53 Lelaki Tua Yang Menerima Kejutan (3)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Mendengar kata-kata itu, Tok Ketua Rong mendengus dingin, "Walaupun Yun Luofeng tidak mampu bertapa, kemahiran perubatannya saja sudah mampu membuat orang-orang kuat di seluruh dunia menjual nyawa mereka untuknya. Tambahan pula, dia memiliki Cecair Berubat Pengumpul-Roh! Semalam, saya cuba menganalisis cecair berubat itu sepanjang malam, and saya masih tidak dapat mentafsir formula Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu! Jika cerita ini tersebar, saya rasa Putera Mahkota akan menangis dan merayu meminta maaf daripada Yun Luofeng."

Haha!

Fang Ya tidak dapat menahan diri lalu ketawa dengan sangat kuat. "Tok Ketua Rong, kamu tahu, baru tadi, Putera Mahkota masih lagi memperlekehkan Yun Luofeng kerana terlalu bebal dan tidak layak untuk menggunakan sesuatu seperti Cecair Berubat Pengumpul-Roh. Saya teringin sangat melihat reaksinya nanti. Saya pasti reaksinya pasti sangat mengagumkan."

"Benar dia cakap begitu?" Tok Ketua Rong sangat terkejut. Dia senyap seketika lalu berkata, "Saya pernah berjumpa dengan Putera Mahkota dan menyagkakan dia ialah orang yang hebat, tapi melihat keadaan sekarang, Putera Mahkota ini cuma biasa-biasa saja! Fang Ya, Mu Rong, di masa akan datang, jika ahli Keluarga Diraja datang, saya tidak berjumpa dengan mereka! Walaupun Maharaja sendiri yang datang, saya tidak akan memberikan perhatian kepada Tuanku!"

Kali ini, bukan sahaja Mu Rong, Fang Ya juga sangat terperanjat. "Tok Ketua Rong, saya faham kamu mengagumi Yun Luofeng dan merasa besyukur sebab dia mampu menyembuhkan Daren. Namun, menutup pintu dan enggan berjumpa dengan Keluarga Diraja disebabkan Yun Luofeng, mungkin..."

"Fang Ya, kamu tidak faham, saya cuba memujuk Yun Luofeng untuk memberitahu dari mana dia belajar, tapi dia tidak ingin mendedahkan maklumat itu dan mengatakan gurunya tidak mahu dikenali sesiapa! Dari maklumat ini, saya boleh membuat kesimpulan yang gurunya pasti orang itu!" Tok Ketua Rong mengecilkan matanya. "Kemahiran perubatan orang itu sangat hebat dan anginnya pelik. Jika benar Yun Luofeng ialah anak muridnya, kita tidak boleh menyinggung perasaannya!"

Fang Ya terpegun seketika. "Tok Ketua Rong, kamu hendak katakan yang Yun Luofeng ialah anak murid Tabib Dewa?"

"Saya tidak berapa pasti, tapi selain dia, siapa lagi yang mampu mengajar anak murid seperti ini? Ketika Daren diracuni racun bunga Man Luo, saya pada asalnya ingin meminta Tabib Dewa untuk merawatnya tapi dia enggan! Jadi jika benar Yun Luofeng mampu merawat Daren, saya berani jamin dia ialah anak murid Tabib Dewa!"

Tok Ketua Rong mengangkat kepalanya untuk memandang Fang Ya, dan memberi arahan dengan serius, "Fang Ya, sekarang saya sudah tahu cara penyahtoksikannya, saya mesti pulang dengan segera. Saya serahkan hal ini kepada kamu. Ingat, kamu mesti merapatkan diri dengan Yun Luofeng! Walau bagaimanapun, jangan terlalu mendesak, cubaan berkawan yang terlalu mendesak akan menyebabkan seseorang itu tidak selesa."

"Baik, Tok Ketua Rong, saya faham."

Mata Fang Ya tidak lagi dihiasi daya tarikan dan telah digantikan dengan keseriusan.

...

Yun Luofeng baru sahaja menjejakkan kaki ke dewan utama Kediaman Yun dan telah melihat orang tua yang sedang mengeluh panjang.

Orang tua itu jelas telah melihat Yun Luofeng, yang telah masuk ke dalam dewan utama itu, dan dengan wajah sedih orang tua itu merenungnya tanpa gentar. "Feng'er, tidakkah kamu harus menjelaskan kepada Datuk? Kenapa kamu tidak benarkan Datuk bersaing untuk dapatkan Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu? Datuk faham kemahiran dalaman kamu sudah luar biasa, tapi jika kamu miliki Cecari Berubat Pengumpul-Roh, pertapaan kamu pasti akan lebih cepat."

Yun Luofeng menghentikan langkahnya sebentar, mengangkat bahunya sambil mengatakan, "Saya akhirnya berjaya mendapatkan 10 juta dengan menjual Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu. Sekarang Datuk ingin membelanjakan 20 juta untuk membelinya semula untuk saya. Datuk, kalau ingin jadi boros sekalipun, bukan begitu caranya! Datuk fikir mudah untuk cucu Datuk ini mendapatkan duit lebih?"

"Budak bangsat, kamu cakap Datuk boros, kamu..."

Pada asalnya, setelah mendengar perkataan 'boros', orang tua menjadi sangat marah dan hampir mengajar gadis itu tanpa belas kasihan, tapi lambat memberi reaksi dan mulutnya ternganga kerana terkejut. "Apa kamu cakap tadi, kamu yang menjual Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu?"

avataravatar
Next chapter