3 CHAPTER 2 NEW FRIENDS

Myra membuka matanya perlahan-lahan setelah terbangun daripada tidur. Dia memandang ke arah jam tangannya untuk melihat masa pada waktu itu. Myra yang terkejut bangun dengan pantas menuju ke kelasnya kerana jam sudah menunjukkan 5.55 p.m.

Setibanya di dalam kelas Myra dikejutkan lagi dengan kehadiran dua susuk tubuh yang masih lagi tidak pulang walaupun sudah petang. Seorang sedang tidur manakala seorang lagi sedang menyiapkan kerja rumah. Myra memasuki kelasnya dengan perlahan-lahan kerana dia tidak mahu mengganggu mereka berdua.

Nasibnya amat malang apabila kakinya terlanggar kerusi sekaligus mengeluarkan bunyi yang bingit lalu menarik perhatian dua susuk tubuh itu. Dua susuk tubuh itu memandang ke arahnya. Rupa-rupanya dua susuk tubuh itu adalah pelajar yang duduk di hadapannya dan sepanjang sesi belajar tadi mereka tiada di dalam kelas kerana menghadiri perjumpaan aktiviti yang akan diadakan di sekolah.

"Lambatnya balik. Baru first day kan'?" Soal lelaki yang sedng menyiapkan kerja sekolah sambil memperbetulkan kedudukan kaca matanya yang hampir terjatuh. Myra hanya menundukkan kepalanya sahaja bagi menjawab pertanyaan lelaki itu yang membawa maksud 'ya'.

Suasana sepi seketika lalu pelajar lelaki yang sedang tidur tadi bangun sambil membawa begnya dan mengambil beg Myra yang tersangkut di tepi meja Myra lalu berjalan keluar. Myra yang terkejut hanya kaku di tempatnya berdiri kemudian lelaki berkaca mata itu mengajaknya untuk keluar bersama, Myra pun keluar bersama lelaki yang berkaca mata manakala lelaki yang tidur itu sudah pun menuruni tangga.

Sesampainya mereka di pintu pagar pak cik pengawal menegur mereka bertiga, "lambat kamu balik hari ni!" Ujar pengawal itu dan mendapat jawapan daripada lelaki yang tidur itu.

"Ada seorang manusia ni pak cik, dia balik lambat. Hari ni kitorang pegang kunci kelas sekali dengan kitorang kena balik lambat." "Ooo, macam tu ceritanya. Kamu balik lagi dulu, dah lambat ni. Hati-hati di jalan." Ujar Pak cik itu sambil memberi nasihat."Baik pak cik." Jawab lelaki itu

Myra menundukkan badannya sebanyak 90° bagi menandakan bahawa dia meminta maaf atas kesalahannya.

"Apa kau ni?!?!" Soal lelaki yang pakai kaca mata kepada rakannya yang tidur tadi dengan bernada marah. "Apa??" Soal lelaki tidur itu sambil berjalan menuju ke tahap tempat meletakkan basikal yang bersebelahan dengan pondok pengawal dan diikuti dengan lelaki berkaca mata.

"Kenapa kau cakap macam tu tadi?" Soal lelaki berkaca mata itu kembali.

"Macam apa?" Soal lelaki tidur itu kembali.

"Kau kata dia punca kita balik lambat." Terang lelaki kaca mata itu.

"Ooo, memang betul kan?" Jawab lelaki tidur itu kembali.

"Kau ni, cakap la elok-elok. Kesian dia." Nasihat lelaki berkaca mata.

"Ye la², aku minta maaf. Okey??" Jawab lelaki tidur itu kembali sambil menuntun basikalnya keluar dari kawasan sekolah lalu menaikinya sambil menunggu lelaki berkaca mata itu tiba di sisinya.

"Kau naik dengan aku." Ujar lelaki tidur itu kepada Myra. Myra yang berasa pelik hanya berdiri kaku di situ. Tiba-tiba dia dapat merasakan tangan seseorang sedang memegang bahunya dan kakinya kemudian dia merasakan badan dia sedang terbang. "Okeyyyyy, dah siap. Duduk elok-elok tau. Nanti jatuh." Nasihat lelaki kaca mata itu setelah meletakkan Myra di atas tempat duduk lalu pergi menaiki basikalnya.

"Hachum." Bersin Myra dengan kuat kerana dia kesejukkan. Budak tidur itu mengambil jacketnya yang berada di dalam negeri lalu memberi kepada Mura. Mura menyambutnya dengan mesra lalu memakainya dengan berhati-hati kerana dia takut jika dia bergerak dengan banyak dia akan terjatuh. Tambahan pula basikal itu sangat tinggi baginya.

Lelaki tidur yang perasan akan hal itu membantu Myra memakai jaket dengan berhati-hati.

Setelah semuanya berada di dalam keadaan selamat lelaki berkaca mata dan lelaki tidur itu mula mengayuh basikal mereka dengan perlahan-lahan tetapi makin lama makin pantas kayuhan mereka.

Semasa dalam perjalanan lelaki tidur itu membuat aksi yang menakutkan Myra iaitu mengangkat tayar basikal sambil berdiri, lelaki berkaca mata juga melakukan perkara yang sama. Akibat ketakutan Myra terjerit dengan perlahan.

Lelaki tidur dan lelaki berkaca mata hanya mentertawakan Myra. Aksi mereka berdua tidak berhenti di situ, mereka melakukan pelbagai aksi yang bahaya tetapi tidak sekalipun gagal.

Tiba-tiba lelaki tidur menyuruh Myra mengikut arahannya manakala lelaki berkaca mata memperlahankan kayuhannya supaya dia berada berhampiran dengan Myra.

"Kau ikut arahan aku and jangan bantah atau soal. Be faster." Arah lelaki tidur itu dan disambut oleh anggukan daripada Myra.

"Good." Balas lelaki tidur.

"First, kau ambil glove dalam beg aku then kau pakai." Arah lelaki tidur dan di patuhi oleh Myra.

"Pakai hoodie now." Arah lelaki itu lagi dan di turuti oleh Myra.

"Peluk aku and tekap muka kau dekat belakang aku. Jangan angkat kepala kau walaupun seinci selagi aku tak suruh kau angkat. Faham?!?!" Arah lelaki itu dan diikuti oleh Myra.

Tiba-tiba lelaki tidur dan lelaki berkaca mata itu berhenti secara tiba-tiba kerana di hadapan mereka terdapat sekumpulan lelaki yang sedang menahan mereka daripada mata ke hadapan. Kumpulan itu terdiri daripada enam orang lelaki. Mereka semua bersekolah di sekolah yang berlainan dengan lelaki tidur, lelaki berkaca mata dan Myra.

"Woi, lambat balik hari ni. Siap bawa awek." Ujar ketua kumpulan itu mempunyai ketinggian sebanyak 189cm dan mempunyai kulit yang berwarna putih iaitu Nazrien dan disambut dengan ketawa sinis daripada rakan-rakannya yang lain.

"Apa kata kau bagi je awek ni dekat aku. Dah lama aku tak merasa awek yang masih suci." Ujar lelaki itu dengan nada yang menakutkan. Myra yang ketakutan menggeletar sehingga lelaki yang tidur itu dapat merasakannya.

Lelaki tidur dan lelaki berkaca mata hanya mendiamkan diri mereka dan menunggu masa yang sesuai untuk melarikan diri mereka manakala pengikut-pengikut Nazrien mula bertindak agresif dengan menyentuh Myra.

Lelaki berkaca mata dan lelaki tidur menepis tangan-tangan pengikut Nazrien lalu menumbuk perut mereka semua dengan pantas sehingga mereka semua tidak sempat mengelak.

Dengan pantas mereka berdua mengayuh basikal meninggalkan pelajar nakal itu di belakang sambil mentertawakan mereka semua.

Myra pula hanya mampu bersyukur tetapi dia masih berasa takut akan perihal tadi. Badannya masih menggeletar tetapi tidak sudah berkurangan.

Myra masih menekupkan mukanya ke belakang lelaki tidur walaupun lelaki tidur itu sudah memberi kebenaran untuknya mengangkat muka.

Tiba-tiba lelaki tidur itu memberhentikan basikalnya lalu menyuruh Myra untuk menuruni basikalnya kerana mereka telah tiba di rumahnya.

Myra menuruni basikal itu dengan dibantu oleh lelaki berkaca mata.

"Prang....." Kedengaran bunyi barang pecah kemudian diikuti dengan suara sepasang manusia bergaduh. Bunyi itu datangnya daripada rumah Myra.

Myra hanya menundukkan kepalanya. Tiba-tiba lelaki tidur merampas beg Myra lalu mengambil telefon bimbit Myra lalu menaip nombornya dan menyimpannya ke dalam telefon bimbit Myra. Dia menelefon telefonnya menggunakan telefon bimbit Myra sekaligus memaparkan nombor Myra di dalam telefon bimbitnya pula.

avataravatar
Next chapter