45 Menyebabkan Kekecohan di Seluruh Bandar (3)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Baiklah, Tok Ketua Rong"

Selepas berkata begitu, Fang Ya mengundurkan diri.

Di dalam dewan utama Pavilion Perubatan, Yun Luofeng, yang sedang resah menunggu, ternampak Fang Ya bergegas mendekatinya. Setelah melihat sinar keseronokan pada wajah Fang Ya, Yun Luofeng tahu urus niaga ini berjalan lancar!

"Adik," Fang Ya menarik nafas panjang lalu berjalan ke arah Yun Luofeng, "Cecair Berubat Pengumpul-Roh kamu telah disahkan oleh Tok Ketua Rong, Pavilion Perubatan akan membelinya dengan harga 10 juta tahil."

10 juta tahil?

Yun Luofeng terpegun.

Cecair Berubat Pengumpul-Roh yang cuma memerlukan 800 tahil untuk dihasilkan boleh dijual dengan harga 10 juta tahil? Mudah betul hendak dapatkan wang.

Fang Ya melihat ekspresi wajah Yun Luofeng dan menyangka dia tidak berpuas hati dengan harga itu. Dengan sedikit kegelisahan dalam hatinya, Fang Ya berkata, "Adik, Pavilion Perubatan telah menawarkan harga yang berpatutan dan saya juga akan berterus terang dengan kamu. Setelah kami mendapatkan Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini, kami akan menjualnya dengan harga dua kali ganda! Beginilah urusniaga yang kami jalankan, dan kami mendapat keuntungan melalui perbezaan harga."

Semangat Yun Luofeng kembali dan dia tersenyum jahat. "Saya fikir sudah cukup mudah untuk saya mendapatkan wang, saya tidak menyangka cara Pavilion Perubatan ini lebih teruk."

Muka Fang Ya menjadi kemerahan. Walaupun ini satu kenyataan, mendengarnya dari orang lain membuatkan dia tetap merasa malu dalam hatinya.

Bagaimanapun, Yun Luofeng tidak menyukarkan lagi keadaan baginya. Lagipun, jika dia ingin menjual Cecair Berubat Pengumpul-Roh, dia cuma boleh melakukannya di Pavilion Perubatan! Jika tidak, dia akan menghadapi risiko identitinya didedahkan.

"Adik, mulai sekarang, kalau kamu ada Cecair Berubat Pengumpul-Roh, kamu boleh datang ke Pavilion Perubatan untuk menjualnya dan saya akan berikan harga yang lebih berpatutan." Fang Ya mengenyitkan mata kepada Yun Luofeng, "Adakah adik lapang sekarang, jom makan malam bersama kakak?"

Tabib yang mampu mengeluarkan Cecair Berubat Pengumpul-Roh, Fang Ya mesti berkawan dengannya walau dengan apa jua cara.

"Saya tiada masa."

Setelah berkata begitu, Yun Luofeng menyambar duit kertas dari tangan Fang Ya lalu berpusing untuk pergi.

Melihat susuk tubuh itu berlalu pergi, Fang Ya hanya tersenyum tidak berdaya. "Adik yang sungguh mengagumkan. Jika orang seperti ini menyertai Pavilion Perubatan, kekuatan Pavillion Perubatan akan menjadi lebih menggerunkan."

Setelah berkata begitu, Fang Ya hendak menuju ke arah dewan dalam, tapi ketika ini, langkahnya tiba-tiba terhenti, dan matanya yang cantik terbeliak melihat salah satu persoalan pada dinding menyelesaikan-masalah...

"Siapa yang jawab persoalan ini?"

Ini persoalan yang sangat sukar dan dikeluarkan oleh Tok Ketua Rong dengan tujuan memancing orang yang menjawab masalah racun man luo. Oleh itu, beberapa hari ini, Fang Ya telah memberikan perhatian kepada masalah itu, tapi dia tidak terfikir saat dia pergi untuk seketika, persoalan itu telah dijawab oleh seseorang.

Mendengar kata-kata Fang Ya, salah seorang hamba dalam Pavilion Perubatan menjawab, "Cik Fang Ya, masalah itu dijawab oleh gadis memakai vel yang Cik sambut tadi."

Kedudukan hamba ini tidak terlalu tinggi dalam Pavilion Perubatan, jadi sudah pasti dia tidak tahu mengenai kepentingan hal ini. Sebab itu, walaupun dia perasan Yun Luofeng menjawab persoalan itu, dia tidak segera memberitahu Fang Ya.

Fang Ya terkejut, hatinya semakin menyesal. Jika dia tahu akan jadi begini dari awal lagi, dia pasti tidak akan membiarkan gadis itu pergi.

Sekarang, dalam lautan manusia yang luas ini, di mana harus dia cari orang itu?

...

Kecekapan Pavilion Perubatan dalam menangani sesuatu perkara memang sangat tinggi. Dalam masa sehari, hal mengenai Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu telah pun tersebar ke seluruh jalan-jalan besar dan lorong-lorong kecil di bandar itu, menyebabkan kekecohan di seluruh Bandar Diraja Kerajaan Long Yuan!

Kediaman Putera Mahkota.

Di dalam halaman, kedengaran alunan muzik dari ziter.

Gao Ling khusyuk melihat gadis yang menawan itu memainkan ziter, renungannya penuh kelembutan yang tidak terbatas. Kelembutan itu sesuatu yang tidak akan pernah wujud jika dia berhadapan dengan Yun Luofeng. Terhadap Yun Luofeng, dia hanya ada perasaan jijik.

avataravatar
Next chapter