39 Hamster Pencari Emas, Pencuri Makanan (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Di dalam dapur yang berasap, seorang gadis berpakaian putih sangat sibuk bekerja tanpa henti. Bauan herba semerbak di dalam dapur itu. Dengan kipas di tangannya, perlahan-lahan dia mengipas api di bawah periuk ubat.

"Hampir siap."

Gadis itu berhenti, mengambil sapu tangan dari tepi, meletakkannya pada penutup periuk, lalu mengangkat penutup itu dengan berhati-hati. "Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini sepatutnya cukup untuk kegunaan selama lima hari."

Wajah gadis yang terlampau cantik itu dihiasi senyuman yang jahat. "Saya cuma belum tahu berapa banyak duit akan saya dapat jika saya jual Cecair Berubat Pengumpul-Roh ini."

Dan ketika itu, satu suara yang dalam dan kasar datang dari arah belakang. Dia juga dapat merasakan kehadiran aura kelelakian yang unik dari tubuh orang itu.

"Mandian kamu dah sedia."

Yun Luofeng terperanjat sebentar. Dia berpusing untuk melihat lelaki yang berdiri di belakangnya, sambil mengangkat kening. "Bukankah saya mengarahkan Qingyan untuk menyediakannya? Kalau kamu buat kerja Qingyan, dia mahu buat kerja apa?"

Lelaki itu bingung memandang Yun Luofeng, tidak faham apa yang menyebabkan dia tidak senang hati. Selepas berfikir sebentar, dia berkata, "Jika kamu tidak suka, saya tidak akan lakukannya."

Melihat reaksi lelaki itu, Yun Luofeng tertawa kecil. "Yun Xiao, kamu tahu tak kamu ini seperti apa?"

"Saya tidak tahu."

Lelaki itu mengerutkan keningnya, dia memang tidak tahu dirinya seperti apa. Selama ini, selain dari orang bawahannya, dia hanya pernah berhubung dengan musuh yang terkorban di tangannya sendiri!

Sudah pasti, orang-orang ini tidak akan berani biadap terhadapnya.

"Kayu, kamu ini seperti kayu yang pendek akal!" Yun Luofeng mengambil beberapa langkah mendekati lelaki itu sambil merenungnya. Dia merenung lelaki tanpa emosi di hadapannya seolah-olah mengagumi sebuah karya seni. "Tetapi, sebab kamu ni seperti kayu yang canggung, ia membuatkan saya ingin betul-betul mengubah kamu."

Wajah tanpa emosi lelaki itu akhirnya menunjukkan sedikit perubahan. Walaupun perubahannya tidak begitu ketara, Yun Luofeng yang peka masih dapat melihatnya.

Dan reaksi wajah lelaki itu membuatkan Yun Luofeng mahu mengusiknya lagi.

"Yun Xiao, kamu sangat bagus dalam segala hal tapi kamu sedikit...dungu dalam hal hubungan lelaki dan wanita. Jadi, saya ingin mengubah kamu menjadi seseorang yang lebih menggoda, dan kemudian...saya akan jual kamu ke rumah pelacuran. Dengan tubuh dan penampilan kamu, jika kamu masuk rumah pelacuran, saya rasa lelaki paling tampan di seluruh Kerajaan Long Yuan, Tuanku Putera Mahkota sendiri tidak layak dibandingkan dengan kamu. Dan pada masa itu, saya akan mengaut untung."

Jika orang bawahan Yun Xiao mendengar kata-kata Yun Luofeng itu, mereka mungkin jatuh tersembam mencium lantai!

Gadis ini hendak menjual Tuan mereka ke rumah pelacuran demi wang? Memang sudah diketahui ramai yang Tuan mereka panas baran. Tingkah lakunya juga mampu membuatkan orang naik marah, dan jumlah orang yang mati ditangannya sangat ramai! Jika tidak, orang yang mengenali nama Tuan mereka di benua ini tidak akan menggelarnya sebagai syaitan!

Tetapi dia berani berkata begitu kepada Tuan mereka?

Wajah Yun Xiao menjadi kaku. Dia hanya perlu membayangkan dirinya dikerumuni wanita-wanita yang memualkan, dan dia akan merasa keinginan untuk membunuh!

"Hahaha!"

Yun Luofeng ketawa terbahak-bahak, wajahnya dipenuhi keriangan. "Yun Xiao, saya ingatkan wajah kamu akan sentiasa kelihatan dingin. Saya tidak menyangka cuma dengan kata-kata itu sahaja akan membuatkan wajah menggerunkan kamu itu berubah. Kamu akhirnya menjadi manusia yang normal."

Dia menepuk bahu Yun Xiao, cepat-cepat mengambil Cecair Berubat Pengumpul-Roh, lalu pergi meninggalkan dapur.

Mata lelaki itu melihat susuk tubuh Yun Luofeng pergi. Baru itu dia tiba-tiba tersedar yang dia baru sahaja dipermainkan...

Jika orang bawahan Yun Xiao berada di sini, pasti mereka terlopong akibat terkejut.

Walaupun diusik oleh Yun Luofeng, Tuan mereka langsung tidak marah?

Adakah ini masih lagi Tuan mereka yang membunuh orang seperti membunuh lalat dan tidak kisah tentang dunia? Sebenarnya, pernah ada seorang wanita yang tidak sengaja terlihat wajah di sebalik topeng Tuan mereka itu dan cubamenggodanya. Tuan mereka langsung tidak berfikir sebelum membunuh wanita itu hanya dengan sekali hayunan pedangnya.

Apatah lagi gadis ini yang ingin menjualnya ke rumah pelacuran untuk mendapatkan wang?

avataravatar
Next chapter