9 Kunjungan Putera Mahkota (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Putera Mahkota?

Dahi Yun Luofeng berkerut lalu dia bangun dari katil. Tapi setelah bangun, dia terhenti sejenak.

Jika diingat semula, sebelum ini, dia terpaksa berhenti berlatih sebab banyak kehilangan darah, tapi sekarang dia bersih. Pakaian putihnya bersih dan bersinar seperti selepas baru dicuci.

Apa yang sedang berlaku?

Yun Luofeng tidak memikirkannya lagi kerana dia tidak dapat memahaminya. Dia tersengih dan berkata, "Qingyan, mari, saya ingin tahu kenapa Putera Mahkota datang ke Kediaman Jeneral."

Tanpa menunggu balasan dari Qingyan, Yun Luofeng terus berjalan keluar dari bilik itu. Tidak lama kemudian, Qingyan sedar dari terpegun dan pantas mengekori dari belakang, hatinya penuh dengan keraguan.

Atas sebab yang tidak diketahui, sejak percubaan membunuh diri Cik, dia seperti menjadi orang yang berbeza. Walau selepas mendengar tentang kunjungan Putera Mahkota, dia tidak teruja seperti dulu, malahan memberikan reaksi yang pelik.

Di dewan utama, Jeneral Yun Luo duduk tegak, keningnya berkerut dan matanya kelihatan sedih.

Di sampingnya terdapat seorang lelaki tua dan seorang lelaki muda, dan yang muda itu kelihatan seperti baru berumur 18 tahun. Dia sangat tampan, membawa peralatan yang luar biasa, memakai jubah askar berwarna biru dan badannya tegak seperti sebilah pedang yang tajam. Kelihatan seperti dia boleh membunuh sesiapa tanpa diduga.

Di belakangnya, berdiri seorang lelaki tua. Berbanding dengan lelaki muda itu, wajah orang tua itu sedang berang, matanya membara dengan kemarahan yang tidak terluah.

"Jeneral Yun, Putera keluarga saya telah menunggu lama, tidakkah kamu tahu bila anak perempuan keluarga kamu akan menghadirkan diri?"

"Ini…" Yun Luo ragu-ragu. "Saya telah menghantar hamba suruhan untuk memberitahu dia, tidak lama lagi dia pasti akan sampai."

Sudan tentu, Yun Luo tidak memberitahu yang dia telah mengarahkan hamba suruhan itu untuk tidak menganggu dan menunggu Yun Luofeng selesai jika dia sedang sibuk berbuat sesuatu sebelum memberitahu yang Putera Mahkota hendak berjumpa dengannya.

Jadi, apabila Qingyan melihat Yun Luofeng sedang tidur, dia menurut perintah dan menunggu sehingga Yun Luofeng bangun.

"Hmph! Kamu berkata begitu juga sebentar tadi, berapa lama lagi kami harus menunggu? Tinggi sangatkah kedudukan Cik Sulung Keluarga Yun, sehingga membuat Tuanku menunggu selama sejam!" Orang tua itu berdeham, nadanya kurang sopan.

Yun Luo muram, memandang ke arah orang tua itu. "Cucu saya ada sesuatu yang penting perlu dilakukan, jadi saya cuma mampu memberitahu kamu untuk tunggu. Jika kamu tidak mahu menunggu, kamu boleh pergi. Saya tidak akan menghantar kamu keluar."

"Kamu…" Orang tua itu meradang dengan kata-kata Yun Luo sehingga wajah tuanya menjadi kemerahan, nada suaranya sangat marah. "Seperti yang kita tahu, Yun Luofeng asyik mengejar Tuanku Diraja Putera Mahkota siang malam. Selain dari mengejar lelaki, apa lagi yang dia lakukan? Sekarang Putera Mahkota sudah berada di sini, dan dia cuba menyukarkan keadaan dan tidak hadirkan diri? Memikirkan Tuanku akan memberinya lebih perhatian? Tapi dia tidak lihat apa yang dia lakukan tidak lama dulu pada siang-siang hari, menarik lelaki lain secara paksa! Sungguh tidak bermoral! Tidak tahu malu!"

Yun Luo menumbuk meja, merenung tajam ke arah orang tua itu, matanya membara dengan kemarahan.

"Jing Lin, ini cucu Yun Luo, orang lain tidak berhak mengatakan perkara tidak bertanggungjawab seperti itu! Tambahan pula, apa bukti yang kamu ada untuk membuktikan khabar angin itu benar? Cuma dengan kata-kata berat sebelah lelaki itu? Jika kamu berkata satu ayat lagi tentang dia, saya akan membiarkan jutaan askar saya memusnahkan kediaman kamu! Lagipun, saya sudah pernah melakukan hal seperti ini, saya tidak kisah langsung untuk melakukannya lagi!"

avataravatar
Next chapter