62 Jemputan Ke Jamuan (4)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Pengawal diraja itu memberikan tabik genggam lalu mengundurkan diri.

Sebaik sahaja dia pergi, Yun Luo mengerutkan dahinya lalu bertanya, "Apa pula yang Putera Mahkota ingin lakukan kali ini?"

"Begini," Yun Luofeng menutup jemputan itu, "petang ini, Putera Mahkota akan mengadakan jamuan di tebing Sungai Qin. Pada dasarnya, semua generasi muda dari keluarga bangsawan di Long Yuan akan hadir. Jadi dia telah menghantar jemputan! Sebelum ini, jamuan ini pernah diadakan beberapa kali, namun dia tidak pernah menjemput saya. Nampaknya sekarang Putera Mahkota ini ingin menunjuk-nunjukkan perasaannya terhadap Mu Wushuang di depan saya dan pada masa yang sama, ingin memalukan saya."

"Kamu dan Putera Mahkota telah memutuskan pertunangan kamu. Perlukah dia berbuat begitu?"

"Datuk sudah lupa? Memang benar Putera Mahkota yang hendak memutuskan pertunangan dengan saya, tapi akhirnya, hal ini telah diajukan oleh Kediaman Yun! Dalam kata lain, ini telah mengubah perspektif sesuatu perkara-menjadikan saya yang menolak Putera Mahkota! Walaupun semua orang tahu hati Putera Mahkota telah dimiliki oleh Mu Wushuang, hal ini tetap membuatkan dia berasa malu. Dia ingin membuat saya sedar kehilangan dia bermakna saya tidak akan menemui lelaki yang lebih baik di mana-mana!"

Senyuman jahat terukir pada wajah Yun Luofeng. "Memandangkan dia ingin menunjuk-nunjukkan perasaannya, saya patut memenuhi permintaannya. Kenapa tidak?"

"Feng'er, Datuk tidak sarankan kamu pergi." Kening Yun Luo berkerut semakin ketat. "Walaupun kamu mampu bertapa sekarang, kebolehan kamu masih terlalu jauh jika dibandingkan dengan Putera Mahkota! Keadaan ini tidak akan menguntungkan kamu!"

Kedua mata hitam Yun Luofeng mengeluarkan cahaya berkilauan, wajahnya yang kasar mendedahkan sinar keyakinan.

"Jangan bimbang, saya tidak akan diambil kesempatan."

Orang yang berada dalam kekurangan pasti orang lain, bukannya Yun Luofeng!

"Kamu mahu Yun Xiao menemani kamu?" Hati Yun Luo masih lagi risau.

Di dalam hatinya, orang-orang itu umpama serigala dan harimau yang ganas dan lapar. Bagaimana cucunya yang berkulit lembut dan berdaging empuk dapat menahan gigitan mereka?

"Membiarkan Yun Xiao menguruskan orang-orang itu, bukankah itu terlalu berlebih-lebihan? Yun Luofeng mengangkat keningnya. "Saya pergi bersendirian sudah cukup. Datuk, saya perlu membuat persiapan untuk jamuan malam ini. Jangan bimbang dan tunggu saya di rumah."

Dia menepuk bahu Yun Luo, senyum dengan penuh misteri dan berlalu pergi...

...

Di tebing Sungai Qin

Bunyi ziter masih terngiang-ngiang dan berterusan untuk jangka masa yang panjang.

Di dalam kapal yang meriah dan mewah itu, ramai anak muda berbincang dengan kuat mengenai puisi, lagu pendek, syair, lagu-lagu dan masalah bertapa yang rumit! Gao Ling bersama Mu Wushuang dikelilingi oleh orang-orang ini dan menjadi tumpuan sanjungan mereka.

"Oh ya, Tuanku Putera Mahkota, bukankah Tuanku kata Yun Luofeng si sampah itu akan datang juga hari ini? Kenapa dia masih belum muncul lagi?" Guan Lin, anak lelaki Menteri Perang tiba-tiba bertanya.

Keadaan yang meriah itu tiba-tiba menjadi senyap. Ia senyap agak lama sebelum perbualan kembali rancak.

"Tuanku Putera Mahkota, mengapa Tuanku menjemput sampah seperti Yun Luofeng itu ke sini? Orang sepertinya tidak layak bergaul dengan kita!"

"Benar sekali, Yun Luofenng ini dahulunya sekadar orang yang tidak berguna, tapi lihat apa yang telah dia lakukan baru-baru ini! Mula-mula dia memboroskan semua duit Kediaman Jeneral, kemudian dia memaksa Jeneral Yun untuk merekrut pengawal dan hamba suruhan untuknya! Jeneral Yun itu sudah tua, tapi dia masih perlu melakukan kerja berat. Kenapa orang macam Yun Luofeng tidak terus mati sahaja?"

"Dia sememangnya tidak sedar diri dan tidak tahu bersyukur! Tuanku Putera Mahkota, sebelum ini, Tuanku tidak berpaling dari kekurangan bakat dalamannya dan masih ingin bertunang dan menunaikan janji untuk menjadikan dia isteri. Meskipun begitu, dia masih berani untuk menarik lelaki asing di tempat umum! Bagaimana wanita tidak malu seperti ini wujud di dunia!"

Mendengar orang-orang ini merendah-rendahkan Yun Luofeng, hati Mu Wushuang dipenuhi keriangan. Walau bagaimanapun, wajahnya tidak mendedahkan hakikat itu dan penampilannya masih lagi anggun dengan senyuman yang ayu.

"Hal ini tiada kena mengena dengan Putera Mahkota. Saya yang meminta Baginda menjemput Yun Luofeng. Tambahan pula, tujuan membenarkan dia datang kali ini sangat jelas. Saya akan memilih suami untuknya dari kalangan kamu sebagai pampasan kerana Putera Mahkota memutuskan pertunangan mereka.

avataravatar
Next chapter