77 Lin Qiong Yang Malang (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Justeru itu, setelah mendengar ayat gadis itu, Yun Xiao membuka Chungong Tu dengan penuh semangat...

Di dalam buku kuning itu, ilustrasi pelbagai aksi lelaki dan wanita dapat dilihat dengan matanya sendiri. Ini membuatkan dia tergamam, riak wajah wajahnya yang dingin sekelip mata menjadi kaku.

Dalam hal hubungan lelaki dan wanita, Yun Xiao sememangnya suci seperti kertas putih. Tetapi ini tidak bermakna dia langsung tak tahu apa-apa! Posisi yang digambarkan dalam Chungong Tu itu amat jelas, mana mungkin dia tidak memahaminya?

Lin Qiong!

Gelombang kemarahan meledak di dalam hati Yun Xiao sambil dia menggenggam erat buku kuning di dalam tangannya itu.

Lin Qiong benar-benar telah membawa benda seperti ini untuknya! Lebih penting lagi, dia telah membukanya di hadapan Yun Luofeng...

Lin Qiong yang malang itu masih tidak sedar Tuannya sendiri sedang menyimpan dendam terhadapnya! Dendam yang membuatkan tidak akan wujud lagi hari yang baik untuknya...

"Saya..."

Hati Yun Xiao menjadi cemas lalu dia cuba untuk menjelaskan kepada Yun Luofeng, takut gadis itu akan menyamakan dia dengan lelaki-lelaki lain yang gatal dan miang.

Namun, baru sahaja dia menolehkan kepalanya dan sebelum dia sempat memberikan penjelasan, dia bertentang mata dengan gadis itu yang kelihatan mahu mengusiknya.

Gadis itu tersenyum kecil ketika memandang lelaki di hadapannya itu dengan penuh minat. Riak wajahnya sama seperti dia sedang menghargai sebuah karya seni yang sempurna.

Ketika ini, jarak di antara mereka berdua sangat rapat. Yun Xiao dapat menghidu wangian dari gadis yang berada di hadapannya itu. Satu aliran kejutan yang pelik menggetarkan hatinya, membuatkan badannya seperti dibakar dan berasa panas. Dia tidak tahu kenapa bayangan ilustrasi lelaki dan wanita yang dia baru lihat tadi muncul dalam mindanya.

"Kamu mahu belajar Chungong Tu bersama saya?"

Suara Yun Luofeng telah membuatkan dia tewas. Kegelisahan yang keterlaluan menerjah mindanya, membuatkan badannya bertindak balas tanpa sengaja...

Mengesan kejanggalan yang 'timbul' daripada lelaki itu, bibir Yun Luofeng tersenyum mengusik sambil dia menjarakkan diri dari tubuh Yun Xiao.

"Yun Xiao, ini balasan kamu kerana mahu belajar Chungong Tu dengan saya." Yun Luofeng tersenyum nakal. "Jika kamu cari saya lagi selepas ini, saya tak akan lepaskan kamu."

Setelah tubuh Yun Luofeng jauh dari tubuhnya, lelaki itu berasa lebih baik. Dia sendiri juga tidak faham kenapa seseorang yang selama ini berhati dingin dan tidak beremosi sepertinya mempunyai rangsangan sebegini seperti kepada gadis di depan matanya ini!

"Kamu boleh pergi." Yun Luofeng menepuk tangannya, memandang lelaki di hadapannya dengan senyuman. "Satu lagi, jangan percaya apa yang anak buah kamu itu cakap mulai sekarang untuk mengelakkan kamu daripada tersalah jalan."

Lin Qiong yang malang masih tidak tahu yang beberapa patah perkataan dari Yun Luofeng ini telah mengunci takdirnya...

"Baik," Yun Xiao mengangguk dengan patuh, "Jika kamu tidak menyukai dia, saya boleh hapuskan dia."

"Hapuskan? Itu tidak perlu. Cukuplah kalau kamu tidak dengar semua yang dikatakannya mulai sekarang." Yun Luofeng tersenyum, mengambil dua langkah ke hadapan, sekali lagi menekan Yun Xiao ke penjuru. Dengan tegas dia berkata, "Ingat, cuma saya yang boleh melatih kamu."

Wajah Yun Xiao tampak tidak selesa, gerak hati yang ditahannya dengan penuh susah payah sebelum ini, muncul kembali. Nasib baik, Yun Luofeng tidak menyeksa dia kali ini. Setelah melihat wajah Yun Xiao menjadi sedikit ghairah, Yun Luofeng berundur.

"Pergi, saya perlu berehat." Yun Luofeng menguap malas, menaikkan keningnya pada lelaki di hadapannya ini.

Lelaki itu memuncungkan mulutnya sedikit. Dia merenung Yun Luofeng dengan matanya yang berisi emosi yang kompleks dan akhirnya memberikan pandangan penuh perasaan sebelum berpaling dan berjalan menuju langit yang tidak bersempadan...

avataravatar
Next chapter