8 CHAPTER 6 Kawan Perempuan Pertama

Myra bangun daripada tidur setelah semalaman dia tidur dengan nyenyak. Dia berjalan menuju ke tandas sekaligus membersihkan badannya. Dia menuju ke arah bilik persalinan baju lalu membuka almari. Dia memilih-milih baju yang sesuai untuknya pakai lalu mengambil baju t-shirt berlengan panjang dan seluar ( untuk pakai dekat rumah, saya tidak tahu namanya). Setelah memakai baju, Myra mengeringkan rambutnya dan solat apabila rambutnya yang basah sudah kering.

Dia mengambil tudung bawal yang berwarna biru lembut dan memakainya lalu turun ke tingkat bawah iaitu ruang tamu kerana dia tidak ada perkara yang ingin dibuat.

Sesampainya di bawah, dia terlihat Raizar sedang menikmati sarapan pagi sambil membaca surat khabar di tepi jendela. Sesekali angin sepoi bahasa menyapa rambutnya yang lembut.

Myra yang kagum melihat keadaan Raizar berdiri kaku di tangga sambil memerhatikan Raizar.

Raizar yang menyedari dirinya dipandang oleh Myra memusingkan badannya supaya matanya bertentang dengan mata Myra lalu mengajaknya untuk bersarapan bersamanya.

Myra berasa malu apabila perbuatannya diketahui oleh tuan punya badan namun diikutkan juga ajakan Raizar. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah Raizar lalu menarik kerusi di hadapan Raizar kemudian duduk di atasnya.

Tiba-tiba seorang maid perempuan datang membawa makanan Myra iaitu bihun goreng dan memberikan air kopi kepada Myra.

"Banyaknya maid Raizar, semalam maid lain, hari ni maid lain." Bisik hati kecil Myra.

Myra yang sememangnya tidak menyukai kopi hanya melihat kopi itu dengan pandangan kosong namun digagahkan juga dirinya untuk minum kopi itu kerana dia tidak mahu mengecewakan maid tadi.

Setelah selesai makan Myra mencari-cari kelibat lelaki berkaca mata. Raizar yang menyedari akan hal itu mengangkat jari telunjuk dan menunding ke arah belakang Myra.

Myra yang tidak faham akan maksud itu memusingkan badannya ke belakang untuk melihat arah jari Raizar.

"Wargh." Jerit lelaki berkaca mata untuk membuat Myra terkejut.

Myra yang sememangnya mudah terkejut terjerit apabila mendengar jeritan lelaki berkaca mata tadi.

"Hahahaha, muka kau macam beruk. Hahahaha."

Ketawa lelaki berkaca mata sehingga berguling-guling di atas karpet blue sky. Tiba-tiba kepalanya diketuk oleh seseorang.

Dia memegang kepalanya yang pedih akibat diketuk oleh seseorang. Dia memusingkan badannya bagi melihat gerangan manusia yang mengetuk kepalanya.

Lelaki berkaca mata mata terkejut beruk apabila melihat gerangan manusia di hadapannya. Itulah wanita idamannya selama ini.

"Padan muka kau. Itu la, lain kali jangan buli perempuan. Hmmph." Ujar wanita itu lalu duduk di kerusi di sebelah Myra.

Lelaki berkaca mata pula mengambil tempat di sebelah Raizar berhadapan dengan wanita itu. Wanita itu hanya menjeling lelaki berkaca mata kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Myra.

"Nama saya Nur Rasyiqah Zulaikha. Panggil Rasy je. Senang sikit. Hehehehe. Selamat berkenalan." Ucap wanita di sebelah Myra sambil menghulurkan salam.

Myra menyambutnya dengan mesra kemudian tergelak kecil kerana Rasy adalah rakan perempuan yang pertama baginya. Begitu juga dengan Rasy. Selama ini dia hanya berkawan dengan abangnya, Raizar dan lelaki berkaca mata.

"Nama aku Muhd Hafziz Yusoff. Panggil aku Hafziz. Yang ni Muhd Raizar Zairil. Panggil je Raizar." Ujar lelaki berkaca mata.

"Untuk apa korang bagitau nama panggilan korang, dia bukannya boleh bercakap pun." Ujar Raizar serentak dengan itu kaki adiknya, Raya menendang kakinya begitu juga dengan Hafziz.

"Woi, sakit la. Kang patah kaki aku sapa nak tanggung?" Marah Raizar kepada adiknya dan Hafziz.

"Diri sendiri." Jawab Hafziz dan Rasy serentak lalu berlari untuk mengelakkan diri mereka daripada dikenakan hukuman oleh Raizar. Raizar pula mengejar mereka. Aksi kejar-mengejar sedang berlaku di dalam dan luar bagi mewah itu.

Tiba-tiba Puan Maria datang ke arah Myra dan duduk di hadapannya. Dia memandang Myra dengan kasihan. "Kecil-kecil lagi dah hidup macam ni". Bisik hati Puan Maria

"Myra okey??" Soal Puan Maria dengan prihatin.

Myra hanya menganggukkan kepalanya sahaja menandakan bahawa dia selesa berada di situ.

Puan Maria yang berpuas hati dengan jawapan anaknya meminta izin untuk mengundur diri bagi membersihkan banglo itu. Malu pula jika menumpang rumah orang tetapi hanya menggoyangkan kaki tanpa melakukan apa-apa.

Setelah Puan Maria hilang daripada pandangan mata, Myra mencapai surat khabar yang oleh Raizar sebentar tadi lalu membacanya.

Myra yang asyik dengan surat khabar tidak menyedari seseorang sedang mendekatinya sedikit demi sedikit.

Tiba-tiba Myra dapat merasakan seseorang sedang menutup matanya, dia tahu itu adalah tangan Rasy kerana Rasy seorang sahaja yang mempunyai jantina sama dengannya.

Rasy mengajaknya pergi ke halaman belakang rumah untuk memberi kejutan buat Myra. Myra yang tidak tahu apa-apa hanya mengikuti tanpa membantah. Rasy masih tidak melepaskan tangannya yang sedang menutup mata Myra.

Setelah tiba di halaman belakang rumah, Rasy melepaskan tangannya sambil menunding ke arah kolam renang yang berada di hadapan mereka. Myra tidak dapat melihat sesiapa di situ kecuali dirinya dan Rasy.

Tiba-tiba dia dapat merasakan seseorang memegang lengannya manakala Rasy sedang menegang kakinya. Myra yang terkejut dengan perbuatan itu kaku dan membiarkan dirinya dilemparkan ke dalam kolam.

"Arghhhh." Jerit Myra apabila berada di dalam kolam. Air kolam sangat sejuk, tambahan pula suasana pada pagi itu juga sejuk.

Hafziz dan Rasy hanya ketawakan Myra kerana mereka fikir Myra kesejukkan sahaja. Mereka berdua tidak tahu bahawa Myra tidak tahu berenang.

Hafziz masuk ke dalam rumah bagi mengambil air kopi panas buat Myra manakala Rasy mengambil tuala yang berada di dalam bilik Myra. Mereka meninggalkan Myra keseorangan selepas melemparkan Myra ke dalam kolam.

"Tolong²" Jerit Myra bagi meminta bantuan namun tiada sesiapa yang dengar kerana semua sibuk dengan urusan masing-masing dan berada jauh daripada tempat Myra berada.

Myra yang tidak mampu bertahan lagi hanya berserah pada Tuhan Yang Maha Esa. Myra tenggelam di dalam air kolam dan terlihat kelibat seorang manusia yang amat dikenalinya, Raizar. Myra tersenyum setelah terlihat kelibat manusia itu.

*

*

*

*

"Kenapa aku rasa tak sedap hati eh?" Soal Raizar kepada dirinya sendiri.

"Pergi check diorang kat kolam la. Tadi diorang kata nak campak Myra dalam kolam." Ujar Raizar kepada dirinya sendiri.

Raizar yang berada di dalam bilik kerjanya di tingkat 3 turun tangga dengan tergesa-gesa. Semasa menuruni tangga dia dapat melihat Myra sedang lemas di dalam kolam manakala sahabat baiknya dan adiknya tiada di situ. Dia yang berada di tangga terjun ke dalam kolam walaupun dia masih mempunyai banyak anak tangga yang perlu dituruninya.

Dia ternampak Myra tersenyum semasa berada di dalam kolam walhal dia hampir menemui ajalnya. Raizar yang tidak mahu mengambil peduli akan hal itu merangkul pinggang Myra lalu mengangkatnya dan meletakkannya di atas lantai di tepi kolam.

Dia mengambil tangan Myra lalu meletakkan di atas dada kirinya kemudian dia meletakkan tangannya di atas tangan Myra lalu menekannya. Namun tiada reaksi positif daripada jasad Myra.

Raizar yang tidak tahu berbuat apa lagi mengangkat Myra lalu mengambil kunci keretanya yang berada di kabinet TV.

Puan Maria yang terlihat Myra pengsan menanyakan perihal anaknya dengan khawatir. Hafziz dan Rasy yang terlihat Myra pengsan mengikuti langkah Raizar dengan tergesa-gesa begitu juga dengan Puan Maria.

Raizar meletakkan Myra di bahagian tempat duduk belakang. Hafziz duduk di sebelah Raizar yang sedang memandu manakala Rasy berada di kerusi tempat letaknya kaki Myra. Puan Maria pula berada di bahagian kepala Myra sambil memangku kepala anaknya.

"Rays, ambil selimut abang dekat bonet then selimutkan Myra." Arah Raizar kepada Rasy. Rasy yang tidak dapat berfikir hanya mengikuti arahan abangnya. Puan Maria pula menangis kerana dia takut akan kehilangan anak tunggalnya. Itulah satu-satunya harta yang dia ada.

Setelah tiba di hospital Raizar menyuruh Hafziz mengambil alih tempatnya kerana dia ingin membawa Myra masuk ke dalam hospital. Puan Maria dan Rasy mengikuti Raizar ke dalam hospital.

Doktor yang sedia menunggu pesakit menyuruh Raizar meletakkan Myra di atas katil yang disediakan. Myra yang pengsan dimasukkan ke dalam bilik kecemasan. Doktor menyuruh agar keluarga Myra berdoa agar Myra selamat.

Setelah meletakkan kereta di tempat parking, Hafziz berlari-lari ke dalam hospital bagi mengetahui perkembangan Myra yang pengsan.

avataravatar
Next chapter