59 Jemputan Ke Jamuan (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Di gunung.

Yun Luofeng masuk ke dalam rumah, terus menutup pintu, dan bergegas menuju katil. Seketika selepas dia baring, cahaya putih menyinari bilik itu. Apabila dia sedar, dia sudah berdiri di dalam Dunia Kod Dewa.

Wajah keanak-anakan yang comel dan berwarna merah jambu menyambut pandangannya. Ketika ini, wajah seakan bayi itu penuh kedukaan, matanya yang hitam dan besar memandang Yun Luofeng seperti dia telah dianiaya...

"Tuan cuma datang melawat saya setiap beberapa hari. Saya sangat bosan berada seorang diri di sini."

Wajah Yun Luofeng yang cantik menunjukkan senyuman yang mempesona. "Xiao Mo, saya datang untuk bertanyakan sesuatu. Kamu ada cara untuk mengelak orang tidak dikenali dari memasuki jarak 500 meter daripada kawasan Kediaman Jeneral?"

Wajah Xiao Mo semakin sedih. "Tuan cuma datang ke sini jika memerlukan sesuatu. Jika tidak perlu apa-apa, Tuan tidak datang jumpa saya."

Walaupun dia berkata begitu, demi Yun Luofeng, Xiao Mo, artifak dewa ini, akan menjawab apa jua soalan.

"Bukan saya tidak mempunyai cara yang Tuan sebutkan, tetapi jika Tuan tidak mahu orang luar tahu mengenai latihan askar Tuan, Teh Susu boleh membantu! Teh Susu boleh membantu menggali lubang bagi membina pusat latihan bawah tanah dalam masa beberapa hari. Setelah itu, jika Tuan melatih askar di sana, tiada siapa yang akan tahu."

Yun Luofeng hanya diam.

Bilik batu Kediaman Yun sememangnya luas, tapi rekrutnya juga ramai! Jika dia menyumbat mereka semua ke dalam bilik batu, mereka tidak akan dapat berpecah untuk berlatih! Tapi jika mereka berlatih di halaman Kediaman Yun, kegiatan mereka akan terbongkar dan berita itu pasti tersebar. Hal itu bukan sesuatu yang baik untuk Keluarga Yun.

"Tuan, herba rohani sudah berjaya membesar. Tuan patut memberi Teh Susu makan semuanya, jadi ia boleh mencapai satu tahap evolusi! Jika Tuan mahu Teh Susu membesar dengan lebih cepat, Tuan harus sediakan herba rohani yang lebih bernilai," Xiao Mo menjeling Yun Luofeng yang sedang senyap, dan dia teruskan bercakap.

"Squeak, squeak."

Teh Susu tidak lagi dapat menahan dirinya, matanya yang bulat berputar-putar, dan akhirnya terlihat herba rohani di ladang ubat herba itu, hampir terliur Teh Susu dibuatnya.

"Tahap kekuatan Teh Susu sekarang ialah pertapa rohani peringkat-awal tahap-rendah. Setelah naik satu tahap, ia akan menjadi pertapa rohani peringkat-awal tahap-sederhana! Kekuatan ini tidaklah begitu berguna untuk saya buat masa sekarang, tapi kelajuannya menggali lubang akan menjadi lebih cepat."

Yun Luofeng membelai kepala Teh Susu dengan perlahan. "Pergilah, semua herba rohani ni milik kamu, dengan syarat kamu uruskan hal mengenai pusat latihan bawah tanah Kediaman Yun."

"Squeak, squeak."

Teh Susu berciut dengan gembiranya dan dengan cepat melompat turun dari tangan Yun Luofeng. Ia memegang serumpun herba rohani lalu mula mengigit-gigit herba itu.

"Tuan, tanamlah ubat herba yang Tuan beli beberapa hari lalu di ladang! Berdasarkan saiz ladang ini, Tuan sepatutnya mampu menanam sepuluh jenis ubat herba! Sepuluh jenis herba ini pula akan boleh dijadikan dua jenis cecair berubat, Cecair Berubat Pengumpul-Roh dan Cecair Pembersih Inti Sari."

Xiao Mo mengenyitkan matanya, suaranya lembut seperti gula kapas.

"Tuan, Cecair Berubat Pengumpul-Roh yang diperbuat dari herba rohani boleh digunakan selama sebulan secara berterusan. Tidak seperti cecair berubat yang diperbuat dari ubat herba biasa, yang mana kesannya berkurangan selepas sehari dan akan hilang sepenuhnya selepas seminggu! Untuk Cecair Pembersih Inti Sari pula, terdapat rekod dalam Kod Dewa Perubatan yang mengatakan cecair ini mampu memperbaiki keupayaan dalaman seseorang. Walaupun mereka ibarat sampah, setelah kerap menggunakan Cecair Pembersih Inti Sari, mereka juga mampu menjadi orang yang hebat."

Yun Luofeng memang sudah membaca nama itu, "Cecair Pembersih Inti Sari," dalam Kod Dewa Perubatan. Sebab itulah dia sangat yakin dapat menjadikan orang-orang yang dianggap tidak berguna itu menjadi kuat...

"Berapa lama yang diperlukan untuk ubat herba menjadi herba rohani?"

"Lima belas hari."

Lima belas hari?

Mendengar kata-kata Xiao Mo, Yun Luofeng senyap seketika. "Jadi, saya akan gunakan masa 15 hari untuk mengawal pasukan 200 orang ini!"

avataravatar
Next chapter