41 Hamster Pencari-Emas, Pencuri Makanan (3)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Saya suruh kamu mencari satu orang, tapi kamu masih belum mennemuinya selepas beberapa hari. Kamu semua tak guna!"

Tok Ketua Rong menumbuk meja dengan sangat marah, dan meja itu terus hancur berkecai, membuatkan semua orang di situ menggigil.

Mereka dapat membayangkan kekuatan tumbukan itu jika terkena pada badan mereka.

"Tok Ketua Rong, saya ada rancangan." Dari khalayak ramai itu, seorang lelaki berjubah kelabu maju ke depan, memberi tabik genggam, dan penuh hormat berkata, "Sebelum ini, Tabib Dewa itu meninggalkan jawapan di bawah persoalan tentang racun Man Luo, menunjukkan yang dia berminat dengan penyakit yang luar biasa dan pelik, jadi apa kata kita tampalkan masalah yang sangat sukar pada dinding itu. Jika dia muncul dan cuba menyelesaikannya, kita akan dapat jumpa dia!"

Kemarahan Tok Ketua Rong redah sedikit, tapi wajahnya masih tidak kelihatan begitu baik.

"Jadi kita buat seperti yang dia cadangkan. Sebentar lagi, saya akan sediakan masalah yang sukar, dan kamu akan tampalkannya dan gunakannya untuk mengumpan dia keluar!"

--

Empat hari kemudian.

Di dalam rumah kecil di gunung belakang Kediaman Yun, Yun Luofeng membuka matanya dan merasakan kuasa merembes keluar dari badannya, bibirnya melengkung membentuk senyuman yang jahat.

"Pertapa rohani tahap-sederhana peringkat-awal."

Dalam masa empat hari, dia telah menjadi pertapa tahap-sederhana. Jika bakat seperti itu didedahkan, ia pasti akan mengagumkan seluruh Kerajaan Long Yuan!

"Dengan dos terakhir Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini, nampaknya saya perlu buat pengagihan semula. Tidak mengapa, saya akan pergi ke Pavilion Perubatan untuk bertanyakan berapa harga jualan dos terakhir cecair ubatan inil. Tabib pekerjaan yang menggunakan duit yang banyak, dan cuma bergantung dengan 45 juta hutang Mu Shen tidak akan mencukupi," Yun Luofeng merungut sendiri.

Ketika dia hendak bangun dari tab mandi itu dia mendapati satu bayangan kecil menayangkan punggungnya dan menjilat air mandian yang terpercik ke lantai- air yang terpercik di sudut juga tidak tersisa.

"Xiao Mo, kenapa kamu tidak memberitahu saya ada sesuatu telah masuk?" Yun Luofeng bertanya dengan keningnya terangkat sambil merenung mahkluk kecil yang pelahap itu.

Tidak lama kemudian, suara Xiao Mo yang rasa bersalah dapat didengari dalam mindanya.

"Tuan, itu cuma hamster Pencari-Emas yang tertarik dengan Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini. Ia tidak berbahya untuk Tuan, jadi saya hanya membiarkannya."

Dia tidak akan memberitahu Tuannya yang kehadiran hamster itu terlalu lemah, jadi dia telah terlepas pandang.

"Hamster Pencari-Emas suka makan Cecair Berubat Pengumpul-Roh?"

Yun Luofeng merenung hamster Pencari-Emas berwarna putih salju ini, dan matanya berkilau.

"Apa yang hamster Pencari-Emas ini makan bukanlah Cecair Berubat Pengumpul-Roh. Apa yang ia suka makan ialah ubat herba! Tambahan lagi, hamster ini bergantung kepada ubat herba untuk menambahkan kekuatannya! Namun, hamster Pencari-Emas ini belum pernah makan ubat herba, jadi hingga kini, kekuatannya sangat rendah! Tuan, kali ini Tuan telah menemui sesuatu yang bernilai."

Suara Xiao Mo sangat teruja, "Keturunan hamster Pencari-Emas ini amat jati! Jika Tuan membawanya bersama, hamster ini boleh membantu Tuan menemui herba yang sangat bernilai! Pastinya Tuan perlu berhati-hati, hamster Pencari-Emas ini sangat rakus, jika Tuan membiarkannya mencari ubat herba, ia akan makan semuanya!"

"Jadi kebolehan hamster Pencari-Emas ini cuma untuk mencari herba yang berharga?"

"Sudah tentu tidak! Kekuatan hamster Pencari-Emas ini sendiri sangat tinggi, giginya boleh mengigit dan menghancurkan pedang paling kukuh di dunia! Kukunya boleh menggali menerusi Kediaman Jenera dalam masa dua jam! Oleh sebab ia mempunyai badan yang kecil dan gigi yang tajam, walaupun ia bertarung dengan binatang rohani seperti serigala, ia tetap tidak berada dalam kedudukan yang lemah! Cumanya hamster Pencari-Emas ini perlu dibesarkan dengan baik."

Xiao Mo menjadi semakin teruja lebih banyak dia bercakap, "Namun, jika Tuan ingin menguatkan hamster Pencari-Emas, jumlah ubat herba yang di perlukan boleh mencecah setinggi gunung! Inilah sebabnya tidak ramai orang yang berjaya memelihara hamster Pencari-Emas yang kuat. Sebab itu, seluruh dunia percaya hamster Pencari-Emas ini lambat dapat meningkatkan tahap dan memiliki kekuatan yang lemah."

Yun Luofeng senyap, namun, sepasang mata yang merenung hamster Pencari-Emas itu bersinar terang.

avataravatar
Next chapter