78 Lin Qiong Yang Malang (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Tuan, tadi itu peluang yang sangat baik, kenapa Tuan tidak terus terkam dia? Kenapa?" Suara marah Xiao Mo dapat didengari dari dalam minda Yun Luofeng.

"Itulah pertapaan berpasangan! Hasil peningkatan kebolehan bukannya sedikit, jadi kenapa Tuan tidak makan saja dia?"

Yun Luofeng tersenyum licik. "Yun Xiao, lelaki itu masih kurang latihan. Tunggulah sehingga saya selesai melatih dia baru kita bincangkan hal ini lagi. Tambahan pula, walaupun saya berminat terhadap Yun Xiao, saya masih belum ada apa-apa perasaan terhadapnya."

"Tuan, apa yang kurang dengan Yun Xiao? Dia ada bila-bila sahaja Tuan panggil, dia patuh, dan bentuk tubuhnya menakjubkan! Kekuatannya juga luar biasa, dan yang paling penting sekali, dia belum pernah bersama dengan mana-mana wanita! Latihan apa lagi yang dia perlukan?"

Xiao Mo sangat tidak berpuas hati. Tuannya telah melepaskan peluang yang cukup besar. Kalau dialah, terkam dulu bincang kemudian!

Hal perasaan boleh dipupuk perlahan-lahan nanti!

Malam itu umpama air.

Di halaman Kediaman Yun yang sunyi, kedengaran bunyi kelepuk seperti sesuatu jatuh ke dalam air. Air terpercik merata-rata, membasahi bentuk badan lelaki itu yang sempurna.

Lelaki itu menenggelamkan seluruh badannya ke dalam air yang sejuk itu, lalu kepanasan badannya semakin reda. Selepas menunggu badannya pulih, dia melompat keluar dari tasik itu, lalu berdiri di atas tanah.

Jubah hitamnya basah kuyup dan melekat pada badannya. Otot-otot di bahagian abdomennya juga terdedah di bawah sinaran cahaya bulan.

Rambut lelaki itu juga basah. Titisan air menelusuri raut wajahnya lalu menitis ke tanah. Jika mana-mana wanita melihat adegan yang seksi dan menggoda ini, dia akan pasti tertawan.

Membelakangi kegelapan malam tidak bersempadan itu, dia berkata, "Lin Qiong, tambah hukuman kamu."

Tiada siapa yang melihat bayang samar memberikan tabik genggam kepada lelaki itu, lalu menghilang ke langit malam.

Ketika Yun Xiao melangkah pergi, dia ternampak Chungong Tu yang dia campakkan tadi sebelum terjun ke dalam tasik. Setelah berfikir sejenak, dia tetap mengambil semula Chungong Tu itu lalu pergi menuju ke arah kawasan gunung di belakang Kediaman Yun.

...

Semenjak Pavilion Perubatan mengeluarkan barang luar biasa seperti Cecair Berubat Pengumpul-Roh, suasana di situ menjadi lebih meriah daripada sebelumnya.

Boleh dikatakan setiap hari pada waktu awal pagi, akan ada ramai orang datang berkunjung dengan niat untuk mendapatkan Cecair Berubat Pengumpul-Roh secepat mungkin! Mujurlah Yun Luofeng telah memberikan beberapa dos ubat itu kepada Pavilion Perubatan, mengelakkan orang-orang ini daripada merusuh di situ.

Ketika ini, di dewan dalam Pavilion Perubatan, Tok Ketua Rong sedang memerhatikan pasangan datuk dan cucu duduk di depannya lalu tertawa kecil. "Tuan Tua Ning, ketibaan kamu ke Long Yuan agak bertuah. Saya telah keluar beberapa hari lalu, dan baru saja sampai pagi ini. Bagaimana? Kamu sudah jumpa tabib dewa itu?"

Sejak Tuan Tua Ning menghidap penyakit yang tidak dapat disembuhkan, penampilannya agak uzur. Sudah terlalu lama sejak kali terakhir dia kelihatan cerah dan bertenaga seperti hari ini. Jelas sekali dia sudah temui cara untuk menyelamatkan nyawanya.

"Tok Ketua Rong, betul cakap kamu. Saya telah temui tabib yang terkenal, namun dia bukan seseorang yang kita kenal secara peribadi. Dia seorang tabib berwibawa yang bersembunyi di kalangan rakyat biasa. Penyakit saya pasti dapat disembuhkan."

"Oh?" Tok Ketua Rong menaikkan keningnya. "Itu sangat bagus. Sejujurnya, disebabkan Pavilion Perubatan tidak dapat menyembuhkan kamu, hati saya sentiasa berasa serba salah. Jadi bila saya mendapat tahu yang kamu akan datang ke sini, saya sebenarnya ingin memperkenalkan kamu kepada seorang tabib! Tabib ini memang sangat genius, malah dia ada penawar untuk racun bunga Man Luo. Sebenarnya, saya baru pulang dari membawa Daren ke sini."

Mendengar kata-kata itu Tuan Tua Ning juga agak tersentak sambil membalas dengan senyuman sinis, "Nampaknya Long Yuan mempunyai ramai orang yang hebat. Cik yang saya temui juga sangat hebat. Dia sudah berjanji untuk merawat saya, jadi saya tidak perlu menyusahkan Tok Ketua Rong kali ini. Saya percaya dengan kebolehannya. Walau begitu, saya tetap ingin membandingkan dengan Tok Ketua Rong, siapa di antara tabib kenalan kita memiliki kepakaran perubatan yang lebih hebat?"

Walau apapun, kedua-dua orang tua ini tidak akan dapat membayangkan orang hebat yang mereka kenali ialah orang yang sama!

avataravatar
Next chapter