1 Anak Perempuan Sulung Keluarga Yun (1)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Benua Longxia

Menuruti jalan-jalan empayar Kerajaan Longyuan yang makmur, orang ramai kelihatan teratur dan berdiri di bahu jalan, bersama-sama bersorak dan memuji kemenangan besar yang dibawa pulang oleh Jeneral Yun Luo.

Yun Luo dianggap sebagai salah seorang lagenda Longyuan, dia telah menjaga sempadan untuk beberapa tahun supaya negara-negara jiran tidak berani untuk menyerang. Selain itu, tidak lama dahulu dengan hanya satu serangan, dia telah menjadikan empat negara sebagai negara di bawah jajahan Longyuan. Mendengar perkara ini, Baginda begitu gembira, bukan sahaja bakal menerima Yun Luo kembali ke Bandar Empayar untuk menerima perkenan Baginda, tapi juga untuk menerima edik kosong. Dengan edik kosong ini, ia bersamaan dengan janji dari Baginda untuk memperkenan satu permintaan berkenaan apa saja.

Namun, selepas pulang membawa kemenangan, Jeneral Yun Lou tidak terus menghala ke istana untuk menghadap Maharaja tetapi terus bergegas ke Kediaman Jeneral.

Askar-askar yang menurutinya di belakang hanya diam. Tiada siapa yang lebih tahu dari mereka mengapa Jeneral Yun Luo resah untuk pulang ke rumah! Semua ini pasti bersangkut paut dengan anak perempuan sulung dari kerabat Yun.

Khabar angin mengatakan, semasa Jeneral Yun Luo sedang menjaga sempadan, sampah itu telah menyebabkan masalah demi masalah berlaku. Perangai biasanya yang sombong, suka menguasai orang lain, suka mengamuk, dan suka mengarah itu boleh diabaikan, tapi baru-baru ini dia telah mencetus satu skandal dengan menculik lelaki kacak di jalanan. Ini menyebabkan Putera Mahkota memutuskan pertunangan dengannya. Namun, dia tidak dapat menerima berita itu, lalu memutuskan untuk membunuh diri sendiri dengan menggantung diri.

Jika dia mati, Kediaman Jeneral akan ada kurang satu bencana. Tapi, sampah ini tidak mati. Bukan sahaja dia terselamat, tapi dia juga kelihatan telah bertukar menjadi orang yang berbeza. Dia mengunci dirinya sendiri di dalam rumah dan tidak keluar selama setengah bulan. Oleh itu, apabila Jeneral Yun Luo pulang ke bandar dengan kejayaan, dia terus bergegas ke Kediaman Jeneral.

Pada masa ini, di puncak bukit tiruan dalam Kediaman Jeneral, seorang gadis muda berpakaian putih, dengan tangan di belakang kepala bersandar dengan malas pada batu, matanya separuh dikecilkan apabila melihat matahari yang terik di langit.

"Saya tak percaya masa begitu cepat berlalu, saya datang ke benua ini lebih dari setengah bulan yang lalu. Nasib baik, dalam tempoh itu, saya telah menerima sepenuhnya memori asal tubuh ini dan mula memahami apakah sebenarnya tempat ini."

Setengah bulan yang lalu, dia sedang melakukan satu eksperimen di makmal perubatan Universiti Huaxia apabila dia telah menyebabkan satu letupan. Sebaik sahaja dia sedar, dia telah berada di satu dunia yang pelik....

Namanya adalah Yun Luofeng semasa dia berasa di Huaxia, tapi perbezaanya ialah dia seorang pelajar teratas di Universiti Huaxia dan pelajar yang paling cemerlang. Namun, Yun Luofeng seorang sampah yang terkenal kerana tiada bakat sama ada dalam seni sastera atau seni mempertahankan diri. Dia tidak boleh melakukan perkara mudah seperti mengumpul tenaga rohani, apatah lagi menjadi petapa semangat tulen.

Dalam dunia ini, mereka yang kuat akan dihormati, jadi boleh dibayang cemuhan dan kecaman yang akan diterima oleh seorang sampah yang tidak boleh menjadi petapa semangat.

Namun, sampah ini bukan sahaja mempunyai jeneral sebagai seorang datuk, tapi dia juga mempunyai kekasih nombor satu impian semua wanita di Longyuan, Baginda Putera Mahkota, sebagai tunang sejak dilahirkan. Tapi, sampah ini masih tidak berpuas hati dengan tunang seperti Putera Mahkota dan berani mencabul seorang lelaki dari keluarga yang baik! Hal ini menyebabkan Putera Mahkota, yang akhirnya tidak boleh menahan lagi, telah menamatkan pertunangan dengan sampah ini dengan risiko akan menyinggung perasaan Jeneral Yun Luo.

Siapa sangka sampah ini, Yun Luofeng, bukan sahaja tidak menyesali perbuatannya, malah dia juga mengugut Putera Mahkota untuk membunuh dirinya sendiri jika Baginda tidak berubah hati. Namun, Putera Mahkota hanya berpaling dan beredar. Nasib baik, mereka yang berada dalam Kediaman Jeneral telah menyelamatkannya sebelum terlambat, menghalang dirinya dari mati.

Namun, tiada siapa tahu semasa mereka telah menyelamatkan Yun Luofeng, dia sebenarnya telah mati. Sekarang, Yun Luofeng dari Huaxia yang berada dalam tubuhnya.

avataravatar
Next chapter