1 Bab 1-Abang Zam

Siapa tak kenal Abang Zam memang ketinggalan  zaman.Dah beberapa hari korang berdua duduk di sini?Seminggu kan?Dah lalui minggu orientasi kan? Takkanlah abang yang handsome itu pun korang tak cam. Orang dah pergi bke bulan,korang masih terkial-kial nak meneropong bulan. Teruk betullah korang ni!"jerit Nia kepada dua orang pelajar perempuan yang baru seminggu merasai alam universiti itu.

      "Abang Zam yang mana ni kak?" tanya salah seorang pelajar baru itu yang kelihatan terpinga-pinga.

      "Alah,Abang Zam  mamat Kolej Ketujuh tu,"sampuk Ana ,senior yang seorang lagi.

           "Yang tu bukan cina ke?" tanya salah seorang pelajar baru yang sejak dari tadi mendengar saja perbualan itu.

      "Korang ni memang sahlah ketinggalan zaman.Korang tak dengar ke budak-budak pelajar baru Kolej Ketujuh riuh-rendah bercerita tentang dia. Dengarnya dah dua tiga orang pelajar baru macam korang ni berebutkan si Zam itu,"balas Ana.

           "Ada juga dengar. Ingatkan senior lain,"jawab pelajar baru yang mula-mula menyoal tadi setelah dapat menangkap yang mana satu Abang Zam yang dimaksudkan oleh kedua orang senior mereka itu.

          Mesyuarat tidak rasmi keempat-empat gadis itu,iaitu Nia,Ana dan dua orang pelajar baru itu iaitu Alia dan Rini berakhir beberapa minit kemudian setelah masing-masing melangkah ke bilik air untuk mandi.Mereka baru balik dari berjoging di taman tasik universiti kerana ingin melepaskan kebosanan pada hujung minggu itu.

avataravatar