61 Jemputan Ke Jamuan (3)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Suaranya garau tetapi mengandungi gelombang tenaga rohani, cukup untuk membuat orang dalam bayangan gelap itu mendengarnya. Oleh itu, sebaik nama itu disebut, seorang lelaki berpakaian jubah kelabu masuk dengan lincah, menundukkan dirinya di hadapan Yun Xiao.

"Apa arahan Tuan?"

Yun Xiao senyap seketika, lalu dengan tiba-tiba dia bertanya, "Kamu pernah bersentuhan dengan wanita?"

"Ah?" Lin Qiong tergamam. Dia tidak pernah menyangka Tuannya memanggilnya hanya untuk bertanyakan soalan ini.

Sebelum ini, kerana takut Yun Luofeng sedar akan kehadirannya, Lin Qiong menjarakkan diri. Tambahan pula, suara yang Yun Luofeng gunakan untuk bercakap dengan Yun Xiao cukup perlahan, jadi dia tidak dengar apa yang mereka bualkan.

"Ini..." Lin Qiong menggaru belakang kepalanya, "Tuan sendiri tidak mempunyai ramai wanita di sekeliling Tuan. Justeru itu, saya juga tidak selalu bertemu dengan wanita. Walau bagaimanapun, setelah menyelesaikan satu misi, saya kadang-kadang akan melawat rumah pelacuran."

"Kamu tahu tentang Chungong Tu?" Yun Xiao berkerut dan bertanya lagi.

Lin Qiong tercengang. Provokasi apa yang telah Tuannya alami, sehingga mengambil inisiatif untuk bertanyakan Chungong Tu?

"Tuan mahukan Chungong Tu?"

"Ya." Yun Xiao menjawab dengan suara yang dalam, "sediakan satu salinan Chungong Tu untuk saya."

"..." Lin Qiong sangat terperanjat sehingga dia tidak mampu berkata apa-apa.

Tuan benar-benar ingin membaca Chungong Tu?

Mungkinkah Tuan sudah mula membuka matanya?

"Baiklah, anak buah ini akan lakukan apa yang Tuan arahkan!" Lin Qiong memberikan tabik genggam dengan penuh hormat. Tidak lama kemudian, seolah-olah dia terfikirkan sesuatu, dia berkata, "Tuan, baru tadi saya merasakan di gunung belakang Kediaman Keluarga Yun ini seperti ada orang lain, saya tidak tahu sama ada..."

Renungan dingin lelaki itu jatuh pada tubuh Lin Qiong, menakutkan Lin Qiong dan membuat seluruh tubuhnya menggigil. Dengan segera dia menundukkan kepalanya.

"Ampunkan saya!"

Bagaimana dia boleh lupa kuasa Tuannya itu sangat kuat? Denga kekuatannya dia pasti sudah sedar kehadiran orang itu. Namun dia tidak berkata apa-apa atau menyiasat sebabnya. Melalui tindakannya ini, seseorang boleh membuat kesimpulan tantang hubungan orang itu dengan Keluarga Yun!

Tetapi dia dengan sewenang-wenangnya telah mendedahkan hal ini! Mengenali cara Tuannya, mustahil untuk Tuannya melepaskannya dengan mudah.

"Pulang dan terima hukuman kamu." Suara lelaki itu sangat dingin dan tiada emosi, sama seperti hentaman kuat yang dengan ganasnya menghempap badan Lin Qiong.

"Anak buah ini menjunjung perintah."

Dahi Lin Qiong mula berpeluh. Bulu romanya meremang apabila terfikirkan hukuman yang telah Tuannya perintahkan.

"Ingat, sesuatu yang kamu tiada kaitan, kamu tidak patut ambil peduli!" Setelah berkata begitu, Yun Xiao menuju ke luar rumah itu. Ketika dia hendak melangkah ke luar pintu rumah itu, dia berkata, "Selepas kamu bawakan Chungong Tu, pulang untuk terima hukuman kamu."

Setelah Yun Xiao lenyap dari pandangan, kedua kaki Lin Qiong menjadi longlai, lalu dia jatuh terduduk di atas lantai. Dia menampar mulutnya beberapa kali, wajahnya tegang dengan kekecewaan.

"Teruskan bercakap sembarangan! Bagus, sekarang kamu perlu pulang untuk menerima hukuman!"

...

Di dewan utama Kediaman Yun.

Wajah lelaki tua itu kelihatan sedikit tidak sabar dan wajah tuanya yang tenang memandang ke luar pintu. Saat dia melihat seorang gadis muda yang sangat jelita berjalan sambil disinari cahaya matahari, wajahnya akhirnya kelihatan lega.

Yun Luo melambaikan tangannya ke arah Yun Luofeng lalu berkata dengan ramah, "Feng'er, mari sini kepada Datuk."

Mendengar kata-kata ini, Yun Luofeng berjalan ke sisi Yun Luo. Kemudian pandangannya beralih kepada lelaki yang memakai seragam pengawal diraja Putera Mahkota. Dia menangkat keningnya ketika bertanya, "Apa halnya Putera Mahkota menghantar kamu untuk mencari saya?"

"Baginda Putera Mahkota menghantar saya untuk menghantar jemputan kepada Cik Sulung Yun."

Jemputan?

Yun Luofeng terpegun, mengambil jemputan daripada pengawal diraja itu. Setelah meneliti isi kandungan jemputan itu, dia ketawa kecil, "Saya faham. Kamu boleh pulang dan beritahu Putera Mahkota yang saya akan pergi dan menghadiri jemputan ini sebentar lagi."

avataravatar
Next chapter