52 Lelaki Tua Yang Menerima Kejutan (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Betul tu," Yun Luofeng mengangguk sedikit, memeluk tubuhnya ketika bersandar pada pintu, nada suaranya bersahaja dan tidak teragak-agak, "Kalau ada apa-apa untuk dikatakan, terus terang. Saya masih ada benda lain yang perlu dilakukan. Jika kamu mencari saya untuk merawat penyakit, saya tidak akan melakukannya tanpa 50 juta tahil."

Apa yang dikatakan angkuh dan yakin?

Pada ketika itu, Yun Luofeng mendefinisikannya dengan cukup jelas, sehingga menyebabkan Mu Rong, yang pada asalnya hendak menerangkan tentang identiti Yun Luofeng kepada Tok Ketua Rong, menjadi kaku di situ.

"Jika benar kamu mampu menyahtoksikkan racun bunga Man Luo, jangan kata 50 juta, walaupun kamu minta 100 juta, kami tetap akan tunaikan." Tok Ketua Rong memandang Yun Luofeng dengan serius.

Berkaitan dengan Fang Ya, dia sangat yakin. Jika Fang Ya yang menemui orang ini, dia tidak akan silap!

"Hmm," Yun Luofeng menyentuh dagunya, tersenyum malas, "Pavilion Perubatan sangat baik hati. Jika saya tidak menerima 100 juta dari kamu, pasti kamu terkilan. Beginilah, saya akan menyahtoksikkan racun bunga Man Luo dan kamu akan beri saya 100 juta tahil! Tambahan lagi, saya ingin menukar pembahagian pendapatan Cecair Berubat Pengumpul-Roh. Harga jualan untuk satu dos Cecair Berubat Perngumpul-Roh ialah 20 juta, saya akan ambil 19 juta daripadanya."

Tok Ketua Rong terpegun.

Dia telah menyebut 100 juta dengan bersahaja, tetapi gadis ini menaikkan harga begitu saja?

Tunggu sekejap!

Tiba-tiba, Tok Ketua Rong sedar semula, matanya yang kehairanan merenung Yun Luofeng. "Apa maksud ayat kamu itu? Kamu kata Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu milik kamu? Kamu ada lagi Cecair Berubat Pengumpul-Roh yang lain?"

"Haha!" Fang Ya tidak dapat menahan diri daripada ketawa. "Tok Ketua Rong, saya terlupa untuk memaklumkan kamu, orang bijak yang menyelesaikan masalah yang amat sukar dan penjual Cecair Berubat Pengumpul-Roh ialah orang yang sama, iaitu gadis ini!"

Tubuh Tok Ketua Rong bergetar, matanya dipenuhi rasa tidak percaya.

Dia sungguh tidak menyangka sesuatu seperti Cecair Berubat Pengumpul-Roh datang daripada tangan seorang gadis berusia 14 tahun.

"Gadis muda, jika kamu mampu merawat racun bunga Man Luo, kami akan setuju dengan apa jua permintaan kamu!"

Selama ini, bukan Tok Ketua Rong tidak mencuba untuk menyaktoksikkan racun itu sendiri, tapi usahanya tidak berhasil. Ada beberapa hal dalam penyelesaian itu yang dia tidak faham. Justeru itu, proses penyahtoksikkan itu mesti dilakukan oleh Yun Luofeng sendiri.

"Baiklah," Yun Luofeng menjeling Tok Ketua Rong, "Cuma saya tidak mahu terlalu ramai orang tahu mengenai perkara ini! Apabila tiba masa untuk menyahtoksik, kamu boleh hantar sesiapa ke Kediaman Yun untuk mencari saya."

Mata Tok Ketua Rong bersinar-sinar. "Gadis muda, boleh saya tanya satu soalan lagi, dari mana kamu belajar?"

"Maafkan saya, guru saya, orang tua itu, tidak suka kewujudannya diketahui oleh orang lain, jadi saya tidak akan menjawab soalan ini."

Yun Luofeng menguap, perlahan-lahan berdiri tegak. "Jika tiada apa-apa lagi, saya pergi dulu. Tentang Cecair Berubat Pengumpul-Roh yang lain pula, saya akan bawakan ke Pavilion Perubatan nanti..."

Habis saja ayatnya itu, Yun Luofeng berpusing, berniat untuk pergi. Sewaktu dia berjalan ke pintu masuk bilik itu, dia berhenti dan berkata tanpa menoleh, "Oh ya, Fang Ya, saya harus menyusahkan kamu untuk menghantar ubat herba yang saya perlukan ke Kediaman Jeneral nanti."

Dengan itu, dia pergi tanpa berunding dengan sesiapa.

"Mu Rong, siapakah Yun Luofeng ini?

Melihat bayang wanita muda itu pergi, Tok Ketua Rong bertanya sambil mengelamun.

"Tok Ketua Rong, Yun Luofeng ini adalah satu-satunya anak tunggal Kediaman Jeneral tetapi dilahirkan dengan resam tubuh yang tidak berguna, tidak mampu bertapa. Sebelum ini, dia bertunang dengan Putera Mahkota, tapi baru-baru ini, Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka. Saya juga dengar Putera Mahkota dan Mu Wushuang dari Kediaman Perdana Menteri Mu sangat intim."

"Mu Wushuang?" Kening Tok Ketua Rong berkerut. "Perempuan yang datang berkali-kali untuk berjumpa dengan saya?"

"Betul, itulah dia!"

avataravatar
Next chapter