70 Benar-Benar Menerima Tamparan (2)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Gadis cantik itu terpegun, tanpa sedar dia beralih ke tepi dan membuka ruang untuk Yun Luofeng.

"Yun Luofeng," Mu Wushuang mengerutkan keningnya dengan ketat, "memandangkan kamu ingin menyelamatkan seseorang, kami tidak akan campur tangan. Namun, memandangkan datuk kita sama-sama berpangkat menteri, saya akan berikan kamu sedikit panduan. Sewaktu merawat seseorang, kamu mesti memeriksa nadinya terlebih dahulu. Jika kamu tak tahu caranya, saya boleh ajarkan sekarang juga."

Ayat ini kedengaran seperti dia sedang mengajar Yun Luofeng, tapi sebenarnya ia untuk memberitahu semua orang yang si sampah Yun Luofeng ini tidak tahu cara memeriksa nadi pun! Rawatan orang tidak berguna seperti dia hanya akan membawa kematian dan tidak akan berupaya menyelamatkan sesiapa!

"Cik, tidakkah kamu tahu latar belakang Yun Luofeng? Dia ialah sampah paling terkenal di Long Yuan. Kamu akan membiarkan dia merawat datuk kamu? Cara periksa nadi pun dia tidak tahu, apatah lagi hendak merawat seseorang?" Guan Lin tertawa kecil, kata-katanya sangat tajam dan keji.

Yun Luofeng mengangkat keningnya lalu menjeling ke arah Guan Lin yang berada di belakangnya.

Jelingannya berisi sindiran, dengan keangkuhan tidak terkawal dan kelicikan yang membebankan tiba-tiba menghentikan gelak tawa Guan Lin. Wajahnya bingung sebelum kemudiannya tubuhnya menggeletar lalu dia tersedar.

Si sampah ini masih lagi tidak berguna seperti dulu, tetapi kenapa jelingannya sangat menakutkan?

"Saya cuma akan memberikan kamu satu peluang sahaja." Yun Luofeng mengalihkan pandangannya kepada gadis muda yang sedang ragu-ragu disebabkan kata-kata Guan Lin tadi. "Menyelamatkan datuk kamu atau tidak, bergantung kepada pilihan kamu! Namun saya cuma boleh katakan, jika datuk kamu masih tidak sedarkan diri, mungkin dia tidak akan dapat bertahan sehingga esok."

Terlihat sedikit rasa berbelah-bagi pada wajah gadis itu, Akhirnya, dia bertekad dan mengetapkan giginya. "Cik, tolong selamatkan datuk saya!"

Sepanjang perjalanan ini, keadaan Datuk menjadi sangat teruk. Jika ia berterusan, dia takut datuknya tidak akan dapat bertahan malam ini. Pada saat ini, dia cuma mampu membuat satu percubaan terdesak yang terakhir untuk menyelamatkan situasi ini!

Selesai sahaja gadis muda itu melafazkan ayat itu, Yun Luofeng terus mengeluarkan uncang kain dari lengan bajunya. Dengan berhati-hati, dia membuka uncang itu dan menarik keluar jarum perak yang berkilau dari dalamnya.

Hujung jarinya menghalakan jarum perak itu pada titik akupuntur baihui1 lelaki tua itu, perlahan-lahan menolak masuk jarum itu ke dalam kepalanya. Seiring dengan kemunculan jarum perak itu tadi, ekspresi wajah Yun Luofeng berubah daripada malas kepada sesuatu yang lebih serius.

Tiada siapa yang nampak setelah jarum itu memasuki titik baihui lelaki tua itu, tenaga rohani putih mengalir mengikut jejak jarum itu ke seluruh tubuhnya.

Menurut rekod di dalam Kod Dewa Perubatan, ketika tabib merawat seseorang, mereka boleh menggabungkan kebolehan perubatan mereka dengan tenaga rohani dan ianya akan memberi kesan dua kali ganda. Namun begitu, cara ini telah lama hilang. Tambahan pula, tenaga rohani yang digunakan untuk menyelamatkan seseorang sangat banyak, jadi cuma ada beberapa orang sahaja yang mampu melakukan cara itu kini.

Tetapi Yun Luofeng berbeza!

Kod Dewa Perubatan mampu memulihkan tenaga rohani yang dia telah gunakan!

Oleh itu, dia tidak perlu risau kehabisan tenaga rohani, sama ada ketika bertarung ataupun merawat.

Mu Wushuang menggelengkan kepalanya, mengeluh tidak berupaya, "Putera Mahkota, Yun Luofeng ini langsung tidak mendiagnosis penyakit orang itu dan mengambil risiko melakukan akupuntur padanya. Lebih penting lagi, tempat yang dia lakukan akupuntur itu ialah titik baihui. Ini telah membuktikan kegagalannya. Pada mulanya, guru saya mungkin masih mampu menyembuhkan orang tua itu, tapi malangnya..."

Kata-katanya itu bermaksud dengan kebolehan Jing Lin, dia masih boleh menyeelamatkan lelaki tua itu, tapi setelah campur tangan Yun Luofeng, lelaki tua sudah pasti sudah tidak dapat diselamatkan lagi!

"Saya sudah katakan sebelum ini, Yun Luofeng tidak memiliki apa-apa kebolehan sebenar dan dia hanya mampu memperdayakan orang."

avataravatar
Next chapter