10 Kunjungan Putera Mahkota (3)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Riak wajah Jing Lin berubah. Jelas sekali dia teringat sewaktu Yun Luo mengejutkan seluruh Longyuan ibarat ribut.

Ketika itu, ibu bapa Yun Luofeng mengetuai askar melawan musuh, dan Perdana Menteri Mu tanpa sengaja mendedahkan risikan dan maklumat ini diperolehi pihak musuh. Ini telah menyebabkan kematian tragik kedua ibu bapa Yun Luofeng. Atas alasan ini, Yun Luo yang sedang bersedih memanggil askar-askarnya untuk menyerbu Kediaman Perdana Menteri, kejadian itu menyebabkan sensasi yang hebat di seluruh Kerajaan Longyuan.

Akhirnya, Maharaja Longyuan sendiri terpaksa turun padang untuk menyelesaikan hal itu.

Walaupun Maharaja telah membuat Perdana Menteri mengunjungi makam ibu bapa Yun Luofeng setiap tahun untuk meminta maaf dan menebus kesalahan mengakibatkan kematian mereka, masyarakat masih faham Maharaja berat sebelah dan memihak pada keluarga Perdana Menteri.

Tanpa sebab lain selain dari anak Perdana Menteri Mu adalah gundik kesayangan Maharaja. Pada asalnya dia sepatutnya dihukum mati, tapi Perdana Menteri Mu masih hidup dan sihat, naik pangkat setiap tahun, dan akhirnya mendapat pangkat Perdana Menteri.

Lawatan tahunan ke kubur pula?

Sudah cukup baik dia tidak memijak kubur itu, apatah lagi hendak mengharapkan lawatannya.

"Orang Tua, kebelakangan ini kamu selalu marah. Kamu patut menghilangkan kemarahan kamu."

Pada waktu ini, bunyi ketawa kedengaran dari luar dewan itu.

Perempuan berpakaian putih dengan senyuman malas berjalan masuk. Dia mempunyai pesona nakal dan kelihatan tidak berdisiplin. Dia melihat wajah Yun Luo yang tidak tertawa. Dari mula melangkah masuk, dia langsung tidak melihat ke arah pemuda yang berada di situ, seolah-olah langsung tidak perasan akan kewujudannya.

Pada asalnya, pemuda itu hanya duduk meminum teh. Hanya selepas mendengar suara Yun Luofeng dia mengangkat kepalanya. Matanya perlahan menatap seluruh tubuh Yun Luofeng dengan penuh penyesalan.

Memang benar, Yun Luofeng ini sangat cantik. Malangnya, dia perempuan berdada besar, suka mengejar lelaki dan tidak mempunyai apa-apa bakat. Jadi bagaimana perempuan tidak berguna ini layak berdiri di sampingnya?

Dia telah ditakdirkan untuk menjadi lelaki yang hebat. Yun Luofeng pula cuma gadis tak guna yang dipandang hina.

Jika dia mengahwini Yun Luofeng, reputasinya akan hancur!

"Hehe," Yun Luo terbatuk dua kali, wajahnya tampak malu. "Feng'er, kamu datang?"

Budak kecil ini, dia marah kerana budak ini, dan budak ini pula mahu dia menghilangkan kemarahannya?

Perlukah membuat orang marah seperti ini?

Sebenarnya, Yun Luofeng telah sampai di pintu lebih awal tadi. Jadi dia telah mendengar perbualan datuknya dengan Jing Lin.

Sejak awal lagi, tuduhan keji Jing Lin terhadapnya membuat dia tidak sedap hati tentang datuknya yang kedekut itu. Tapi dia tidak menyangka, di hadapan orang lain, datuknya akan mempertahankan dia. Nampaknya, perasaan mempunyai seorang datuk rasanya… tidaklah teruk sangat.

Bibir Yun Luofeng melengkung ke atas. "Saya baru bangun, jadi pastilah saya terlambat."

Baru bangun?

Wajah Yun Luo merah kerana malu. Perempuan ini rupanya berada di bilik terlalu lama sebab dia sedang tidur?

"Oh," Perli Jing Lin, "Saya sudah cakap awal-awal tadi, Yun Luofeng tidak mempunyai hal penting untuk dilakukan, jadi hal penting yang kamu katakan tadi adalah tidur? Sebab ini sahaja Putera Mahkota kita menunggu lama."

Yun Luofeng memandangnya, "Tidur itu penting dalam hidup. Jika saya tidak bangun, saya tetap tidak akan berjumpa dengan tetamu walau siapa yang datang."

"Feng'er." Yun Luo berpura-pura marah lalu berpaling ke arah pemuda itu. "Tuanku Diraja Putera Mahkota, tetamu tidak akan berkunjung tanpa sebab, Tuanku tidak datang ke Kediaman Jeneral saya hari ini hanya untuk minum teh, benar?"

Pemuda itu meletakkan minumannya, tanpa emosi di matanya dan berkata dengan suara dingin. "Jeneral Yun Luo, beta datang ke Kediaman Jeneral ini untuk memutuskan pertunangan ini! Kamu patut tahu yang badan cucu kamu bermasalah, jika tiada tabib yang membantu, dia akan menjadi orang tidak berguna sepanjang hidupnya. Jadi, disebabkan keadaanya, saya akan membenarkan Jing Lin menggunakan kebolehannya untuk membantu Cik kamu yang terhormat supaya dia boleh bertapa. Saya tidak memberi jaminan dia akan menjadi orang yang hebat, tapi paling tidak, dia akan menjadi seperti orang lain dan bukan orang yang sia-sia."

avataravatar
Next chapter