7 CHAPTER 5 RUMAH BARU, HIDUP BARU

Setelah lelaki tidur menuju ke basikalnya dan pulang ke rumah lelaki berkaca mata membantu Myra dan ibunya mengemas barang-barang keperluan mereka.

"Can I ask you something???" Soal lelaki berkaca mata kepada Myra dan disambut dengan anggukan daripada Myra yang menandakan 'ya??'

"Bapa kau ke yang beli semua pakaian untuk korang berdua??" Soal lelaki berkaca mata kepada Myra.

Myra hanya menganggukkan kepalanya sahaja dan meneruskan tugasnya iaitu mengemas pakaiannya.

"Jom turun and tunggu Raizar datang ambil. " Ujar lelaki berkaca mata.

Semasa lelaki berkaca mata berjalan keluar Myra menarik lengan bajunya lalu menunding jarinya ke arah pakaian yang masih belum disimpan di dalam beg.

"Biarkan baju tu, nanti aku and Raizar beli baju baru untuk aku and mak kau. Lagi satu, baju yang kau pakai tu pun guna duit bapa kau jugak ke??" Ujar lelaki berkaca mata kepada Myra dan dibalas dengan anggukan daripada Myra.

"Sekarang kau gi mandi. Nanti aku suruh ibu kau hantar baju yang Riazar bawa nanti. Faham??" Ujar Raizar.

Setelah mendengar arahan daripada lelaki berkaca mata Myra berjalan menuju ke arah tandas yang berada di dalam biliknya. Myra membuka 'shower' dan sebagainya manakala lelaki berkaca mata berjalan keluar dan menuju ke luar rumah.

Lelaki berkaca mata mengeluarkan telefon pintarnya lalu menghantar mesej kepada Raizar.

Raizar

Apa??

Bawa lebih baju dua helai

Bawa tudung sekali

Okey.

Kau dah sampai ke??

Dah

On the way nak buka pintu

Cepat sikit tau.

Ye

Setelah itu Raizar memutuskan talian dan menjalankan tugasnya seperti yang disuruh oleh lelaki berkaca mata.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Setelah menunggu 25 minit di luar rumah Myra, kelihatan bayang kereta sport Bugette Ciron sedang meluncur di atas jalan dan menuju ke arahnya.

Terdapat sesusuk tubuh keluar daripada kereta itu dengan memakai seluar jeans, berbaju t-shirt biasa dan sneakers.

Dapat menggoda wanita-wanita yang melihatnya walaupun sekadar memakai baju biasa.

Lelaki itu memasuki rumah Myra tanpa menekan loceng rumah sambil kepalanya tercari-cari rakannya.

"Raizar!" Jerit seorang lelaki.

"Nah." Ujar Raizar sambil memberikan plastik yang mempunyai baju, kain dan tudung seperti yang diminta oleh lelaki berkaca mata.

"Thanks." Ujar lelaki berkaca mata lalu menaiki anak tangga menuju ke bilik Myra untuk beri baju yang dibawa Raizar kepada Myra yang masih berada di dalam bilik air.

Setelah 30 minit menunggu, akhirnya Myra dan ibunya Puan Maria berada di ruang tamu rumah dengan memakai pakaian yang dibawa Raizar.

Raizar dan lelaki berkaca mata mengambil keputusan untuk menunggu Myra dan ibunya di dalam kereta sementara menunggu mereka mengucapkan kalimah terakhir kepada ayah dan suami yang tercinta. (🤮🤮🤮)

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

"Raizar, takpe ke kita tinggalkan diorang dalam rumah tu. Dibuatnya jantan tu bunuh diorang, tak pasal-pasal kit masuk jail." Ujar lelaki berkaca mata dengan nada risau.

"Kau ni suka cakap benda merepek. Cuba think positive sikit. Ini tak suka fikir negatif, memang nak......" Bebel Raizar.

"Pekak telinga aku." Bisik hati lelaki berkaca mata.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

"Sampai hati abang buat Maria macam ni. Abang dah tak sayangkan Maria ke??😭😭😭. Kenapa abang buat Maria macam ni?? Apa salah Maria bang. Apa salah Maria??" Ujar Puan Maria yang sedang dilanda rasa sedih.

Isteri mana yang tak sedih kalau suami sanggup menjual isteri dan anak kepada orang lain.

"Kau nak tahu apa salah kau?? Salah kau adalah kau ni dah hodoh. Kau dah tua. Walaupun aku ni lelaki, tapi aku takde selera dekat perempuan tua macam kau. That's why aku cari perempuan lain. Lagipun kau ni pembawa malang. Sejak aku kahwin dengan kau, hidup aku tak tenteram. Sana sini mesti ada masalah yang terjadi dekat syarikat aku. Sampai syarikat aku hampir bankcrupt( tak reti eja) kau tahu tak?? Nasib Sara datang tolong aku masa syarikat aku hampir jatuh. Dia la yang tolong aku bangunkan semula syarikat Berjaya Mas Holding. Kau buat apa je dekat rumah ni?? Goyang kaki je. Sekarang ni, aku nak korang berdua berambus, aku dah tak perlukan korang berdua. Berambus!!!" Marah ayah Myra dengan bersungguh-sungguh.

Myra yang tidak sanggup menerima ibunya dihina dan dimaki mengajak ibunya untuk mengikuti Raizar dan lelaki berkaca mata pulang ke rumah mereka berdua.

Paun Maria yang sudah berputus asa hanya mengikuti langkah anaknya yang sudah berada di pintu rumah.

Setelah memasuki kereta Raizar mereka terlihat sebuah kereta Honda berhenti di hadapan kereta Bugeti Ciron milik Raizar. Dari cermin kereta terlihat sesosok tubuh wanita.

Wanita di dalamnya keluar dari kereta dan menuju ke perkarangan rumah Myra. Wanita itu hanya memakai skirt pendek separas pahanya sahaja dan memakai baju yang tidak cukup kain, cukup untuk menutup dadanya sahaja.

Ibu Myra yang berasa kesal dengan sikap suaminya yang mudah terikut nafsu hanya melihat perempuan itu tanpa berbuat apa-apa.

Raizar yang malas menghadap situasi itu memandu kereta menuju ke banglo mewahnya.

Setelah 35 minit berada di dalam kereta akhirnya mereka tiba di banglo milik Raizar. Banglo itu mempunyai 2 tingkat dan sangat besar. Di bahagian belakang rumah, terdapat sebuah kolam yang sangat besar sesuai untuk mereka berenang pada waktu petang.

Banglo itu mempunyai pagar automatik yang sangat cantik berwarna keemas-emasan. Myra dan ibu Myra berasa amat kagum dengan banglo itu.

Setelah memasuki perkarangan rumah Raizar mematikan enjin keretanya kemudian keluar dari perut kereta dan menuju ke dalam rumah diikuti dengan lelaki berkaca mata manakala Myra dan ibunya berdiri di luar kereta dengan perasaan kagum sehingga tidak menyedari sesosok tubuh sedang menghampiri mereka.

"Cik, Puan, ada apa-apa yang boleh saya bantu??" Soal seorang wanita muda yang memakai pakaian seragam maid.

"Opocot mak kau melatah." Melatah ibu Myra yang terkejut dengan percakapan wanita itu.

"Maaf ya puan, saya tidak sengaja untuk membuat puan terkejut." Pinta wanita itu.

"Takpe²." Ujar Puan Maria

"Silakan masuk puan, cik." Ujar wanita tersebut.

"Terima kasih." Ujar ibu Myra.

"Sama-sama" Ujar wanita itu.

Mereka bertiga memasuki banglo itu lalu wanita itu menunjukkan bilik mereka berdua.

Puan Maria amat kagum dan gembira kerana mendapat nikmat sebegini, walaupun diuji dengan dugaan dia masih dapat merasakan kebahagiaan. Pada malam itu juga, Puan Maria melakukan solat syukur atas nikmat yang diberi oleh Allah SWT.

Myra pula berasa tidak selesa kerana bilik yang didudukinya sangat besar, 2 kali ganda lebih besar daripada biliknya yang dahulu. Dia membelek-belek setiap barang yang berada di dalam biliknya. Dia memasuki bilik persalinan baju yang sememangnya ada di dalam biliknya lalu membuka almari. Dia terkejut apabila mendapati terdapat pelbagai baju yang cantik dan mahal berada di dalam almari itu, begitu juga dengan baju uniform sekolah.

Myra berasa gembira dan pada masa yang sama berasa sedih kerana itu bukan rumahnya dia sekadar menumpang di situ.

Myra yang tidak tahu mahu buat apa mengambil keputusan untuk mandi dan tidur. Tambahan pula esok adalah cuti sekolah. Setelah selesai mandi Myra mengambil baju tidur panda kemudian menyarungkannya lalu tidur di atas katil yang empuk begitunya juga dengan semua penghuni di dalam banglo itu.

.

.

.

.

Jangan lupa baca novel terbaru saya. Aku ada perasaan....

avataravatar
Next chapter