5 CHAPTER 4 OKEY, AKU BELI DIA

Myra memegang tangan lelaki tidur kerana dia takut lelaki tidur akan mengapa-apakan ayahnya. Lelaki tidur yang memahami hasrat Myra membatalkan hasrat dirinya sendiri untuk memukul ayah Myra.

"Kau lah settlekan, aku dah malas nak layan orang tua kerepot macam dia ni." Ujar lelaki tidur kepada lelaki kaca mata dan disambut 👍🏻oleh lelaki kaca mata.

"Soo..., boleh tak pak cik bagitahu kami cara supaya pak cik tak pukul mereka lagi?" Soal lelaki kaca mata dengan sopan.

"Aku cabar kau beli anak aku dan bawa dia keluar dari sini together with her mom. Aku benci nak tengok muka diorang." Ujar ayah Myra sambil menunding ke arah lelaki tidur. Myra yang mendengar perkara itu merembeskan air matanya buat kali yang ketiga.

Lelaki kaca mata dan lelaki tidur mengerutkan dahi sambil berkata di dalam hati "lain ditanya lain dijawab" setelah mendengar jawapan dari mulut ayah Myra.

"Boleh saya tanya pak cik sesuatu??" Soal lelaki kaca mata dengan sopan walaupun dibalas dengan jawapan yang kasar daripada ayah Myra.

"Apa?!?!?!" Ujar ayah Myra dengan nada yang marah.

"Uish, jangan la marah. Orang tua-tua kata kalau suka marah nanti muka cepat berkedut. Pak cik nak ke muka pak cik penuh dengan kedutan-kedutan yang menghilangkan kehenseman pak cik??" Ujar lelaki kaca mata.

"Kau nak nasihat aku ke nak tanya aku something??" Ujar ayah Myra yang pelik dengan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki kaca mata.

"Oh, sorry². Soalan saya berbunyi 'kenapa pak cik nak jual anak dan isteri pak cik??" Soal lelaki kaca mata kepada ayah Myra.

"Sebab aku nak duit la bodoh!" Ujar ayah Myra dengan kasar.

"Saya tahu tu, cuma kenapa pak cik tak minta duit je dekat kami kenapa perlu jual anak dan isteri pak cik??" Soal lelaki berkaca mata dengan sopan walaupun dikatakan bodoh oleh ayah Myra.

"Kalau aku dapat duit, aku perlu bagi diorang makan, beli pakaian untuk diorang, nanti habis la duit aku. Better kalau aku hidup sorang-sorang tak payah risau tentang orang lain." Ujar ayah Myra.

"Ooo, faham²." Ujar lelaki berkaca mata.

"So, kau terima tak cabaran aku??" Soal ayah Myra kepada lelaki tidur.

Lelaki tidur memandang ke arah lelaki berkaca mata untuk meminta pendapat rakannya malangnya rakannya itu juga tidak mempunyai jawapan atau keputusan.

Lelaki tidur menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian menghembuskan perlahan-lahan.

"Baik, aku terima cabaran kau. Berapa harga yang kau letak dekat anak kau??" Ujar lelaki tidur dengan bernada yakin walaupun dia tahu jauh di sudut hatinya dia masih tidak yakin dengan keputusannya itu.

"Wah, tak sangka kau sanggup nak beli perempuan tak guna ni. Hahaha, bagus²." Ujar ayah Myra sambil bertepuk tangan dna mununjal-nunjal kepala Myra.

"Sekarang ni kau nak bagitahu harga ke tak?? Aku takde masa nak layan kau punya perangai yang gila ni." Ujar lelaki tidur yang tidak mampu bersabar dengan cakap-cakap kosong ayah Myra.

"Chill, okey. Dia ni aku jual 1 juta mak dia pun 1 juta jugak. So, kau nak ke tak nak??" ujar ayah Myra dengan tenang.

"Okey, aku beli dia. Bagi number akaun kau, aku nak bank in duit sekarang. One more thing, aku akan bawa anak dan isteri kau ke rumah aku malam ni jugak. Faham??" Ujar lelaki tidur kepada ayah Myra.

"Bagus², aku pun dah benci nak tengok muka diorang. Bagus jugak kalau kau bawa diorang ke rumah kau secepat yang mungkin." Ujar ayah Myra tanpa rasa bersalah.

"Kau uruskan diorang di sini. Aku nak balik ambil kereta dekat rumah aku. Boleh??" Arah lelaki tidur kepada lelaki berkaca mata dan disambut dengan anggukan kepala.

avataravatar
Next chapter