42 Hamster Pencari-Emas, Pencuri Makanan (4)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Tuan ada cara, ada jalan pintas! Sukar untuk memelihara hamster Pencari-Emas dengan ubat herba biasa, tapi Tuan ada herba rohani! Jika Tuan memberi hamster ini makan herba rohani, ia akan membesar dengan sangat cepat!"

Di benua ini, bangsawan biasa yang muda akan menjinakkan satu atau dua binatang roh untuk dijadikan peneman! Dahulu, Yun Luofeng bukan tidak pernah terfikir mengenainya, tetapi dia langsung tidak memiliki kekuatan, walaupun ada orang lain dari Keluarga Yun menjinakkan binatang rohani untuknya, akan tiba hari di mana binatang roh itu mengkhianatinya!

Hamster Pencari-Emas itu, yang sedang makan dengan senang hati, akhirnya menyedari renungan Yun Luofeng, dengan kaku ia memusingkan kepalanya sedikit demi sedikit. Lalu pandangannya bertembung dengan sepasang mata yang tersenyum keji.

"Squeak!"

Hamster Pencari-Emas itu terkeiut dan sekelip mata sahaja ia sudah cuba untuk meluru ke arah pintu. Namun, sebelum ia sempat keluar, ia diangkat oleh satu tangan lalu diletakkan di atas tangan yang satu lagi.

"Squeak, squeak, squeak!"

Dalam tangan Yun Luofeng, hamster Pencari-Emas itu bergelut dua kali, kemudian menggigit jari Yun Luofeng. Namun, kulit Yun Luofeng langsung tidak luka akibat serangan itu, dan matanya merenung hamster itu sambil tersenyum kecil.

Hamster itu akhirnya berhenti melawan. Hamster itu kelihatan seperti sudah putus harapan, ia sudah membayangkan keadaannya saat dijadikan hidangan hamster.

"Mahkluk kecil, apa kata kamu ikut saya?"

Pada saat hamster Pencari-Emas itu sudah putus harapan sehingga enggan bergerak, Yun Luofeng membuka mulutnya untuk bertanya.

Ekspresi hamster Pencari-Emas itu kembali mekar. Ia mengelipkan mata dan memandang kosong ke arah gadis yang tersangat cantik itu dengan wajahnya yang dihiasi senyuman jahat.

Apa yang gadis ini maksudkan?

Ia tidak perlu menjadi hidangan hamster?

"Saya tahu kamu boleh faham apa yang saya cakap. Ikut saya dan kamu akan dapat ubat untuk kamu makan setiap hari. Bagaimana?"

Jika manusia biasa mendengar kata-kata itu, mereka pasti akan membelasah kamu cukup-cukup.

Tetapi hamster Pencari-Emas ini lain!

Selepas mendengar kata-kata Yun Luofeng, sepasang masa yang sangat hitam itu bercahaya, lantas hamster itu menganggukkan kepalanya dan berdecit sekali.

"Saya akan berikan kamu nama," Yun Luofeng bermain dengan hamster Pencari-Emas di tangannya, matanya mendedahkan senyuman yang jahat. "Oleh sebab warna kamu seperti susu, saya akan panggil kamu Teh Susu mulai sekarang."

"Squeak!"

Hamster Pencari-Emas itu membalas dengan bunyi. Selagi ada ubat untuk dimakan setiap hari, ia tidak kisah apa pun nama yang diberikan.

"Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini ialah sisa saya tadi. Ia tidak terlalu berguna untuk menambah kekuatan kamu. Nanti, saya akan pergi ke Pavilion Perubatan untuk belikan kamu bahan-bahan herba. Tapi," Yun Luofeng diam seketika, "sebaik kamu mengikut saya bermula dari sekarang, kamu tidak boleh ragu-ragu. Contohnya, bila kamu mendapat ubat herba dari luar, kamu mesti membawakannya kepada saya terlebih dahulu."

Setelah selesai berkata-kata, Yun Luofeng menyembunyikan Teh Susu ke dalam lengan bajunya lalu keluar dari bilik itu.

Empat hari!

Dia telah menyendiri selama empat hari. Selama tempoh itu, selain dari Yun Xiao, yang menyediakan makanannya, dan Pak Cik Kedua, yang memerlukannya untuk rawatan akupuntur kakinya, dia tidak bertemu dengan orang lain.

"Cik, akhirnya Cik muncul."

Apabila hamba itu, Qingyan, melihat Yun Luofeng berjalan turun dari gunung, dia terus mendekati Yun Luofeng untuk melaporkan dengan tergesa-gesa, "Cik, Mu Shen itu datang lagi."

"Mu Shen? Dia sudah mengumpul 45 juta tahil?" Yun Luofeng menyentuh dagunya dan berkata, "Qingyan, saya perlu pergi ke Pavilion Perubatan sekarang. Minta dia tinggalkan duit, dan untuk hal-hal lain, minta dia untuk tunggu saya di halaman belakang esok."

Hari sudah lewat, jadi dia tiada masa untuk memberikan perhatian kepada Mu Shen.

Qingyan termenung sebentar. Tidak lama kemudian, dia melihat Yun Luofeng menuju ke arah pintu belakang, dan mata besarnya dipenuhi kekeliruan.

Sejak Cik gagal membunuh diri, seolah-olah...perubahan dirinya sangat dahsyat. Dirinya yang dahulu akan mengejar Putera Mahkota sepanjang hari, tapi sebaliknya dia yang sekarang akan berlari ke arah Pavilion Perubatan sepanjang hari...

avataravatar
Next chapter