam hatinya. Tanpa perlu memikirkannya, dia tahu Yun Luofeng si sampah itu pasti sudah menimbulkan masalah lagi.

"Tuanku."

Yun Luo melutut di lantai, tubuhnya yang tua kelihatan kurus dan lemah. "Cucu kepada pegawai tua ini menganggap hamba suruhan di Kediaman Jeneral terlalu sedikit, dan tidak bersesuaian dengan identitinya sebagai Cik Sulung. Oleh sebab itu, dia membuat pegawai tua ini tampil dan membantunya merekrut 100 orang pengawal dan 100 orang hamba suruhan. Namun, pegawai tua sudah lanjut umur, bagaimana Patik boleh bekerja keras? Justeru itu, Patik datang dengan hajat untuk meminta bantuan Tuanku."

avataravatar
Next chapter